Monday, December 13, 2010

................................

Minggu yang agak bercelaru bagi saya.Hilang punca mungkin. Atau terlalu gelabah,risau menanti setiap ketentuan yang bakal diri ini ketemui.
Mahu itu,mahu ini..mengharapkan sesuatu yang baik dan membahagiakan.Terlalu banyak kehendak hingga terlupa apa yang ditentukan itulah yang diperlukan.
Jejak kaki yang ditinggalkan di belakang sering dilupakan.Mungkin ada antara jejak2 terdahulu saya terleka atau terlalai tentang sesuatu yang penting.Mungkin.

Sekejap sahaja waktu yang berlalu meninggalkan saya terpinga-pinga.Bertanya pada diri.


Apakah detik-detik yang berlalu itu sempat saya garapkan dengan makna dan manfaat atau saya biarkan menjadi sia-sia?



apakah waktu yang ditinggalkan itu cukup memberi maksud untuk saya belajar dan kutip segala yang baik yang terdapat dalam setiap saat itu?


apakah masa lalu saya itu ada yang saya tinggalkan tanpa memberi apa2 manfaat pada alam dan mereka yang disekililing saya..walau sedikit?
MUHASABAH..




Ada ketikanya perjalanan hidup saya memerlukan saya untuk berlari.Mengejar waktu dan mengejar sesuatu. Dan kadang2 tanpa sedar sesuatu yang dikejar itu hanya kehendak saya bukanlah sesuatu yang terbaik dan yang saya perlukan.Ya saya sering terlupa tentang ini...

عَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-baqarah :216)

Saya mahukan yang terbaik.DIA lah Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Saya mengharapkan diri saya sentiasa tidak lupa untuk berpaut dan bergantung harap pada Allah dalam setiap jejak perjalanan saya,dalam setiap usaha dan perjuangan saya.

Saya tidak mahu menjadi hamba yang lalai dari berdoa dan bertawakal padaNya..


Saya mahu menjadi seseorang yang tak pernah lupa betapa lemahnya saya,betapa kerdilnya saya dihadapanNya..lantas tidak ada sebab untuk saya berputus harap pada janji2Nya..



seketika saya berhenti..menarik nafas dalam2..setiap udara yang dirasai adalah milikNya..setiap yang ada pada diri ini adalah milikNya yang abadi.
Jadi apa ada pada saya?
Mentafsir hati yang sering berbolak balik.
Menegur jiwa yang sering lalai dengan dunia.
Tanpa sedar diri sering lupa bertanya..'duhai iman,bagaimanakah kau dihati insan ini.Rapuhkah,lemahkah?Teguhkah?atau sekadar berbolak balik,turun naik dan sentiasa memungkiri apa yg pernah dijanji dihati,dilafaz di bibir?'

..........................................................................................................................................
noktah untuk bahagian ini
..........................................................................................................................................
Teguhkan aku dilangkah ini,dipencarian hakikat diri..

saya belajar tentang...

salam
rentak tari jari jemari kian kaku dari mengukir bahasa disini.hambatan waktu?lelah?mungkin itu alasannya..
entah lah..

Mungkin saya tiada apa yang mahu ditulis.

Mungkin saya tidak layak menulis.

Saya dhaif dalam dunia tulisan.

Saya hamba Tuhan yang selalu jatuh dalam perjalanan yang penuh dengan dugaan.

Jatuh bangun yang berterusan.

Ketika ini..perjalanan saya melalui satu denai yang penuh pengalaman dan dugaan

-saya belajar tentang emosi-
-saya belajar tentang masyarakat-
-saya belajr menjadi akur dan pengikut kepada sesuatu pimpinan-
-saya belajar ;memahami 'human behaviour'-

saya melihat bagaimana manusia mencari keadilan
saya memandang bagaimana manusia menegakkan yang benar kerana kebenaran
saya juga sempat memerhatikan bagaimana manusia memutarbelitkan yang benar kerana wang.

DUNIA!
REALITI!
Ya..saya melihat sebuah realiti kehidupan yang sebelum ini saya hanya mampu mentafsir benar atau tidaknya hanya dalam drama..dalam cerita-cerita tulisan..

EMOSI
saya belajar tentang emosi
memerhatikan dunia realiti yang penuh emosi
sedih,gembira,marah,
tampak pada mereka2 yang sering saya lihat setiap hr dalam laluan saya saat ini.

juga emosi yang terkurung dalam diri saya
saya rasainya..
9 emosi dan 1 rasional..itu wanita..
mungkin kerana itu saya mudah tersentuh..sensitif pada banyak situasi.
dalam 1 hari saya mampu ketawa,tersenyum,menangis,marah..
dan ketika itu la 1 rasional saya bersusah payah mengawal emosi supaya hanya emosi2 yang sepatutnya sahaja dizahirkan.
kalau marah perlu didinginkan dengan maaf dan fikir positif..istighfar dan zikir
kalau sedih perlu ditenangkan..
kalau bercelaru..perasaan yang tak tentu..perlu diuraikan
jika tidak...
STRESS..
ini yang saya sedang belajar

langkah kaki saya masih lagi saya teruskan
walaupun kadang-kadang saya rasa payah.
saya perlu belajar dari hidup untuk menjadi insan yang HIDUP
saya perlu belajar dari alam supaya saya menjadi hamba Allah yang tahu untuk bersyukur
saya perlu belajar dari pengalaman supaya tidak mengulangi kesilapan..

dan satu lagi perkara yang perlu saya pelajari adalah..
belajar bersedia..
bersedia untuk berkongsi
bersedia untuk memahami jiwa yang 1 lg
bersedia memikul tanggungjawab yang 1 lg
bersedia menjadi kelasi dalam sebuah bahtera 1 lg..
bahtera yang dinakhodai oleh jasad 1 lg
yang harus ditaati..
pemilik cinta setelah Allah dan Rasul
setelah ibubapa
dan setelah cita2 saya
walaupun masih jauh tapi dari saat ini seharusnya saya sudah belajar tentang itu
kerana saat ini ada sesuatu yang menyedarkan kesamaran dalam prinsip dan pandangan saya tentang 'ini'..
saya belum bersedia namun saya harus belajar untuk bersedia agar ketika mana Allah campakkn rasa kesediaan itu, saya tidak menjadi seperti kotak kosong..
noktah untuk bahagian ini..





Monday, December 6, 2010

attachment episod 2:"mak..ayah..sakit.."

Sugul!
Sayu hati saya..pengalaman hari ini cukup membuatkan dada saya sebak menahan sendu..tatkala memandang sebuah realiti..kasih sayang seorang ayah..cinta seorang ibu dan penyesalan seorang anak.
Setelah beberapa lama perbicaraan sering tertangguh..akhirnya semalam seorang remaja yang lebih muda dari saya melafazkan pengakuan salahnya..Saya mengenali peguam yang mewakilinya..menurut beliau, beberapa kali dia cuba memujuk OKT supaya mengaku bersalah atas satu tuduhan..tidak nampak peluang untuk OKT itu terlepas dari pertuduhan lantaran sememangnya dia bersalah dan pernah mengaku bersalah dihadapan peguam sendiri..Namun menurut peguamnya..keluarga OKT bermatian memaksa OKT minta dibicara..Si Ayah yg terlalu menyayangi anak bongsunya..si ibu yang menahan sendu menafikan perbuatan anaknya..si kakak pula seperti tidak mahu melepaskan adik kesayangannya dihukum..
Mengaku bersalah diringankan hukuman..kalau terus dibicarakan belum tentu dia dibebaskan..itulah yang diyakinkan oleh si peguam..
Dengan rela hati akhirnya anak itu mengaku bersalah..dan hari ini hukuman penjara 2 tahun diringankan menjadi 6 bulan..ada riak sesal di wajahnya..tapi bukan itu yang membuat hati saya luluh..

bila saja hakim menjatuhkan hukuman..suara si ayah menangis memecah sunyi ruang perbicaraan..tatkala memandang wajah si ibu yg memeluk suaminya..cuba meredakan perasaan teman sejiwanya saya menjadi sebak..sy bermonolog sendiri..tentu ibunya lebih pedih lagi perasaannya..

Si anak keluar dari kandang tertuduh..menemui keluarga..dipeluk ayah dan ibu..terdengar tangisan mereka bertiga..
kemudian langkah kaki beralih..mengikuti polis..ya..hukuman telah dijatuhkan.."6 bulan x lame ayoh,mok.alhamdulillah"..terngiang2 suara si anak menenangkan ayah dan bondanya..

Tiba-tiba sahaja mahkamah jd riuh..kecoh..OKT pitam dan tak sempat disambut Sarjan yang mengiringi..kepalanya terhantuk kandang saksi..REBAH!! darah mengalir laju..si ayah berlari dan terus memangku kepala anaknya yang sedang mengerang kesakitan..sy menghampiri mereka..sementara menunggu ambulan,ayah dan ibunya bersusah payah mengelap darah yang mengalir di kepala anaknya..saya menahan sebak di belakang si ayah memegang sekotak tisu untuk ayahnya gunakan bagi mengelap darah anaknya..ak tertahan2 air matanya mengalir."mak..ayah.. adi sakitt!"...jeritan si anak yg memanggil2 ibu dan ayahnya makin lama makin sepi..dia tidak sedarkan diri...
Dan akhirnya dia dibawa ke hospital..Mahkamah menjadi sunyi..sayu..saya cukup sayu melihatkan ayahnya..menangis seperti anak kecil..alangkah pedihnya hati si ayah bila terpaksa berpisah dgn anak kesayangan walaupun hanya 6 bulan..Ya mungkin bagi kami yang melihat..6 bulan bukanlah waktu yang begitu lama brbanding hukuman sepatutnya-2 tahun..namun melihat tangisan si ayah,,saya cukup mengerti..kasih sayang seorang ayah bukan brgantung pada detik masa..kasih sayang seorang ibu bukan melihat kepada siapa anaknya..tetapi..kasih mereka tak bersyarat..walau si anak adalah pesalah..itu tetap anak mereka..

Saya sempat berbicara dengan peguam yang mewakili remaja itu..katanya OKT menghidapi asma..mungkin kerana terlalu sedih melihatkan ibu dan ayahnya asmanya menyerang..saya difahamkan setiap kali perbicaraan sebelum ini.. ibu dan ayahnya hadir menemani..dan mereka seakan tidak mahu melepaskan anak mereka mengakui kesalahan yang telah dilakukan.
Dan hari ini..saya belajar sesuatu..ibu bapa memang akan kecewa kalau anak yang disayangi menjadi insan yang salah di mata masyarakat..tapi kasih mereka takkan pernah berubah walau siapa anak mereka...

SEMOGA ADIK ITU BERUBAH..semoga 6 bulan yang bakal dilaluinya menjadi titik mula dia kembali menjadi seorang anak yang baik..seperti apa yang ibu dan ayahnya sebut2kan
saya kasihankan kedua org tuanya..


Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku..sejahterakanlah keduanya Ya Allah..sesungguhnya tiada daya untukku balas segala apa yang telah mereka korbankan untukku melainkan Engkau sahaja yang mampu dengan kudrat dan iradatmu membalasnya..Jadikanlah diriku anak yang solehah bagi keduanya..hanya padaMu ku bermohon Ya Tuhan..amin ya Rabb


Sunday, December 5, 2010

Attachment episod 1

MENGELUH ATAU BERSYUKUR??

Perjalanan saya dalam menimba sedikit pengalaman dari 'attachment' di mahkamah Majistret Kemaman telah masuk minggu ketiga. Sungguh pada awal langkah saya, cukup silap perkiraan yang bermain di benak fikiran saya..
"tentu tak banyak kes kat kemaman ni"
"mesti bosan..hari2 mesti dengar kes je"
"ak sorang2 kat sane,xda kawan macam mana nak hadapi situasi dikelilingi staf2 yang lebih tua dr ak??"
dan pelbagai persoalan lagi timbul..
benar..hari2 saya menghadap berpuluh2 kes..mendengar perbicaraan.sebutan.
tp saya juga diberi peluang untuk belajar tentang banyak lagi perkara..
Ya!!pengalaman tak semestinya dalam bentuk pembelajaran formal..
mengenali staf2 mahkamah yang ramah,baik dan tak pernah kedekut untuk menjawab apa sahaja yang saya persoalkan..itu pengalaman..
bersembang dengan 'pak cik2 polis'..makan bersama menjadikan sy seperti seorang anak kecil yang berbicara dengan org dewasa tentang pengalaman hidup..ya..mereka lebih dahulu melalui kehidupan yang penuh warna warni..pahit manis,cabaran,jerih perih..tak jemu mereka bercerita dan tak puas saya mendengarnya..
Mengenali sarjan Yunos..nampak ketegasannya..pada hari pertama melihat wajah Sarjan yang seperti seorang ayah yg begitu tegas buat saya kecut perut juga..xberani saya menyapa..sehinggalah kami makan semeja..dy mula berbicara dengan saya dan,,,NAH..kecilnya dunia..dia adalah teman rapat ayahanda saya selama lebih berbelas tahun..salam untuk ayah dikirim mesra..perjalanan hidupnya dikongsi..nasihat2 xlekang dibibir..saya hanya mampu tersenyum..BERSYUKUR..

Kak Nurmi..supervisor saya..jurubahasa ...setiap hari sarapan saya
'ditanggung'nya..segan saya..kalau makan diluar belum sempat saya mahu membayar bahagian saya..tangannya cepat menepis.."awak blaja lg,kak mi bayar"..saya sudah terlalu segan..kemudian sy ambil keputusan untuk tidak keluar bersarapan..TAPI kak mi seperti tau saya mahu mengelak dr dibelanja..dan sekarang..setiap pg dia bawakan sarapan untuk saya..aduhaiii...
Ya Allah..Murahkanlah rezeki bg saudariku..limpahkanlah kebaikan keatas dirinya dan keluarga..

Kak Mira..teman yang memahami..yang banyak mengajar..yang selalu ketawa..beza usia kami tak jauh..hanya setahun dan mungkin kerana itu kami mudah mesra..saya suka caranya bekerja..agak tenang..dan teratur...sungguh saya suka memerhatikan kakak2 staf yg sedang bekerja..

Pok Nik..seorang lagi staf yang cukup saya hormati..wajah garangnya menyembunyikan keramahannya..tp..bila saja dia bersuara..sy pasti tersenyum atau ketawa..usikannya seperti seorang ayah yg mengusik anak2 kecil..diselangi nasihat2..tenang saja sikapnya..

Kalau mahu dicerita semua tentang mereka..tak cukup waktu dan daya bagi saya..terlalu banyak..lebih dua minggu yang saya lalui ini menjadikan saya dan mereka seperti satu keluarga..
tentu saja ada rasa sayu menyapa nurani saya bila mengenangkan hanya tinggal beberapa waktu lg saya bersama mereka..
SUNGGUH...sy bersyukur kerana pilihan saya untuk menimba pengalaman disini Allah kurniakan dengan sesuatu yang amat bernilai..silaturrahim..dan disini jugalah sy belajar erti kesabaran serta keikhlasan sebuah ukhwah..walau singkat masa perkenalan..keikhlasan itu membuah kemanisan dalam hubungan..Alhamdulillah

Thursday, November 18, 2010

s.a.y.a.n.g




rawan hati jadi tenang
menatap luhur suci
dari raut tanpa cebis dosa
gusar jiwa tenteram
renungi mata berkaca tagih simpati
"jangan marah"
seperti berbisik nuranimu
tatkala lantang suaraku meninggi
tanpa sedar
marah bukan benci
hanya kerana menyayangi
kasih tanpa syarat
tiada titik hujung
dalam darahmu itu sayang
mengalir jua darahku
saat sendu menjengah nafasku
tawa riangmu melepaskan sengsara yg memelukku
rajukmu
hilaimu
tangismu
menjadi rindu
bila jauh dipisah jarak
sungguh
duhai permata hatiku


.....................................................................................................

*Ya Allah jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah*

Wednesday, November 17, 2010

kalau hadir tak menambah teduh

kalau hadir tidak menambah teduh
biar gugur menjadi baja
kalau senyum tak membuah cahaya
biar hilang menjadi lilin

kalau kata tak menghapus tangis
biar diam membuahkan tabah
kalau jujur tak membunuh curiga
biar sunyi menjadi percaya

sendu
tawa
tangis
senyum
rajuk
itu milik hati
kalau tuannya lemah
kerana hati itulah
kalau kuat
hati itulah

maaf
hati ini masih lemah
diri ini juga masih lemah
kurang
khilaf

langkah ini masih lg mencari
dihujung pencarian ada yg menanti
tak pasti
baikkah
burukkah
pengakhiran yg bakal ditemui

hati!!
kuatlah
tuanmu masih mahu meneruskan langkah
langkah yg mungkin kosong
tp masih mahu mengharap
di setiap derap kaki
di setiap hembusan nafas
ada titik-titik manfaat
untuk mereka
untuk dia
untuk kamu
untuk semua
biar sedikit
tapi mahu tetap ada

'kalau hadir tak menambah teduh
biarlah gugur menjadi baja'




Tuesday, November 16, 2010

nota hati saya

Sy sedang bercuti!!

Apa yang ada dalam relung hati kadang-kadang mempengaruhi sikap yang terpamir..
Gembira?Sedih?Risau?Galau?Keliru?Penat?Lelah?
Semuanya pernah singgah..
Ini bukan nota yang tidak bertujuan..sekalipun yang membaca tulisan ini memandang segala kata yang dikait disini sbg tiada tujuan biarlah..ini 'blog saya'...:)

Sy sdg bercuti!!
Ya sy sedang bercuti..dan seharusnya bagi saya cuti ini untuk sy mencari diri..memperbaiki segala rasa..mengubahsuai segala tekanan sebelum cuti menjadi ketenangan..ya..saya mahu tenang..
Bertemu teman2 lama..memang indah..mendapat kad undangan perkahwinan..saya turut gembira

"wah..dh nak kawen..alhamdulillah..dh sampai seru ko"
"insyaAllah kalau berkesempatan aku datang"
-InsyaAllah ana dtg..ana doakan jodoh kalian berpanjangan dan beroleh keberkatan dariNya-(sms ringkas sbg respon atas sebuah lg undangan)

Ini antara respon-respon mudah dari sy..mudah kan??
Cumanya respon ini kembali mendapat respon dgn isu lain..

"ko bile plak..xkan sampai sekarang single lg..dh ada org cop?"
"ak dah nak kawen..lepas ni giliran ko plak ye..jgn memilih sgt..perempuan makin lama makin jatuh saham"
dan banyak lagi ayat-ayat yg terkadang merimaskan saya..
sy tau mungkin ada antaranya sekadar gurauan..tp bila saya fikirkan ramai yang mempersoalkan hal2 ini kepada sy..

ah..
Bila?
saya sering disoal dengan persoalan bila?
jawapan mudah-saya masih belajar..
tp dibalas dgn-ramai yg nikah ketika masih belajar..apa salahnya
(monolog)'memang tiada salahnya..tp setiap manusia berbeza pendirian dan kesediaannya'..pernikahan bukan sekadar mengikat cinta,bukan sekadar atas tujuan menjauhkan diri dari zina,bukan hanya cara untuk tidak terjebak dengan fitnah..pernikahan lebih dari itu..dalamnya ada tanggungjawab yang memerlukan persediaan yg sebenar-benar persediaan..dan sy masih tidak bersedia kearah itu(noktah)

Sudah ada calon belum?
mudah...
zahirnya.."ntah laa"
tp sy sudah ada pilihan..
pilihan sy adalah menanti 'pemilik'terbaik yg telah Dia tentukan untuk sy.

ketika sedang berbicara dgn seorang teman yg telah 2 tahun bergelar isteri sy diasak dengan satu pernyataan yang saya sifatkan sebagai isu yang merimaskan..

"kamu terlalu memilih bukan? bukan kerana tidak bersedia..tp kerana kamu mencari yg terlalu sempurna"

(monolog)duhai insan yg kugelar sahabat..andai dirimu dapat membaca setiap yang terdetik di relung hati, tak perlu kau bertanya soalan ini..namun diri ini memahami yang dirimu tak mengerti..

Mencari yang terlalu sempurna??

saya sendiri tidak sempurna..wajarkah saya mencari yg sempurna..
sedangkan hakikatnya memang telah saya faham benar..tidak ada yg sempurna selainNya..
jadi bukanlah mencari kesempurnaan menjadi alasan kenapa sy tidak seperti dirinya yg menikah ketika dlm pengajian..
(sehelai kertas diambil..sy menconteng sesuatu diatasnya.."nah baca ni"..sambil dihulur pada dirinya yg bertanya)
Saya belum bersedia

-saya tidak sempurna..sy hanya mengharapkan seseorang yg terbaik sahaja yg menemani hidup sy pada masa hadapan..yg mampu menerima kekurangan saya kerana ketika mana Allah menentukan saya untuk menikah bererti pada waktu itu sy harus mempersiapkan diri sy menerima sgala kelebihan dan kekurangan insan yg bakal menjadi imam sebuah rumah tangga-

"fiza,ana ada sahabat tgh cari calon isteri.Enti kenal Y??(bukan nama sebenar),ana tgok enti sesuai untuk dia"

ayat seorang sahabat ketika bersembang di telefon.gelak besar sy ketika ini(maaf sahabat..bukan berniat memperlekehkan usahamu)
bila berhadapan dengan situasi ini memang nampak mudah..senang jawapan sy..
"dia mencari calon isteri..bukan sy.."(sambil menahan tawa)
sy hargai keikhlasan sahabat sy..bukan sekali dy cuba menjadi org tengah..malah 'calon' yg sering diusulkan juga baik2..cuma lagi sekali..alasan sy belum bersedia..

"Tak kan dalam hati ko tu langsung xde perasaan suka,langsung xpernah jatuh cinta..jgn tipu laa..x normal la kalau ko xde perasaan mcm tu..yg ko anti dengan couple knape?"

nah!!
ini soalan yg cuba menjerat..
Ya memang tipu andai saya katakan yg sy tidak punya perasaan itu..
Cinta itu fitrah..

“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
(jadi sy tentunya mahu bercinta untuk menyempurnakan separuh agama sy)

Cinta itu fitrah..fitrah yang tidak seharusnya menjadi fitnah..sy mahu bercinta,sy mahu dicintai tapi sy tak mahu 'bercouple' sebelum menikah.
Rasanya kalau ingin berbicara tentang hukum 'bercouple' ni mungkin hanya memanjangkan nota ini sahaja..bagi sy sememangnya ramai yg sudah jelas tentangnya..cuma ada yg cuba memejam mata dan terus menafikan..
Saya hanya ingin berbicara dari sudut rasa hati sy..ya cinta itu fitrah yg tidak seharusnya menjadi fitnah..cinta adalah perasaan suci yang seharusnya dijaga.
Sy tidak mahu bercinta disaat sy belum bersedia untuk mengakhiri status bujang kepada berkahwin..itu sahaja alasan sy..
apa pun yg ada di hati sy..hanya mengharapkan terus dikuatkan dan dilindungiNya..biarlah segalanya yg ada hanya Allah yg tahu dan menjaganya agar tidak menjadi fitnah kerana bg sy inilah fitrah yg harus dijaga..

(monolog)duhai hati...tuanmu bukanlah sekuat yang kau sangka dia adalah selemah-lemah umat manusia hanya jika kau kuat...dirinya juga akan kuat..

sy tidak larat untuk terus menulis(mata pedih)

soalan terakhir!!
Bagaimana kiranya Allah campakkan rasa bersedia padamu disaat ini??
(soalan dari hati sendiri)
(monolog)
Dia yg mencambahkan rasa cinta,Dia yg mengetahui sgala Rahsia..
bertemankan solat hajat dan istikharah..
hanya mampu mohon petunjuk..andai rasa itu sememangnya rasa yg tepat..
"semoga Dia menentukan yang terbaik untuk diriku,keluargaku dan agamaku"
....................................................................................
*terjawab*


Sunday, October 3, 2010

Saturday, October 2, 2010

k.a.w.a.n

ada yg memanggil teman
ada yg menyebutnya sahabat
ada juga yang berkata BFF
dan aku mengenali sepatah kata
KAWAN

KAWAN
ketika aku buntu
diselimut resah
semangat yg runtuh
dilanggar badai
dirimu ku jadikan tempat berpaut
'doakan aku semoga tabah'
'doakan aku semoga semangat terus terpasak kuat'
itu kataku
itu pintaku
dan janjimu
untuk sentiasa mendoakanku

KAWAN
andai satu waktu
tanpa sedar aku tinggalkan dirimu
tanpa sengaja aku lupakan dirimu
jgn sesekali memusuhiku

KAWAN
biarkan ak terus menyanjungimu
biarkan aku terus berpaut pd semangatmu
kerana kau dan aku..
KITA ADALAH KAWAN..


Monday, September 20, 2010

kerana jiwa itu..

Jiwa
berlagu sendu
diiring daun-daun gugur
layu
resah
galau
gundah

jiwanya
seakan carik
perit
pedih
sakit

Tapi senyum
masih dibibir
mata
bersinar ceria
gagah benar diselimuti rahsia
sedang
jiwanya
hebat diduga

mengapa masih tersenyum
curahkan saja air mata yang ditahan

Senyumannya menjawab
memberi tafsiran jiwa
"aku tersenyum kerana aku masih mahu tersenyum"
"diriku mahu menangis dihadapan Khaliq,
kerana Dia tempat aku mengadu"
"untuk apa ditangisi dugaan dan keperitan yg datang"
"cukuplah Allah mengerti kesakitan jiwaku"

Jiwanya kuat
teguh
kerana itu
aku terus melihat
memandang dengan hati
bermonolog
kiranya aku seteguhnya..

Friday, August 27, 2010

rimbun keampunan



Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan,
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian,
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan,
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan,

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan,
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar,
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan,
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda,

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan,
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama,
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran,
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan,

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan,
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa,
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya,
Masih ku sedar ku sedang diperhatikanMu Oh Tuhan,

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan,
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama,
Kepayahan yang ku rasa mengajar erti kesabaran,
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan.

Monday, August 2, 2010

alhamdulillah

31 Julai 2010 mencatatkan satu kenangan terindah bagi saya. Kejayaan 'keluarga' Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Uitm Shah Alam dalam merangkul 'title' juara keseluruhan dan juara kesuluruhan kategori wanita. Tidak sia-sia usaha keras sahabat-sahabat sy selama ini. Penat lelah mereka akhirnya terbayar dengan kurniaan Allah yg menganugerahkan kami kejayaan ini. Saya agak terkilan kerana tidak dapat menyertai mereka sebagai peserta. Saya hanya setia menjadi penyokong sepanjang kejohanan. Kekangan masa dan komitmen terhadap 'project paper' menghalang saya turut serta dalam latihan sebelum2 ini. InsyaAllah sy berharap agar diberi peluang pada saya olehNya untuk menyertai Wajadiri pada tahun depan. ..

Saturday, July 24, 2010

Mahu aku bicarakan tentang dirimu
dalam lembaran naskhah-naskhah
yang ku garap dengan kasih keranaNya
mahu aku lakarkan wajah tulus hatimu
yang membenarkan aku sebagai temanmu

ketika kau lafazkan bicara menyakitkan
aku rasakan itu bicara indah untukku
ikhlas
kerana kau cuba meluruskan pincangku
ketika kau tuturkan nasihat halus
lembut dari lisanmu
itu adalah kasihmu
mengingatkan aku
agar tidak tersasar kesesatan

tangan yang kau hulurkan
membangunkan aku dari rebahku
lantas kau bawa aku melalui denai perjuangan dengan tuntunan
tidak pernah kau lepaskan aku menapak sendirian

Teman
bicara ini untukmu
untuk teman yang sentiasa bersamaku
dalam getir dan senang
dalam lara dan tawa

Teman
janji kita
mahu ke syurga
bersama
dirimu,diriku juga mereka.


bintu 'ali




Tuesday, July 13, 2010

monolog hati

resah gelisah
butir kata tak terucap
diam membisu
kaku!

mahu apakah duhai hati
sebak
tangis tak tercurah
mata menahan
terus diam
bila sendiri
seperti mudah mengukir senyum
saat berdiri menghadap manusia
namun
yang dihati?
ah..
biarkan
dirimu tahu apa yang kau mahu
hatimu mengerti itu
malah Allah jua lebih mengetahui

Benar..
kenapa tidak mengadu saja pada Tuhan
walau setiap yang tersirat itu dalam pengetahuanNya
nyatakan saja
tanda kau memang mahu Dia mendengar rintihanmu
sepertinya kau mahu Dia mengabulkan apa yang kau mahu

Tapi ingat..
Tak semua yg kau impikan itu terbaik
kerana yang terbaik itu apa yang Dia kurniakan
Tahukah kamu??

Jangan mengeluh bila diuji
terasa lemahkah kamu dengan ujian itu?
benar dirimu dan diriku ini kerdil
sungguh amat kerdil
Tapi lupakah..
tak akan dilontarkannya ujian diluar kemampuan
tak akan pernah dizalimiNya hambanya
melainkan diri sendiri yg menzalimi
kau tahu itu bukan?

Sujudlah
saat kau merendahkan diri menghadapNYa
yg akan kau terima bukan kehinaan
malah mulia bagimu
Mengemislah darinya
setelah usahamu tak kesampaian
atau kau buntu dengan pilihan
yakinlah
bukan sia-sia
jika Dia tidak kabulkan
bukanlah itu benci
sememangnya ada sesuatu menantimu
yang terbaik itu
yang dirancangNya
yang ditentukanNya
Sabarlah..




Wednesday, June 23, 2010

kaki berpijak mahu melangkah jauh namun dipasak kekangan


Suka saya bercerita, berkongsi minat bersama seorang teman serumah. Kak Yah,individu yang tidak pernah lelah mengukir senyum walau dirinya perit diduga ujian Tuhan. Di rumah kami tak pernah sunyi dengan gurauan. Bagi diri saya beliau ibarat seorang teman dan seorang kakak.Mungkin juga seorang ibu. Tak merungut menjaga kebajikan ahli-ahli rumah. Kami sebenarnya punya minat yang sama. Gemarkan buku. Saya pernah berkata "Kak yah, tiap kali saya masuk kedai buku Marwilis terasa ingin memiliki satu kedai"..Begitu juga sahabat saya yang satu ni.Menggilai buku.

Hobi saya yang satu ni makin menjadi-jadi. Pantang ada duit lebih sedikit ditangan, terasa satu kekurangan andai tidak dapat memiliki buku2 pengubat jiwa. Sungguh bila membaca saya terasa ingin menulis,ketika menelan bahasa indah yang mendidik hati saya seperti ingin merantau mengelilingi duni melihat alam untuk dijadikan sekolah kehidupan. Saya ingin ke Turki menyorot semangat Khilafah yang penuh kegemilangan suatu waktu dulu. Saya rindukan Masjid nabawi, terasa ingin berkomunikasi dengan Rasulullah disisi makam baginda. Ingin sekali mencari semangat pejuangan sahabat-sahabat baginda. Sungguh, terasa perit sekali mendengar derita Masjidil Aqsa yang terjajah.Andai mampu tangan ini membebaskanmu..

Saya cemburu dengan sahabat-sahabat yang berpeluang menuntut ilmu di negara orang. Ketahuilah teman,kalian beruntung punya tempat untuk mencabar diri lebih dari diri yang berada disini. Bawalah kakimu melangkah selagi terdaya menyoroti sirah yang terlukis di bumi Tuhan. Di bumi inilah sekolah kehidupan.

Tuhan,
Permudahkan laluanku untuk melangkah di bumiMu
Izinkan aku belajar dari ciptaanMu..

Tuesday, June 1, 2010

Doa untuk saudaraku..

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”




Kekejaman Israel,keangkuhan Yahudi....

Monday, May 31, 2010

Buat aku tersenyum...



17 Jamadilakhir,Isnin
Lebih kurang 9 pg tadi saya sampai ke shah alam. Ketika dalam perjalanan lagi sy terfikir untuk memiliki sebuah buku yang sy yakin mampu memenuhi 'nafsu' saya yg satu ni :p..setelah menghabiskan pembacaan Murabbi Cinta dan secangkir Teh Pengubat Letih, hari ini tak tertahan lagi rindu saya terhadap buku2 seperti ini..yang terbayang di hati adalah Sinergi hasil nukilan Hilal Asyraf..

Kaki terus melangkah..yang saya cari SINERGI...
Dan akhirnya dua buah buku yang sy miliki...
Tak sabar menikmati...


Pulang dengan senyuman...:)

Saturday, May 29, 2010

Antara Majikan dan Tuhan..

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

Hadis mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Baru-baru ini 2 orang sahabat saya diterima bekerja 'part time' di sebuah pasaraya di shah alam. Memandangkan cuti semester hampir 2 bulan, keduanya memang merancang untuk menambah pendapatan. Majoriti pekerja di situ adalah Melayu yang tentunya beragama Islam. Shif mereka dari pukul 10 pg hingga 7.30 mlm. Pada awalnya kedua sahabat saya rasa semuanya ok.Bila masuk waktu zohor mereka sempat menunaikan solat memandangkan ketika itu adalah waktu rehat. Ketika masuk waktu asar, salah seorang sahabat saya bertanya kepada seorang kakak yg juga pekerja sepenuh masa disitu mengenai waktu untuk solat,adakah boleh keluar sesuka hati atau secara bergilir. Jawapan kakak tersebut mengejutkan sahabat saya. "sebenarnya dik,xleh kuar solat. Selalunya kitorang qada' bila balik malam nanti".
Sahabat saya rupanya terlepas pandang pada kata-kata manager tempat kerjanya itu sehari sebelum mereka memulakan kerja. "95% pekerja kat sini malay.Bila masuk waktu solat xkan nak tutup kedai. Bankrap la nanti"..inilah kata2 manager tersebut yang sememangnya non muslim yang x faham tentang kewajipan solat bagi org muslim. Kedua sahabat saya akhirnya curi2 keluar untuk menunaikan solat.Dan esoknya yg sepatutnya merupakan hari kedua mereka bekerja disitu, akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak lg bekerja disitu..

Memang jika dilihat dalam situasi yang diceritakan apa yang kita nampak adalah diskriminasi terhadap pekerja muslim. Tapi apa yang lebih menjadi isu pada saya adalah betapa ada dikalangan muslim yang memandang mudah soal solat. Kerana takutnya dibuang kerja,risaunya majikan marah solat diketepikan. Sedarkah kita siapa memberikan kita rezeki? Takutkan majikan lebih dari takutkan Allah..
Kenapa tidak dicontohi Sumayyah, seorang hamba yg sanggup menggadaikan nyawa,syahid kerana sedar akan seluruh jiwanya adalah milik Tuhan bukannya milik tuan. Bila kita berkerja seharusnya kerja itu menjadi satu ibadat apabila dilakukan ikhlas kerana Allah,menjaga hak dan perintah Allah ketika bekerja.Allah yang memberikan rezeki,Allah lah jua yang memberi keberkatan di atas setiap hasil usaha hambanya. Jika bekerja sekuat mana pun andai hak Allah tidak dijaga dimana keberkatan atas setiap hasil pekerjaan itu?

DariJabir r.a. katanya
Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Yang kita kejarkan adalah akhirat,bukan dunia semata-mata..Bukalah mata hati,tanyalah iman, berfikirlah dengan akal kurniaan Tuhan.. apa yang lebih penting dalam kehidupan kita?

"Ya Allah jadikanlah kami golongan yang sentiasa bersyukur atas kurniaanMu, yang takut akan kemurkaanMu dan sentiasa istiqamah mencari redhaMu"


Friday, May 28, 2010

pagar syurga dan pagar neraka

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibril: 'Pergilah, lalu lihatlah syurga itu.' Jibril pun lalu pergi dan melihat syurga. Kemudian ia datang dan berkata: "Wahai Tuhanku, Demi keperkasaanMu,tidaklah seorangpun mendengarnya melainkan ingin memasukinya.'
Kemudian syurga itu dipagari dengan ketidaksenangan. Dan allah berfirman: 'Wahai Jibril,,pergilah dan lihatlah kepadanya.' Ia pun pergi melihatnyas kemudian ia datang dan berkata :"wahai Tuhanku,demi keperkasaanMu sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya.

Nabi melanjutkan, ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman: 'Pergilah dan lihatlah kepadanya.' jibril lantas pergi melihat neraka dan datang kembali dengan berkata : 'wahai Tuhanku,demi keperkasaanMu tidaklah seorangpun yang mendengarnya lalu ingin memasukinya.' Lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman: 'wahai Jibril,pergilah dan lihatlah kepadanya.' setelah Jibril pergi melihat neraka kemudian ia datang dengan berkata; 'wahai Tuhanku demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tiada seorang pun yg tersisa melainkan memasukinya'

(riwayat abu daud,a-tirmizi,al-nasai dan ahmad)

pagar syurga itu penuh dugaan dan ranjau yang harus dilalui setiap yang ingin menghuninya,hanya mereka yang berpakaian takwa sahaja mampu memasukinya..namun pagar neraka adalah kesenangan dunia sendiri yang banyak menjerumuskan sesiapa yang mencintai dan tertipu dengan fitnah dunia ke dalam neraka..
Mana pilihan kita?

Saturday, May 22, 2010

ikhlas

Carilah kesabaran dalam dugaan,carilah keikhlasan dalam amalan..
dalam lemah itu ada kekuatan..berputus asa bukanlah penyelesaian
usaha dan ikhtiar itulah perjuangan tawakal dan redha itu keikhlasan..

mencari sebuah keikhlasan dalam sesuatu yang kita laksanakan..
ikhlaskah kita dalam beramal?ikhlaskah kita dalam menerima ujian darinya?
benarkah tiada sekelumit riak dlm setiap kebaikan yg kita lakukan...andai benar nescaya kita berjaya menemui keikhlasan..
ikhlas itu bahagia..
ikhlas itu tulus..

Ya Allah...
cambahkanlah keikhlasan di hatiku..
suburkanlah ia agar terus menyulami setiap gerak geriku,setiap amal perbuatanku..
yg kuharapkan...
setiap yg aku kerjakan itu tidak pernah lekang dengan niat keranaMu

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


dengan kalam kau lakarkan ilham
di atas sebuah acuan kosong
kau warnakan dengan ungkapan semangat
tanpa pernah jemu kau terus menempa
membentuk diri mengukir peribadi
seorang insan yang kosong
akhirnya punya jati diri..

keringat mu tdak kau minta dibalas
ilmu yang tercurah tak kan pernah mampu dibayar
yang diharap hanya kejayaan
seorang insan yang dulunya kosong
agar menjadi seperti sumur
membawa manfaat pada mereka yang dahaga
menjadi bekal perjalanan menuju redhaNya..

buatmu..
kulakarkan seuntai kata
agar dapat kau rasai
sebuah penghargaan
dari insan kerdil yang bernama
anak didikmu...
TERIMA KASIH GURU


Monday, May 3, 2010

bukan memuja..

Sedang menanti berakhirnya pertempuran antara saya dan peperiksaan..
tidak sabar rasanya saya ingin menghadap buku2 terbaru dari 'Ustaz Hasrizal'
Tersenyum saya apabila ada teman bertanya kenapa sy begitu 'memuja' buku2 ustaz hasrizal.
mulanya berpintal akal saya berfikir dan menyusun jawapan..nah ini lah rasionalnya..
buku2 tulisan ustaz hasrizal bukan sekadar buku untuk mengisi senggang waktu.
saya bukan memuja tulisannya tapi saya menikmati isinya.
sungguh tidak pernah saya jumpa titik jemu. 3 buah tangan ustaz hasrizal sebelum ini menjadikan saya ternanti2 terbitnya buku baru yang bakal menjadi santapan minda.
Pembawaan yang ringan namun sarat dengan ilmu. Disulami pengalaman beliau sendiri sebagai wadah tarbiah buat pembaca..itulah alasan saya..

Dalam Pencarian



-saya terlalu ingin memiliki buku ini-

formspring

--menarik juga--tanyalah apa sahaja

http://www.formspring.me/bintuali

yg boleh dijawab inshaAllah sy akan jawab..yang saya tak tahu sy tetap akan jawap tp dgn jawapan 'tak tahu'
apapun diharapkan formspring ni mungkin menjadi satu medium untuk kita berkongsi ilmu..insyaAllah.

Friday, April 16, 2010

selamat berjuang

selamat berjuang..
buat sahabat2
yang jauh
yang dekat
perjuangan kita tetap sama
walau tanah yang dipijak berbeza
walau terpisah jarak dan masa
doaku untuk kalian
untuk kita bersama
selamat menempuhi imtihan dunia
semoga jalan yang kita lalui membawa manfaat untuk dirimu dan dirku
yg bisa menjadi bekal kembara meraih redhaNya
Teman-teman..
moga segalanya dipermudahkan
moga kejayaan itu milik kita
moga Allah memberkati kembara ilmu kita di dunia ini
kalian disana
aku disini..
dunia kita tetap sama..




Ya Allah permudahkanlah kami menempuhi ujian dunia ini..
berikanlah kami kejayaan dunia dan akhirat

Tuesday, March 23, 2010

nostalgia itu datang kembali

Terasa sayu di hati. Terharu atau mungkin juga kerinduan menyapa nurani dan jiwa saya..
Nostalgia itu menggamit kembali lantaran hari ini telah terlakar sebuah pertemuan antara jiwa2 yang kerinduan. Kami pernah bersama dalam melayari sebuah kembara ilmu. Saat itu masing-masing belum kenal erti kematangan. Belum kenal erti perjuangan. Hanya berpegang pada falsafah 'Belajar untuk Berjaya', 'Belajar untuk menjadi seorang doktor,peguam atau apa saja gelaran'. Terlalu jauh pengalaman itu ditinggalkan sehinggakan tanpa sedar kami telah melepasi satu usia yang mengerti apa makna perjuangan ini.

Sungguh..
Nostalgia itu telah menitiskan air mata rindu buat diri ini..
Mungkin saya rindukan detik awal remaja. Usia belasan tahun yg baru belajar mengenal apa itu dewasa. Mungkin juga saya pernah merindui beberapa peristiwa yang jarang saya alami.
Namun pertemuan kami semalam benar2 menyapa kerinduan yg dalam terhadap mereka.
Bermula usia 7 tahun hinggalah 12 tahun. Itu yang saya rindukan.
Teman sepermainan, teman sekelas,guru-guru. Pondok rehat tempat kami berkumpul setiap hari menikmati waktu makan bersama seakan melambai-lambai memanggil saya untuk singgah mengimbau kembali saat itu. Deringan loceng seakan mendesak saya untuk kembali menjejak diri pada waktu itu. Andai waktu dapat diulang, ingin saya ulangi nostalgia itu..

walaupun pertemuan kami bukanlah sebuah pertemuan antara jasad atau bicara yang bersuara, namun bagi saya ia tetap sebuah pertemuan yang menjadi titik mula untuk kami menjalin semula sebuah persahabatan yang telah sekian lama terpisah.
Teman jarak itu telah memisahkan kita walaupun perjuangan kita tetap sama.
Saya benar2 rindu untuk menatap wajah mereka berbicara dan mendengar tutur kata mereka. Pesanan di laman itu tidak mampu membasuh rindu saya. Sekadar tulisan tidak mampu menghalau segala nostalgia yg mencurahkan minyak ke atas api kerinduan ini..

Sungguh..
Benar...
saya sedang rindu...

Segala kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi..
Alhamdulillah...Dia telah menunjukkan jalan untuk kami bertemu kembali.
Mengikat kembali sebuah ikatan yang hampir dimusnah jarak.
Dia telah membuka peluang untuk ukhwah itu bertaut kembali..
Ya Allah..
permudahkan pertemuan kami..
kekalkanlah ukhwah antara kami...
.....................................................................

didedikasikan buat teman2 SKRKTST
10 tahun terpisah..tanpa khabar..akhirnya hari ini bakal menyatukan kita semua

nukilan rindu buat teman2,guru2 SKRKTST

Monday, March 22, 2010

mooting...syukran semua



alhamdulillah akhirnya selesai juga oral submission kami...sejuta penghargaan buat Hafsah,Anis,Qatrin n Atul..lega rasanya bila dh berakhir....
Bersama Puan Fazlin

Friday, March 19, 2010

tentang mereka..

bismillah..

blog ini makin hari makin terabai nampaknya..
sebenarnya bnyak yg ingin dikongsi...ada beberapa entri ilmiah yang masih lg kaku dan belum punya konklusi dalam ruang draf..kesuntukan waktu,ketandusan idea untuk meneruskan penulisan. Cuma hari ini tiba2 saya terdetik untuk menulis tentang mereka yg istimewa dlm hidup sy selain ibu dan ayah tercinta,selain adik beradikku yg tersayang..
mereka inilah teman2 saya..sahabat2 sejati sy..

Kenapa sy terasa ingin menulis tentang mereka??
apabila terbaca blog seorang teman http://moonstarsrant.blogspot.com -nasratul naim-
saya trdorong untuk menulis tentang mereka..
apalah salahnya sy menghargai mereka dengan cara ini kan?

Nasratul Naim
semester ini banyak waktu kami bersama..bnyak peristiwa yg x mungkin saya lupa..peristiwa yg membuatkan sy tersenyum sendiri ketika bersendirian..peristiwa yg membuatkan kami tidak tahan untuk tertawa bila ada antara kami yg mengungkit kembali...segalanya berlaku disini..
Naim seorang teman yg sgt layak sy katakan teman yg baik..yg tidak akan membiarkan kawannya susah bersendirian..mengenalinya mengajar sy untuk menjadi lebih baik..
dia seorang yg bnyak membantu..tidak mementingkan diri..suka ketawa..tegas..
ketegasan dia mengagumkan saya sebenarnya..
terima kasih teman

Asma'i dan Asniza
mereka juga istimewa di hati saya..teman kala susah dan senang..untaian nasihat mereka menjadi penghias rasa syg sy buat mereka..
walaupun kami tdak seperti dulu..slalu berjumpa..tp di hati sy mereka ttp teman yg baik..kalau tidak kerana mereka mungkin sy langsung tiada semangat untuk teruskan apa yg pernah mulakan...itu cerita lama..tapi cerita itu lah yg mengingatkan sy tentang mereka...dan bnyak lagi yg xkan mampu sy coretkan disini tentang maie dan as..

hidayah hanim..
sy sayang dia..
walaupun kdg2 sy rasakan kami makin jauh...
susah bertemu walaupun satu fakulti..
tapi mana mungkin saya lupakan dia..
segala kenangan di kuantan sering menyapa,mengingatkan sy tentang seorang teman yg bnyak membantu..
rindu sy pada dia..

shikin..
sy syg dia..
seorang yg lembut..terlalu lembut bg sy..baik..
kesabaran yg ada pd dirinya kdg2 buat sy terfikir...kenapa tahap kesabaran sy tidak sama seperti shikin..
ramadhan yg lepas bnyak melakarkan kenangan antara sy dan shikin................

inilah antara insan istimewa yg menemani sy disini..
walau tidak slalu bersama, mereka tetap teman istimewa buat sy disini..di bumi UITM

dan sy..
hanya mampu berterima kasih
terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku teman seperti mereka
Kuatkanlah iman mereka,tetapkan mereka untuk terus berada di jalan yg benar,rahmatilah mereka,sejahterakanlah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat..

terima kasih teman kerana sentiasa menjadi teman buat insan ini

Thursday, March 11, 2010

take a second,think and ponder, and look for His signs





.. Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Monday, February 22, 2010

something to ponder

Satu artikel yg cukup menarik dan menyentuh jiwa yang ingin dikongsi...
http://www.apisbp.com/artikel/something-to-ponder

Saturday, February 20, 2010

SUCI YG TERBUANG:MANA NILAI MANUSIA???

Saban minggu ada saja kes pembuangan bayi. Yang paling meruntun hati kes bayi yang terbakar didalam tong sampah minggu lalu. Umpama ciptaan Allah yang suci itu tidak bernyawa dan tiada nilainya pada mereka yg melahirkannya..Manusi makin kejam bagaikan kembali ke zaman jahiliyyah.

Mengapa gejala seperti ini berlaku???Masalah individu atau sosial??jawapannya ada pada setiap dari kita yg mengaku muslim,yang mengaku sbg manusia...
Hakikatnya nilai kemanusiaan makin hilang ditewas nafsu.. inilah yang berlaku dalam masyarakat kita hr ini..
maksiat berleluasa..dari perbuatan dosa ini lahirnya janin suci di luar kehendak pelaku dosa yg menjadi mangsa..

Mereka yang sewenangnya membiarkan bayi malang ditepi tong sampah,longkang,kaki lima dihurung semut bagaikan tidak pernah percaya adanya MATI adanya PEMBALASAN...

telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar

sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya

firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

renungkanlah di mana nilai manusia dlm diri kita????

Sunday, January 17, 2010

salam cinta buat hamba Pencipta Cinta

ungkapan bismillah pembuka bicara
bicara cinta seorang hamba
kalam penulis meluah rasa
bimbang cinta tersasar tujuannya...
salam buat semua..
risau melihat suasana dunia saat ini..ramai dikalangan kita yang mengaku sebagai hamba Allah tidak lagi mengangkat dan mengagungkan CINTA kepada ALLAH sebagai cinta utama. Tidak lagi mahu bermujahadah dalam meraih cinta KHALIQ. Apa yg dikejar hanyalah cinta manusia,cinta dunia yang pada hakikatnya tiada jaminan yang kekal.

Setiap waktu seorang pencinta berusaha untuk mengenali hati kekasihnya yang dicintai. SMS peneman setia,saling menjaga hati kononnya sebagai usaha mengekalkan hubungan walhal belum ada ikatan yang menghalalkan.Tangan digenggam tanda setia,janj setinggi langit biarpun tahu mustahil untuk menunaikannya..I LOVE U,I MISS U mungkin sudah cukup mengenyangkan bagi mereka yg sedang asyik diBIUS CINTA DUNIA...
Sedang mereka larut diulit rasa cinta yang 'entah apa-apa', mereka lupa dan tidak pernah berusaha untuk mengenali dan mencintai KHALIQ, kekasih yang sepatutnya dicintai dengan sepenuh jiwa.

Sukarkah untuk mencintai Allah yang Maha Sempurna?Dia lah yang telah mencurahkan segala nikmat yang x terhitung oleh hambaNya..dalam setiap hembusan nafas ada nikmat Allah. Seandainya tiada cinta dariNya untuk makhluk ciptaanNya tentu sahaja kita tidak mampu untuk menggerakkan anggota yang dipinjamkan. Kita mampu melihat keindahan dunia,kita dapat belajar,bekerja,menikmati rezeki yang dikurniakan. Jangan merasa angkuh dengan mengatakan apa yang diperolehi itu adalah dari usaha sendiri. renung kembali, sekiranya Allah tidak mengurniakan akal fikiran,anggota badan,kekuatan dan jalan untuk kita berusaha, mampukah kita merasa kejayaan atau apa sahaja kebaikan yang kita dapati?Ingatlah,segalanya milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia. Bukankah itu tanda cintanya Allah pada makhluk ciptaanNya. Lantas mengapa begitu payah untuk membalas cintaNya yang Agung tapi begitu mudah memberi cinta pada yang tidak sepatutnya?

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Nahl:18)

Hanya Allah yang lebih layak bagi setiap cinta..kecintaan terhadap Allah adalah yang lebih utama dari kecintaan kepada makhluk.Marilah kita meraih cinta Allah yang pastinya paling sempurna dari cinta selainNya..

~Ya Allah tetapkanlah hati kami dalam mencintaiMu,agamaMu dan rasulMu. Teguhkanlah kami dalam bermujahadah mencari cinta dan redhaMu~

Friday, January 15, 2010

LaNGiT ILaHi..

lagi bercerita tentang buku..

Tentunya buku2 tulisan ustaz hasrizal jamil menjadi kegemaran saya..

'AKU TERIMA NIKAHNYA' telah beberapa kali saya khatam belum juga ketemu jemunya..BERCINTA SAMPAI KE SYURGA pun sama penangannya..sebuah buku yang penuh dengan pengajaran dan ilmu..RINDU BAU POHON TIN pula menjadikan saya asyik dan larut dengan mesej tarbiyyah yang disampaikan dalam bentuk penceritaan tentang pengalaman penulis sendiri...dan terbaru,saya membaca LANGIT ILAHI, hasil seorang penulis muda HILAL ASYRAF...komen saya tentang buku ini -SANGAT MENGENYANGKAN!!!

dan seterusnya buku 'Supaya Gelisah Bernilai Ibadah'--saya sedang berusaha menghabiskan pembacaan.. ^_^





Friday, January 8, 2010

seronoknya membaca


lama blog ini ditinggalkan. Saya bukanlah malas tapi minggu pertama semester 4 sudah bermula..banyak perkara yang harus diselesaikan.
Semalam saya menemani seorang teman keluar. Kami ke JJ Bukit Raja. Niat di hati hanya mahu menemani Nasratul Naim membeli barang..,tapi memandangkan kaki telah melangkah ke kedai buku POPULAR, keinginan untuk membeli bahan bacaan untuk diri sendiri tidak dapat ditahan.
Seronok bila melihat begitu banyak buku2 yang mana pada saya mungkin dapat mengenyangkan hati dan minda..dan akhirnya saya membeli 3 buah buku..Dua daripadanya seperti yang tertera di atas dan lagi satu sebuah novel 'KITAB CINTA YUSUF DAN ZULAIKHA'..
Buku Yakjuj & Makjuj: Bencana disebalik gunung sangat menarik perhatian saya. Buku yang sangat tebal,ditulis oleh seorang penulis indonesia. Masih lagi dalam proses pembacaan dan saya kira untuk menghabiskan sebuah buku ini akan mengambil masa yang lama memandangkan isi kandungan yang agak berat. Saya membeli buku bukan sekadar menambah koleksi buku2 ilmiah yang ada tetapi melalui buku2 tersebut sekurang-kurangnya saya dapat belajar sesuatu di luar bidang ilmu yang sedang sy pelajari di uitm..
Mempunyai sahabat2 seperti asmaie,naim dan asniza membuatkan 'hobi' saya yang satu ni makin menarik..hehe
InsyaAllah lepas ni saya akan menulis tentang 'bedah buku'--