Wednesday, June 23, 2010

kaki berpijak mahu melangkah jauh namun dipasak kekangan


Suka saya bercerita, berkongsi minat bersama seorang teman serumah. Kak Yah,individu yang tidak pernah lelah mengukir senyum walau dirinya perit diduga ujian Tuhan. Di rumah kami tak pernah sunyi dengan gurauan. Bagi diri saya beliau ibarat seorang teman dan seorang kakak.Mungkin juga seorang ibu. Tak merungut menjaga kebajikan ahli-ahli rumah. Kami sebenarnya punya minat yang sama. Gemarkan buku. Saya pernah berkata "Kak yah, tiap kali saya masuk kedai buku Marwilis terasa ingin memiliki satu kedai"..Begitu juga sahabat saya yang satu ni.Menggilai buku.

Hobi saya yang satu ni makin menjadi-jadi. Pantang ada duit lebih sedikit ditangan, terasa satu kekurangan andai tidak dapat memiliki buku2 pengubat jiwa. Sungguh bila membaca saya terasa ingin menulis,ketika menelan bahasa indah yang mendidik hati saya seperti ingin merantau mengelilingi duni melihat alam untuk dijadikan sekolah kehidupan. Saya ingin ke Turki menyorot semangat Khilafah yang penuh kegemilangan suatu waktu dulu. Saya rindukan Masjid nabawi, terasa ingin berkomunikasi dengan Rasulullah disisi makam baginda. Ingin sekali mencari semangat pejuangan sahabat-sahabat baginda. Sungguh, terasa perit sekali mendengar derita Masjidil Aqsa yang terjajah.Andai mampu tangan ini membebaskanmu..

Saya cemburu dengan sahabat-sahabat yang berpeluang menuntut ilmu di negara orang. Ketahuilah teman,kalian beruntung punya tempat untuk mencabar diri lebih dari diri yang berada disini. Bawalah kakimu melangkah selagi terdaya menyoroti sirah yang terlukis di bumi Tuhan. Di bumi inilah sekolah kehidupan.

Tuhan,
Permudahkan laluanku untuk melangkah di bumiMu
Izinkan aku belajar dari ciptaanMu..

Tuesday, June 1, 2010

Doa untuk saudaraku..

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”




Kekejaman Israel,keangkuhan Yahudi....