Monday, September 20, 2010

kerana jiwa itu..

Jiwa
berlagu sendu
diiring daun-daun gugur
layu
resah
galau
gundah

jiwanya
seakan carik
perit
pedih
sakit

Tapi senyum
masih dibibir
mata
bersinar ceria
gagah benar diselimuti rahsia
sedang
jiwanya
hebat diduga

mengapa masih tersenyum
curahkan saja air mata yang ditahan

Senyumannya menjawab
memberi tafsiran jiwa
"aku tersenyum kerana aku masih mahu tersenyum"
"diriku mahu menangis dihadapan Khaliq,
kerana Dia tempat aku mengadu"
"untuk apa ditangisi dugaan dan keperitan yg datang"
"cukuplah Allah mengerti kesakitan jiwaku"

Jiwanya kuat
teguh
kerana itu
aku terus melihat
memandang dengan hati
bermonolog
kiranya aku seteguhnya..