Monday, December 13, 2010

................................

Minggu yang agak bercelaru bagi saya.Hilang punca mungkin. Atau terlalu gelabah,risau menanti setiap ketentuan yang bakal diri ini ketemui.
Mahu itu,mahu ini..mengharapkan sesuatu yang baik dan membahagiakan.Terlalu banyak kehendak hingga terlupa apa yang ditentukan itulah yang diperlukan.
Jejak kaki yang ditinggalkan di belakang sering dilupakan.Mungkin ada antara jejak2 terdahulu saya terleka atau terlalai tentang sesuatu yang penting.Mungkin.

Sekejap sahaja waktu yang berlalu meninggalkan saya terpinga-pinga.Bertanya pada diri.


Apakah detik-detik yang berlalu itu sempat saya garapkan dengan makna dan manfaat atau saya biarkan menjadi sia-sia?



apakah waktu yang ditinggalkan itu cukup memberi maksud untuk saya belajar dan kutip segala yang baik yang terdapat dalam setiap saat itu?


apakah masa lalu saya itu ada yang saya tinggalkan tanpa memberi apa2 manfaat pada alam dan mereka yang disekililing saya..walau sedikit?
MUHASABAH..




Ada ketikanya perjalanan hidup saya memerlukan saya untuk berlari.Mengejar waktu dan mengejar sesuatu. Dan kadang2 tanpa sedar sesuatu yang dikejar itu hanya kehendak saya bukanlah sesuatu yang terbaik dan yang saya perlukan.Ya saya sering terlupa tentang ini...

عَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-baqarah :216)

Saya mahukan yang terbaik.DIA lah Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Saya mengharapkan diri saya sentiasa tidak lupa untuk berpaut dan bergantung harap pada Allah dalam setiap jejak perjalanan saya,dalam setiap usaha dan perjuangan saya.

Saya tidak mahu menjadi hamba yang lalai dari berdoa dan bertawakal padaNya..


Saya mahu menjadi seseorang yang tak pernah lupa betapa lemahnya saya,betapa kerdilnya saya dihadapanNya..lantas tidak ada sebab untuk saya berputus harap pada janji2Nya..



seketika saya berhenti..menarik nafas dalam2..setiap udara yang dirasai adalah milikNya..setiap yang ada pada diri ini adalah milikNya yang abadi.
Jadi apa ada pada saya?
Mentafsir hati yang sering berbolak balik.
Menegur jiwa yang sering lalai dengan dunia.
Tanpa sedar diri sering lupa bertanya..'duhai iman,bagaimanakah kau dihati insan ini.Rapuhkah,lemahkah?Teguhkah?atau sekadar berbolak balik,turun naik dan sentiasa memungkiri apa yg pernah dijanji dihati,dilafaz di bibir?'

..........................................................................................................................................
noktah untuk bahagian ini
..........................................................................................................................................
Teguhkan aku dilangkah ini,dipencarian hakikat diri..

saya belajar tentang...

salam
rentak tari jari jemari kian kaku dari mengukir bahasa disini.hambatan waktu?lelah?mungkin itu alasannya..
entah lah..

Mungkin saya tiada apa yang mahu ditulis.

Mungkin saya tidak layak menulis.

Saya dhaif dalam dunia tulisan.

Saya hamba Tuhan yang selalu jatuh dalam perjalanan yang penuh dengan dugaan.

Jatuh bangun yang berterusan.

Ketika ini..perjalanan saya melalui satu denai yang penuh pengalaman dan dugaan

-saya belajar tentang emosi-
-saya belajar tentang masyarakat-
-saya belajr menjadi akur dan pengikut kepada sesuatu pimpinan-
-saya belajar ;memahami 'human behaviour'-

saya melihat bagaimana manusia mencari keadilan
saya memandang bagaimana manusia menegakkan yang benar kerana kebenaran
saya juga sempat memerhatikan bagaimana manusia memutarbelitkan yang benar kerana wang.

DUNIA!
REALITI!
Ya..saya melihat sebuah realiti kehidupan yang sebelum ini saya hanya mampu mentafsir benar atau tidaknya hanya dalam drama..dalam cerita-cerita tulisan..

EMOSI
saya belajar tentang emosi
memerhatikan dunia realiti yang penuh emosi
sedih,gembira,marah,
tampak pada mereka2 yang sering saya lihat setiap hr dalam laluan saya saat ini.

juga emosi yang terkurung dalam diri saya
saya rasainya..
9 emosi dan 1 rasional..itu wanita..
mungkin kerana itu saya mudah tersentuh..sensitif pada banyak situasi.
dalam 1 hari saya mampu ketawa,tersenyum,menangis,marah..
dan ketika itu la 1 rasional saya bersusah payah mengawal emosi supaya hanya emosi2 yang sepatutnya sahaja dizahirkan.
kalau marah perlu didinginkan dengan maaf dan fikir positif..istighfar dan zikir
kalau sedih perlu ditenangkan..
kalau bercelaru..perasaan yang tak tentu..perlu diuraikan
jika tidak...
STRESS..
ini yang saya sedang belajar

langkah kaki saya masih lagi saya teruskan
walaupun kadang-kadang saya rasa payah.
saya perlu belajar dari hidup untuk menjadi insan yang HIDUP
saya perlu belajar dari alam supaya saya menjadi hamba Allah yang tahu untuk bersyukur
saya perlu belajar dari pengalaman supaya tidak mengulangi kesilapan..

dan satu lagi perkara yang perlu saya pelajari adalah..
belajar bersedia..
bersedia untuk berkongsi
bersedia untuk memahami jiwa yang 1 lg
bersedia memikul tanggungjawab yang 1 lg
bersedia menjadi kelasi dalam sebuah bahtera 1 lg..
bahtera yang dinakhodai oleh jasad 1 lg
yang harus ditaati..
pemilik cinta setelah Allah dan Rasul
setelah ibubapa
dan setelah cita2 saya
walaupun masih jauh tapi dari saat ini seharusnya saya sudah belajar tentang itu
kerana saat ini ada sesuatu yang menyedarkan kesamaran dalam prinsip dan pandangan saya tentang 'ini'..
saya belum bersedia namun saya harus belajar untuk bersedia agar ketika mana Allah campakkn rasa kesediaan itu, saya tidak menjadi seperti kotak kosong..
noktah untuk bahagian ini..





Monday, December 6, 2010

attachment episod 2:"mak..ayah..sakit.."

Sugul!
Sayu hati saya..pengalaman hari ini cukup membuatkan dada saya sebak menahan sendu..tatkala memandang sebuah realiti..kasih sayang seorang ayah..cinta seorang ibu dan penyesalan seorang anak.
Setelah beberapa lama perbicaraan sering tertangguh..akhirnya semalam seorang remaja yang lebih muda dari saya melafazkan pengakuan salahnya..Saya mengenali peguam yang mewakilinya..menurut beliau, beberapa kali dia cuba memujuk OKT supaya mengaku bersalah atas satu tuduhan..tidak nampak peluang untuk OKT itu terlepas dari pertuduhan lantaran sememangnya dia bersalah dan pernah mengaku bersalah dihadapan peguam sendiri..Namun menurut peguamnya..keluarga OKT bermatian memaksa OKT minta dibicara..Si Ayah yg terlalu menyayangi anak bongsunya..si ibu yang menahan sendu menafikan perbuatan anaknya..si kakak pula seperti tidak mahu melepaskan adik kesayangannya dihukum..
Mengaku bersalah diringankan hukuman..kalau terus dibicarakan belum tentu dia dibebaskan..itulah yang diyakinkan oleh si peguam..
Dengan rela hati akhirnya anak itu mengaku bersalah..dan hari ini hukuman penjara 2 tahun diringankan menjadi 6 bulan..ada riak sesal di wajahnya..tapi bukan itu yang membuat hati saya luluh..

bila saja hakim menjatuhkan hukuman..suara si ayah menangis memecah sunyi ruang perbicaraan..tatkala memandang wajah si ibu yg memeluk suaminya..cuba meredakan perasaan teman sejiwanya saya menjadi sebak..sy bermonolog sendiri..tentu ibunya lebih pedih lagi perasaannya..

Si anak keluar dari kandang tertuduh..menemui keluarga..dipeluk ayah dan ibu..terdengar tangisan mereka bertiga..
kemudian langkah kaki beralih..mengikuti polis..ya..hukuman telah dijatuhkan.."6 bulan x lame ayoh,mok.alhamdulillah"..terngiang2 suara si anak menenangkan ayah dan bondanya..

Tiba-tiba sahaja mahkamah jd riuh..kecoh..OKT pitam dan tak sempat disambut Sarjan yang mengiringi..kepalanya terhantuk kandang saksi..REBAH!! darah mengalir laju..si ayah berlari dan terus memangku kepala anaknya yang sedang mengerang kesakitan..sy menghampiri mereka..sementara menunggu ambulan,ayah dan ibunya bersusah payah mengelap darah yang mengalir di kepala anaknya..saya menahan sebak di belakang si ayah memegang sekotak tisu untuk ayahnya gunakan bagi mengelap darah anaknya..ak tertahan2 air matanya mengalir."mak..ayah.. adi sakitt!"...jeritan si anak yg memanggil2 ibu dan ayahnya makin lama makin sepi..dia tidak sedarkan diri...
Dan akhirnya dia dibawa ke hospital..Mahkamah menjadi sunyi..sayu..saya cukup sayu melihatkan ayahnya..menangis seperti anak kecil..alangkah pedihnya hati si ayah bila terpaksa berpisah dgn anak kesayangan walaupun hanya 6 bulan..Ya mungkin bagi kami yang melihat..6 bulan bukanlah waktu yang begitu lama brbanding hukuman sepatutnya-2 tahun..namun melihat tangisan si ayah,,saya cukup mengerti..kasih sayang seorang ayah bukan brgantung pada detik masa..kasih sayang seorang ibu bukan melihat kepada siapa anaknya..tetapi..kasih mereka tak bersyarat..walau si anak adalah pesalah..itu tetap anak mereka..

Saya sempat berbicara dengan peguam yang mewakili remaja itu..katanya OKT menghidapi asma..mungkin kerana terlalu sedih melihatkan ibu dan ayahnya asmanya menyerang..saya difahamkan setiap kali perbicaraan sebelum ini.. ibu dan ayahnya hadir menemani..dan mereka seakan tidak mahu melepaskan anak mereka mengakui kesalahan yang telah dilakukan.
Dan hari ini..saya belajar sesuatu..ibu bapa memang akan kecewa kalau anak yang disayangi menjadi insan yang salah di mata masyarakat..tapi kasih mereka takkan pernah berubah walau siapa anak mereka...

SEMOGA ADIK ITU BERUBAH..semoga 6 bulan yang bakal dilaluinya menjadi titik mula dia kembali menjadi seorang anak yang baik..seperti apa yang ibu dan ayahnya sebut2kan
saya kasihankan kedua org tuanya..


Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku..sejahterakanlah keduanya Ya Allah..sesungguhnya tiada daya untukku balas segala apa yang telah mereka korbankan untukku melainkan Engkau sahaja yang mampu dengan kudrat dan iradatmu membalasnya..Jadikanlah diriku anak yang solehah bagi keduanya..hanya padaMu ku bermohon Ya Tuhan..amin ya Rabb


Sunday, December 5, 2010

Attachment episod 1

MENGELUH ATAU BERSYUKUR??

Perjalanan saya dalam menimba sedikit pengalaman dari 'attachment' di mahkamah Majistret Kemaman telah masuk minggu ketiga. Sungguh pada awal langkah saya, cukup silap perkiraan yang bermain di benak fikiran saya..
"tentu tak banyak kes kat kemaman ni"
"mesti bosan..hari2 mesti dengar kes je"
"ak sorang2 kat sane,xda kawan macam mana nak hadapi situasi dikelilingi staf2 yang lebih tua dr ak??"
dan pelbagai persoalan lagi timbul..
benar..hari2 saya menghadap berpuluh2 kes..mendengar perbicaraan.sebutan.
tp saya juga diberi peluang untuk belajar tentang banyak lagi perkara..
Ya!!pengalaman tak semestinya dalam bentuk pembelajaran formal..
mengenali staf2 mahkamah yang ramah,baik dan tak pernah kedekut untuk menjawab apa sahaja yang saya persoalkan..itu pengalaman..
bersembang dengan 'pak cik2 polis'..makan bersama menjadikan sy seperti seorang anak kecil yang berbicara dengan org dewasa tentang pengalaman hidup..ya..mereka lebih dahulu melalui kehidupan yang penuh warna warni..pahit manis,cabaran,jerih perih..tak jemu mereka bercerita dan tak puas saya mendengarnya..
Mengenali sarjan Yunos..nampak ketegasannya..pada hari pertama melihat wajah Sarjan yang seperti seorang ayah yg begitu tegas buat saya kecut perut juga..xberani saya menyapa..sehinggalah kami makan semeja..dy mula berbicara dengan saya dan,,,NAH..kecilnya dunia..dia adalah teman rapat ayahanda saya selama lebih berbelas tahun..salam untuk ayah dikirim mesra..perjalanan hidupnya dikongsi..nasihat2 xlekang dibibir..saya hanya mampu tersenyum..BERSYUKUR..

Kak Nurmi..supervisor saya..jurubahasa ...setiap hari sarapan saya
'ditanggung'nya..segan saya..kalau makan diluar belum sempat saya mahu membayar bahagian saya..tangannya cepat menepis.."awak blaja lg,kak mi bayar"..saya sudah terlalu segan..kemudian sy ambil keputusan untuk tidak keluar bersarapan..TAPI kak mi seperti tau saya mahu mengelak dr dibelanja..dan sekarang..setiap pg dia bawakan sarapan untuk saya..aduhaiii...
Ya Allah..Murahkanlah rezeki bg saudariku..limpahkanlah kebaikan keatas dirinya dan keluarga..

Kak Mira..teman yang memahami..yang banyak mengajar..yang selalu ketawa..beza usia kami tak jauh..hanya setahun dan mungkin kerana itu kami mudah mesra..saya suka caranya bekerja..agak tenang..dan teratur...sungguh saya suka memerhatikan kakak2 staf yg sedang bekerja..

Pok Nik..seorang lagi staf yang cukup saya hormati..wajah garangnya menyembunyikan keramahannya..tp..bila saja dia bersuara..sy pasti tersenyum atau ketawa..usikannya seperti seorang ayah yg mengusik anak2 kecil..diselangi nasihat2..tenang saja sikapnya..

Kalau mahu dicerita semua tentang mereka..tak cukup waktu dan daya bagi saya..terlalu banyak..lebih dua minggu yang saya lalui ini menjadikan saya dan mereka seperti satu keluarga..
tentu saja ada rasa sayu menyapa nurani saya bila mengenangkan hanya tinggal beberapa waktu lg saya bersama mereka..
SUNGGUH...sy bersyukur kerana pilihan saya untuk menimba pengalaman disini Allah kurniakan dengan sesuatu yang amat bernilai..silaturrahim..dan disini jugalah sy belajar erti kesabaran serta keikhlasan sebuah ukhwah..walau singkat masa perkenalan..keikhlasan itu membuah kemanisan dalam hubungan..Alhamdulillah