Friday, December 30, 2011

2 perjalanan 2 emosi.

Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Lumpur semalam penuh emosi. Berbeza jika saya bandingkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung saya beberapa hari lepas. Kalau Sabtu lepas permusafiran saya terisi dek kerana keramahan teman sebelah di dalam bas. Biarpun perkenalan singkat perkenalan kami, sepanjang perjalanan teman yang saya panggil 'kak' itu tak jemu bercerita dan berkongsi ilmu. Dan itulah kali pertama saya tidak tidak terlena bila menaiki bas. Biasanya setelah sejam perjalanan mata saya tentu mudah saja terpejam. Alhamdulillah, dek kerana setiap yang dituturkan 'kak sa' itu adalah ilmu, saya jadi semangat.:)
Berbeza dengan perjalanan semalam. 'Seat' di sebelah saya kosong. Ruang penumpang di tingkat atas bas Transnasional kelihatan agak lengang. Kalau hujung minggu atau cuti-cuti umum, biasanya agak penuh dengan penumpang. Bagus juga saya fikir bila seat sebelah tidak bertuan, lebih selesa bagi saya yang sebenarnya saat itu sedang letih dek kerana tidak cukup tidur malam sebelumnya. Bas bergerak. Saya betulkan 'seat' untuk lebih selesa. Tiba-tiba terdengar suara bayi menangis di belakang. Saya mengintai di ruang antara 'seat' yang saya duduki. Baru saya perasan di belakang saya ada seorang ibu dengan 2 anak. Yang seorang saya agak mungkin berusia 5 atau 6 tahun. Dan si 'baby' comel itu pula mungkin baru berusia 8 bulan. Di hati saya terdetik, bukan senang nak bawa anak-anak kecil naik bas, lagi-lagi kalau perjalanan yang memakan masa berjam-jam. Saya faham karenah anak-anak kecil. Mempunyai 10 orang anak buah memberi peluang saya memerhati tabiat dan kebiasaan kanak-kanak. Di hati saya berharap moga Allah permudahkan ibu tersebut sepanjang perjalanan.
Belum pun sampai sejam perjalanan saya tersentak. Ibu di belakang saya menengking si abang. Disuruh 'duduk diam'. Saya andaikan diri saya berada di tempat ibu tersebut, mungkin kesabaran teruji bila si anak terlalu aktif. Ruang sempit ditambah pula ada anak kecil di pangku, 'kelincahan' anak yang lebih 'besar' mungkin menjadi gangguan. Saya cuba lelapkan mata. Hati saya bermonolog sendiri..mungkin si ibu penat,stress..biasa la tu..'
Selang beberapa ketika, hati saya jadi tidak sedap. Jiwa saya meronta. Si ibu tadi tidak henti-henti menyalahkan si abang yang mungkin baru mengenal ABC itu yang menyebabka si bayi menangis. Saya menjenguk ke belakang, ' Kak, sebelah saya ni kosong,kalau anak akak nak duduk, mai la..kesian akak takut tak selesa.' Saya cuba mencadangkan solusi memandangkan dari apa yang telinga saya dengar, semua leteran2 kasar yang dilemparkan terhadap si anak disebabkan ruang yang sempit. Tambahan pula anaknya agak 'tidak duduk diam'.
Pelawaan saya dipandang sepi tanpa sebarang respon walaupun dengan seulas senyum. Saya tanya diri sendiri.."aku salah ayat ke?"..
Saya cuba sedapkan hati dengan bersangka baik. 'Dia tak dengar kot,atau dia tak nak anaknya duduk dengan 'stranger'. Perkara biasa kan...'dont talk to stranger' selalu di ajarkan kepada kanak2.(masih cuba bersangka baik walaupun tak mampu)
Saya kembali duduk. Sepanjang beberapa jam perjalanan, si ibu tersebut berleter, dan sering juga menengking. Saya kira hampir semua yang berada di ruang atas bas mendengar marah si ibu yang kelihatan masih muda itu. Saya pandang sekeliling. Penumpang2 di hadapan sekejap2 memandang ke arah mereka. Yang di sebelah kanan saya juga sama. Dan kemuncaknya bila si abang tiba2 termuntah, terdengar jeritan ibu yang penuh kemarahan. Emosi saya saat itu benar2 terganggu dengan ayat yang keluar dari mulut si ibu, "Ya Allah...kenapa la ada anak macam ni!!'
Saya menahan marah. Mungkin saya tiada hak untuk berasa marah kerana saya tidak ada kena mengena dengan mereka. Namun, naluri kemanusiaan saya yang mengerti bahawa anak adalah anugerah dan amanah dari Allah menjadikan perasaan saya sensitif. Saya mengintai kebelakang, si abang yang kelihatan tak bermaya dimarah. Tak puas dengan itu si ibu mencubit-cubit anaknya. Salah si anak kah bila dirinya mabuk perjalanan?Salah si anak kah bila tiba-tiba termuntah di dalam bas?
Saya cuba untuk bersabar.
Bas akhirnya berhenti seketika di hentian Temerloh. Saya terus berada di dalam bas, tidak ada keperluan untuk turun. Si ibu tadi awal-awal lagi turun dari bas meninggalkan bayinya di pangku si abang. Saya memerhatikan mereka. Anak yang masih kecil itu menangis mencari ibu yang turun sebentar dari bas. Abangnya pula memujuk si adik. Saya senyum ke arah mereka. Aksi 'Cak-cak' saya agak berjaya bila si kecil berhenti menangis. Saya kasihankan si abang yang sepanjang perjalanan dimarah ditengking. Tanpa sedar ketika saya berusaha menghiburkan mereka, ibu mereka kembali. Senyum saya lemparkan. Balasannya cuma pandangan sinis. Tak apalah, bukan jadi masalah buat saya.
Bas kembali bergerak meneruskan perjalanan dan saya berterusan menahan emosi, ada saja yang tidak kena di 'seat' belakang . Saya cuba pekakkan telinga hingga akhirnya bas sampai di hentian putra.
Turun dari bas, saya hampiri 3 beranak tersebut yang turun lebih awal dari saya. Perlahan saya berbisik,
"Assalamualaikum akak, maaf ye..anak-anak ni amanah Allah, dalam usia mereka ni, masih perlukan didikan yang penuh kasih sayang,bukan berleter,maki hamun..bersyukurlah akak ada anak2 yang sihat dAn comel"..saya berlalu dengan senyuman. Sebelum melangkah saya sempat mengusap kepala anak lelakinya yang kecil itu.
Saya mungkin bukan seorang ibu.
Saya mungkin bukan pakar psikologi keluarga.
Tapi saya tahu, anak-anak sekecil itu tidak patut ditengking atau di caci maki dengan bahasa yang kasar.
Dan yang lebih tidak patut, bila tanpa sedar si ibu seakan tidak bersyukur dengan anugerah Allah...
Saat saya menulis ini, masih terngiang-ngiang suara garang si ibu menengking.."Ya Allah, kenapa lah ada anak macam ni!!!"



Thursday, December 15, 2011

Menjejak Daerah Huffaz

Sejak hari Sabtu,pemusafiran panjang dari Kuala Lumpur-Rembau-Kota Bharu-Kuala Terengganu dan akhirnya saya singgah di kampung halaman. Pemusafiran mencari tapak yang terbaik untuk menyemai benih baru dengan harapan benih itu akan tumbuh subur sebagai 'hafiz'. Antara beberapa maahad tahfiz yang saya kunjungi hati saya benar-benar tertaut dengan 2 tempat. Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Repek di Pasir Mas dan Madrasatul Quran di Kubang Bujuk Kuala terengganu. Serasa ada aliran ketenangan saat kaki menjejak bumi para huffaz dilahirkan. Melihat adik-adik yang tekun belajar di madrasah mereka yang jauh lebih banyak kekurangan berbanding sekolah-sekolah bantuan kerajaan, saya tersenyum. Mereka langsung tidak hiraukan fasiliti yang serba daif disitu. Ilmu yang mereka sedang kutip lebih bernilai dari segala kemudahan dan kemewahan yang anak-anak lain sedang hirup di luar sana.
Jiwa saya melayang sebentar bila azan asar berkumandang di masjid Madrasatul Quran Kubang Bujuk yang terbengkalai pembinaannya. Allahurabbi, panggilan agung yang dialunkan salah seorang pelajar disitu benar-benar menghilangkan lelah saya setelah beberapa hari dalam pemusafiran.
Saya bisik pada Hakim, anak buah saya,"kalau hakim dapat belajar kat sini,belajar betul2..tengok abang2 kat sini semua tak kisah walaupun tempat ni tak cantik,nampak tak 'best'.Tapi kat sini insyaAllah...berkat tu ada"
Besar harapan kami sekeluarga untuk melihat seorang 'hafiz' dikalangan kami. Hakim menjadi sandaran. Semoga harapan kami Allah makbulkan.
Dan akhirnya saya tinggalkan Kubang Bujuk dengan doa. Doa semoga kami kembali ke sana untuk menghantar Hakim menjadi pelajar. Doa semoga Hakim diterima untuk menuntut ilmu Al-Quran dari para huffaz Madrasatul Quran.

Monday, December 5, 2011





Allahurabbi
Gusar sering bertandang
menyentuh sarang hati menjadi rawan
mahu istiqamah dengan apa yang baru dimulakan
namun godaan dunia kian mengejar menggoyah iman

Allahurabbi
Langkah hijrah ini
ada bunga ada duri
hilang teman berganti
yang lebih baik itu yang pasti
teguhkanlah kuatkanlah hati
biar diuji
biar dikeji dimaki
hati masih mahu mencari
cintaMu yang hakiki.



Saturday, December 3, 2011

Sekali lagi jatuh cinta

2 Disember 2011
Melangkah dengan hati yang berbunga
Menjejak di bumi yang dipenuhi kuntuman tarbiyah
Menikmati lingkungan ukhwah yang utuh
Dengan senyum
Dengan bahagia yang menguntum
Belajar menerima kekurangan
Berusaha mempraktikkan kesederhanaan.
Menginsafi diri
Menyesali hati
Betapa diri sendiri jahil benar berbanding mereka
Betapa diri sendiri lalai benar berbanding mereka:(
Di balik tabir hijab yang melindungi
ada senyum ikhlas merai
tak terlihat tapi dinikmati oleh hati
biar baru pertama kali mengenali
ikatan itu seakan telah lama terpateri
'Hai niqabi...aura apakah kalian beri ini?'
monolog di hati sendiri.
beberapa detik
berlalu pantas
tapi terisi
saat kaki perlu melangkah pergi
hati tetap terpasung di situ
tak mahu!!tak mahu!!
jeritan tak terdengar
sebak menahan sayu
'setiap yang bertemu pasti berpisah'
rajuk hati dipujuk
Ya ALLAH...izinkan aku kembali ke sini
Ya ALLAH...kukuhkan ikatan yang baru terbina di antara kami
..............................................................................................................

::terkesan dengan kata-kata seorang sahabat..bila kita mahu berubah ke arah kebaikan,dan kita mulakan langkah perubahan itu,InsyaAllah..teman-teman yang baik akan kita temui::

TEGUHKANLAH KU DI LANGKAH INI
DIPENCARIAN HAKIKAT DIRI.


Monday, November 28, 2011

Jatuh Cinta...

Saya jatuh cinta...^__^..Perjalanan 1 Muharam 1433 membawa saya ke Kuala Kubu Bharu. Perjalanan menghantar anak saudara tercinta menghadiri kem tahfiz di Pusat Tarbiyyah Islamiyah Darul Atiq benar-benar menguji bila berkali-kali tersalah jalan dalam hujan yang lebat bersulam rahmat. Beberapa minit sebelum waktu Isyak, kami tiba. Suasaba syahdu dan tenang menyambut ketibaan kami. Dari corong surau yang tersergam di kawasan berbukit mengalun merdu zikir-zikir yang mengagungkan Tuhan yang Maha Esa. Suara merdu kanak-kanak disitu benar-benar mendinginkan saya. Dari tempat letak kereta kami berjalan ke pejabat urusan. Sepanjang laluan yang saya temui adalah suasana asing yang tak pernah saya lihat. Melihatkan beberapa orang pakcik yang duduk dihadapan bangunan kecil yang saya boleh umpamakan seperti 'pondok pengawal'(mungkin) sedang menikmati hidangan makan malam dalam satu dulang. Beberapa langkah kemudian, mata saya seperti memandang satu pemandangan yang begitu indah. Begitu ramai muslimah yang berniqab,bukan sekadar majoriti namun kesemua mereka yang sedang berkumpul di bawah satu markaz. Tidak pasti apa yang sedang mereka jalani tapi saya kira itu mungkin majlis ilmu atau usrah...Hanya saya dan kakak yang kelihatan janggal ketika itu. Kami tidak berpurdah!
Subhanallah...sememangnya itulah pemandangan terindah yang saya pernah lihat. Muslimah yang tertutup rapi auratnya.
Dikiri kanan yang saya lihat hanyalah suasana yang benar-benar menenangkan. Suasana tarbiyah yang sangat sukar saya lihat di tempat saya belajar. Allahurabbi...terdetik di hati saya mahu berada dan mengutip ilmu disini. Kalaulah saya punya kesempatan...alangkah untungnya..
Anak-anak remaja yang hati mereka terikat dengan rumah Allah,yang akhlak mereka benar-benar menyejukkan mata yang memandang..

Ketika kereta kakak mula meninggalkan Darul Atiq, hati saya terasa berat. Jiwa saya masih disana. Saya menanam tekad...Andai diizin Allah, saya mahu menghabiskan cuti semester depan disana..InsyaAllah...saya benar-benar jatuh cinta..

Monday, November 14, 2011

sepinggan kerabu jantung pisang dan air mata rindu seorang lelaki tua..

"wat lauk gapo hari ni?"
"gulai ayam ngan sayur jah tokki"
"jantung pisey tak dok?braso nk makey kerabu jatung"
"tengok esok,org tra cari"

Saya yang pertama kali memikul tugas memasak untuk datuk yang tinggal sendiri.
Seorang datuk yang sudah ingat2 lupa.
Baru saja bertanya, "mok mu bilo nok balik".
Bila dijawab,akan berulang lagi soalan serupa selang beberapa minit sahaja.
Cucu yang jarang pulang ini hanya sesekali punya peluang dan ruang utk berbakti.

"Gi beli rokok tokki so..lamo x isap rokok ni"
Tersentap saya. Mahu diberi alasan apa.
"Kalu tokki mintak rokok,tak yah beli laa"
Teringat pesan pak cik. Mana mungkin saya sanggup 'menghidangkan' rokok untuk tokki ketika kesihatannya memang nampak benar sedang dimakan usia.
"Hm...karang org mari pulok tokki.org ator deh"
Serba salah rasanya menipu,dalam hati saya 'nanti dia lupa lah tu pasal rokok'.

Tubuh kurus itu tetap setia di kerusinya.
Riak wajah seorang lelaki yang sedang rindu kekasih hati.
Kekasih yang telah pergi menghadap KEKASIHnya hampir 8 tahun sudah.
Lelaki itu mungkin selalu lupa banyak perkara..
Tetapi dia tidak pernah lupa isteri yang dicintai.
Kerana itu dia mahu sendiri dirumah itu.
Berkali-kali diajak anak2 supaya tinggal bersama mereka,degil hatinya membantah.
Segala cinta,kenangan dan rindu yang bersisa di rumah itu membuatkan dia tidak pernah mahu jauh dari semua itu..

Zulhijjah yang menyapa menggamit rasa rindunya pada Tanah Suci.
Rasa rindu akan kembara menuju Ilahi.
Tangisan sayunya menyebakkan dada si cucu.
Ketika dia masih gagah berjalan dan berdiri tegak, Allah menjemputnya menjadi tetamu di Baitullah.
Itu bertahun yang lalu.
Dan walau dia sudah menjadi pelupa, pengalaman terindah menjadi tetamu Allah masih kuat di ingatan.
Dan si tua itu terlalu rindu barangkali..hingga setiap kali berbicara soal haji, pasti air mata menemani bicaranya.

Meronta hati saya mahu menunaikan hajat tokki yang 'mengidam'
Tak pernah seumur hidup saya membuat sendiri kerabu jantung pisang.
Saat itu,hati mula merindu mak dan ayah yang sedang menjadi tetamu Allah di tanah suci.
Kalau mak ada ketika itu, pasti mak lah yang akan menunaikan hajat tokki.

esoknya..
Jantung pisang dicari.
Kelapa digoreng,ditumbuk.
Bergelumang dengan hanyir ikan.
Hanya berbekal kenangan didapur bersama mak..saya berusaha.
'Takkan mungkin sama rasanya dengan arwah tok wan,takkan serupa juga dengan mak'saya bermonolog sendiri.
dan akhirnya kerabu jantung pisang yang hanya beresepikan kenangan dan kasih sayang siap juga.
Tengahari itu...
"Serupo dengan mok mu"bicara lelaki tua itu bersama tangis rindu.
Rindu anak sulungnya mungkin. Atau rindu arwah isterinya.
Air tangan anak perempuannya itu hampir sama dengan air tangan isterinya.
Mungkin itu yang menggamit rindunya barangkali.

Saya cuma memandang sayu..'Ya Allah,selamatkanlah perjalanan ibu bapaku,semoga mereka selamat kembali'

Saya mungkin tak selalu menjalankan tugas seperti mana mak dan pakcik mak cik saya biasa lakukan. Paling 'biasa' saya buat pun hanya menghantar makanan yang dimasak oleh mak.
Pengalaman singkat saya menjaga makan minum tokki untuk beberapa hari benar-benar mengajar saya erti tanggungjawab,erti kasih,cinta dan rindu.
Tokki saya mungkin selalu lupa itu ini. Dia sudah tak mampu untu mengingat hari dan bulan,sering bertanya soalan berulang-ulang.
Tapi, dia masih ingat segala kenangan bersama arwah isterinya yang tercinta.
Dia masih ingat pada anak2nya.
Masih rindu pada anak2.
Dan sentiasa rindu bertemu Ilahi.
Dan bagi saya..itu semua kerana ikhlasnya kasih sayang yang wujud dihatinya.
Dan semestinya..itulah ilham yang diberikan Tuhan pada hambaNya..

.......................................................................

Monday, October 24, 2011

syushahnye nak tawen.....

Alhamdulillah...
Seorang demi seorang 'sahabat' yang dekat dengan saya telah pun sempurnakan separuh dari agama dengan sebuah pernikahan.:)
Dan seorang teman yang baru saja menamatkan zaman hidup 'bersendiri' beberapa hari lepas benar-benar memberi kesan pada qalbu saya.
Majlis yang begitu sederhana tapi amat terasa keberkatannya.
Usai solat Maghrib, tetamu dan jemputan yang hanya terdiri dari kalangan keluarga serta teman-teman terdekat sama-sama solat hajat berjemaah. Didoakan agar majlis dipermudahkan, perkahwinan kedua mereka diberkati dan sentiasa dalam redha Allah. Tidak perlu majlis besar-besaran. Tidak perlu khemah berhias. Tidak perlu pelamin indah menghiasi majlis pernikahan mereka. Cukup indah majlis itu dengan solat hajat dan doa selamat tanpa maksiat dan pembaziran. Tidak berlebih-lebih. Tetamu dijamu,pengantin dirai dengan suasana yang begitu sederhana. Tenang hati saya memandang kedua mempelai.

Hmm..
"Bukan senang nak kawen,kena kumpul puluh2 ribu jugak baru bleh kawen"
"Mak aku cakap zaman sekarang semua barang mahal. Jadi belanja kawen pon mahal jugak. Lagi pun jadi raja sehari ni sekali seumur hidup"
"Memang lah bersanding tu adat,alaaa..apa salahnya kan,sebagai kenangan jadi pengantin"

Ayat-ayat inilah selalunya yang memberi makna 'nikah itu susah'.
Berapa ramai mereka yang diluar sana, bercinta bertahun-tahun..tunang di bawa sana sini, kononnya dalam pengetahuan ayah bonda..
"Alaaa, mak kitorang dah restu,cuma xcukup duit je lagi nak kawen"(alasan tak cukup duit sgt popular)
Saya terfikir,adakah kemampuan itu hanya diukur pada cukup atau tidak cukup 'duit' untuk belanja pada hari 'perkahwinan' itu sahaja?

Situasi 1.
Ahmad:Akhirnya dapat jugak aku simpan sampai 30k ni. 15 ribu untuk hantaran, 15 ribu lagi untuk kenduri apa bagai...harap2 tak over bajet.

Situasi 2.
Azlan:Mak you letak harga mahal sangat la. I ni baru 2 tahun kerja. Mana nak sempat kumpul 20ribu...macam mana nak kawen cepat2..(nada sedih mintak kesian)
Liza: You ni..biasa la zaman sekarang. standard la tu

Situasi 3:
Siti:Mak, dia tu baru kerja..rasanya tak payah la mak letak tinggi2 sangat ye. Susah plak nanti,bukan senang nak kumpul duit
Mak Temah: Ehhh..kau tu ada master, budak baru lepas ijazah je pon dah 10ribu sekarang ni..dia lelaki,kalau nak kawen kena usahakan la..

Rasanya banyak lagi situasi lain yang biasa kita dengar mengenai soal 'susahnya' nak kahwin.
Betul ke kahwin tu susah atau masyarakat kita yang perasan 'trendy' ni yang menyusahkan sunnah Nabi ni?
Sememangnya kita tak dapat lari dari hakikat..zaman yang kita tempuhi sekarang adalah zaman yang mencabar. Harga barang yang kian meningkat,kos sara hidup yang tinggi sering menjadi masalah dan bebanan dalam hidup seseorang. Sedarkah masyarakat kita, keberkatan dalam melaksanakan salah satu sunnah Rasulullah ini bukanlah pada berapa nilaian belanja yang kita keluarkan untuk menyempurnakannya tapi sejauh mana kita berusaha untuk menjadikan sebuah pernikahan bernilai ibadat.

Kalau kos untuk pelamin itu mahal, buat apa dibangun pelamin yang indah.
Kalau kos menyewa dewan,katering dan sebagainya menjadi beban, cukuplah jamuan sederhana untuk sanak saudara dan kenalan dekat jadi pilihan.
Andainya tak mampu mencetak kad-kad jemputan yang harum dan cantik...cukuplah kad dari kertas A4 di'fotostat'...(Facebook pon mampu menjadi wadah utk menghebahkan pernikahan itu)
Untuk apalah berhabis wang ringgit semata-mata mengupah photographer profesional yg berkamerakan DSLR terkini,tercanggih sedangkan adik beradik sendiri pun punya digicam yang comel2.

Yang tersebut diatas adalah faktor2 yang menjadi sebab kenapa perkahwinan dianggap susah.
Nilaikan..apalah pentingnya semua itu berbanding sebuah ibadat?
Tanyakan pada diri...30k yang dihabiskan untuk menjadi raja sehari..mungkinkan sama nilainya dengan tanggungjawab dan amanah yang menanti setelah terlafaz ijab dan kabul?
Agar nikah itu bernilai ibadat, laksanakannya kerana Allah..usah mengundang murkaNya dengan berlebih-lebihan dan pembaziran.Jangan disusahkan sunnah yang indah ini..:)

::KEMPEN JOM NIKAH::^_____^

Saturday, October 8, 2011

Perjalanan kalian bersama doa kami

Seawal 3 pagi 6 Oktober 2011, kami sekerluarga bangun bersiap. Hari itu, hari berangkatnya ayah dan mak ke tanah suci bagi menunaikan kewajipan hamba kepada Tuhan yang Maha Agung. Alhamdulillah, impian mereka tercapai jua. Telah lama bumi suci itu dirindui mereka. Masih saya ingat raut wajah mak bila melihat tarikh yang tertera di dokumen tabung haji dulu. Mak dan Ayah sepatutnya ke sana pada tahun 2018. Terasa lama benar mereka harus menunggu. Risau mereka terlukis. Setahun yang lalu,Alhamdulillah,Allah menjemput kakak saya bersama suaminya bertamu di Masjidil Haram. Betapa gembiranya mak dan ayah melihat kakak dapat mengerjakan haji di usia yang mungkin pada pandangan masyarakat masih muda. Disebalik kegembiraan mereka jelas saya dapat rasakan, mak betul2 ingin kesana. Sekembalinya kakak dari Mekah, kami adik beradik bersetuju untuk membantu mak dan ayah sedaya yang mungkin supaya mereka dapat mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Saya ditugaskan kakak untuk menyiapkan surat rayuan kepada Tabung Haji. Abg2 dan Kakak2 saya pula menguruskan soal belanja. Akhirnya, Alhamdulillah, Mak dan Ayah dapat juga mengerjakan haji tahun ini.
Sehari sebelum berangkat, saya menolong mak dan ayah berkemas. Bagasi ungu dari Rayhar Travel diisi dengan segala keperluan. Dalam sibuk-sibuk mengemaskan barang-barang ayah, hati saya mula sebak. Bukan saya tak biasa berjauhan dengan mak dan ayah. Tapi entah kenapa terasa lain benar perasaan yang singgah di hati saya. Saya gembira untuk mereka. Saya bersyukur untuk mereka. Bila melihatkan mereka bahagia dengan nikmat dari Allah yang memperkenankan mereka bertamu ke Mekah kali ini, hati saya tiba-tiba sayu berbaur rindu.
Malam itu kami sama-sama menonton rakaman haji dari Rayhar Travel tahun lalu. Kakak saya yang menyarankan supaya menonton VCD tersebut. Sekurang-kurangnya dapat membantu mak ayah melihat gambaran suasana perjalanan yang akan mereka tempuh disana. Allahurabbi, ketika melihat para jemaah ketika wukuf di arafah dan berdoa beramai-ramai di Mina, sebak di hati saya tak mampu lagi ditahan. Terasa panas mata saya menahan tangis. Air mata saya gugur juga. Allahurabbi...rindunya hamba ini untuk bertamu dirumahMu..
Dan pagi esoknya, seawal 4 pagi kami sekeluarga bertolak ke airport di Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu yang mengambil masa hampir 3 jam saya lalui dengan sayu,sebak,gembira dan bersyukur. Beberapa jam kami disana. Abang saya menguruskan urusan pendaftaran mak dan ayah. Ketika masa untuk mereka check in tiba, saat itulah sekali lagi saya menangis. Hati saya berdetik, selepas ini mak dan ayah akan memulakan perjalanan ibadat mereka. Perjalanan hamba menjadi tetamu di rumah Tuhannya. Dan kami anak-anak, perlu mendoakan mereka agar dipermudahkan segala-galanya,selamat pergi dan pulang dengan sejahtera serta dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna. Saya yang terakhir menyalami dan memeluk ayah dan mak. Sempat saya bisikkan pada mereka agar mendoakan saya nanti disana. Pesan mereka takkan saya lupa. Jaga diri dan adik saya serta doakan mereka...MAK AYAH...perjalanan kalian sentiasa bersama doa kami.

Ya Allah
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami
permudahkanlah perjalanan mereka
terimalah ibadat mereka
redhakanlah mereka
berikanlah mereka kebekatan dan kasih sayangMu
.......................................

Friday, September 30, 2011

Entry Tanpa Tajuk II

Petang 29 September, ditemani seorang teman bagi melunaskan amanah kakak saya. Beliau yang sedang berada di sisi suami yang 'outstation' meminta saya membeli beberapa keperluan ibadat haji untuk mak ayah kami yang masih belum lengkap. Sepetang bersama kawan saya 'meronda' satu PKNS. Disakat teman saya 'KAK YAH' setiap kali bertemu sememangnya sudah menjadi kebiasaan. Usai membeli keperluan mak dan ayah, saya mengajak Kak Yah mencari sesuatu untuk saya. Keperluan bagi fasal awal 'Kembara Hijrah Jiwa' saya. 2-3 kedai kami singgah akhirnya bertemu juga dengan sesuatu itu. Alhamdulillah..betapa gembira hati saya. Cuma,dlm kegembiraan itu ada sedikit rasa ragu2,cuak,keliru. Isunya, bagaimana mahu mempraktikkn sesuatu yg baik dalam situasi yang menghalang? Berada di kampus takkan mengizinkan saya mengenakan 'apa yg saya beli' itu. :(.
Saya kuatkan hati..'sesuatu yang saya baru miliki' itu akan saya jadikan inspirasi,pemangkin semangat untuk saya terus berjalan atas landasan perubahan diri. Saya mahu jadi lebih baik dari sebelum ini.
Dan terima kasih untuk sahabat2 saya yg menemani..:)
..................................................................................................................

::sesi promote ilmu::
tiap2 kali saya berkesempatan utk on9 di Facebook, antara page yang saya tak ketinggalan untuk singgah, adalah page Ustaz Azhar Idrus
Disini banyak ilmu yang kita boleh kutip. :)
Pakat2 like ye..

Thursday, September 29, 2011

entry tanpa tajuk

Alhamdulillah...setelah sekian lama meninggalkan 'belog' kesayangan terbiar tanpa sebarang 'update', hari ini Allah beri juga waktu dan kekuatan untuk saya menulis.

Ramadhan dan Syawal telah berlalu. Hamba Allah ini telah pun menapak satu langkah lagi dalam meniti usia baru. 23 tahun bernafas di bumi Allah, dengan setiap detik yang telah ditinggalkan tak mampu untuk dihitung berapa banyak kesilapan dan dosa yang tanpa sedar atau dalam sedar telah tercatat. Sungguh, makin kaki ini melangkah mencari ilmu makin terasa diri ini begitu jahil..Allahurabbi,luasnya ilmuMu..betapa kerdilnya diri ini..

Termenung seketika, memerhatikan perjalanan yang dilalui beberapa bulan sebelum Ramadhan bertamu. Terasa lelah dan lemah saat itu. Bersilih dugaan menyapa kesabaran sehinggakan di satu saat rebah dan tak berdaya untuk bangun. Namun, betapa pemurahnya Tuan Empunya Dunia,dihadirkan teman-teman yang menyambut tangan membangkitkan diri yang kejatuhan.Alhamdulillah, dengan tenang langkah diteruskan.

Ramadhan lalu takkan pernah dilupakan. Ramadhan yang paling memberi makna buat hamba Allah ini. Akhirnya terbongkar segala hikmah disebalik segala kepayahan sebelum itu. Betapa Allah itu sentiasa menentukan yang terbaik untuk hambaNya. Betapa Allah sentiasa menolong hambaNya. Betapa Allah sentiasa mendengar rintih ratap hamba yang mengadu padaNya. Subhanallah,Alhamdulillah..Allahuakbar.
Berpuasa di satu daerah yang suasana cukup berbeza dari kebiasaan hamba Allah ini. Berada disisi surau yang ahlinya bersama-sama menghidupkan Ramadhan sememangnya menguatkan lagi hati yang mudah rapuh ini. Allahurabbi, betapa rindunya sekeping hati untuk sekali lagi menikmati waktu-waktu itu...

Dan kali ini..
bertekad untuk mencari sesuatu.
sesuatu yang hanya Allah yang tahu.
Pemilik takdir setiap makhluk ciptaannya.
Dan hamba Allah ini mengharapkan doa dari keluarga dan teman-teman.
Moga dikuatkan langkah.
Moga ditetapkan dalam istiqamah.
Moga langkah2 hijrah yang sering bertemu jalan-jalan yang keliru dipermudahkan agar tidak tersesat ke jurang kejahilan.
Moga kembara jiwa mencari Tuhan bertemu destinasi keredhaan.

....................................................
teguhkanlah ku di langkah ini
di pencarian hakikat diri..
...................................................

terima kasih untuk ibu dan ayah yg sentiasa mendoakn kebaikan untuk anaknya serta untuk setiap pengorbanan yang tak terhitung
terima kasih utk seorang teman yg sentiasa mengingatkan diri ini dengan nasihat dan teguran ikhlas.
terima kasih untuk sahabat yg sentiasa berada disisi saat susah dan senang

TERIMA KASIH TUHAN kerana masih memberi ruang untuk terus bernafas dengan nikmat iman dan i
slam..Alhamdulillah

Wednesday, July 13, 2011

special untuk sayang saya...^_^

Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.( HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


BFF
tulisan ini untuk awak
saya tulis 1 pagi
dari hati
dengan jari-jari seorang saya
yang rindu awak

BFF
beberapa detik lepas
saya jatuh
terbekas luka
hancur luluh hati
kecewa
terasa hilang separuh nyawa
awak datang
hulur tangan
bersama kalam tasyji'

BFF
awak tahu
hati saya yang rapuh tiba-tiba jadi kuat
jiwa saya yang lemah tiba-tiba jadi semangat
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
dalam senyum
tutur bahasa
dan setiap nukilan awak
Allah hadirkan bersama kekuatan
untuk saya hirup sedikit
bagi menguatkan kembali kubu semangat saya yang hampir runtuh
untuk kejutkan kembali iman saya yang hampir terlena

BFF
saya mahu awak terus kuat
awak terus senyum
sebab saya takut jatuh
jika saya jatuh lagi
walaupun berkali-berkali
awak akan terus sambut tangan saya bukan??
dan pimpin saya
mencari redhaNYA..
saya sayang sahabat saya



Sunday, July 3, 2011

Luka mereka,sering kita lupakan...


Ketika jari-jari menyentuh buku-buku yang tersusun di rak kepunyaan abang ipar, mata saya tiba-tiba tertarik dengan sebuah buku. Tajuknya seakan memanggil saya untuk menatap kisah derita mereka yang sering saya lupakan. 'PALESTIN TAK PERNAH GENTAR'. Aduh..betapa lekanya saya sehingga terlupa memikirkan penderitaan saudara2 disana. .

Saya terfikir sejenak, isu PALESTIN adalah isu umat. Isu yang tenggelam timbul di kalangan masyarakat kita. Ada masa isunya hangat diperkatakan sehingga membangkit semangat majoriti umat Islam seluruh dunia.Ada masa kita seperti bisu,tuli dan buta. Adakah kita masih sedar bahawa saudara-saudara kita menjual diri demi mencari keredhaan Allah dengan jihad dan gugur syahid di Palestin?Kita disini masih ramai yang diam membisu,membutakan mata,memekakkan telinga dari mendengar rintih derita mereka yang bermatian mempertahankan Al-Quds,bumi suci warisan anbiya..tanah wakaf untuk umat Islam. Kita disini masih asyik terbuai dengan permainan Yahudi laknatullah yang melalaikan kita dari mengingati bahawa tanggungjawab umat Islam keseluruhannya mempertahankan agama kita yang dipijak-pijak disana. Secawan kopi yang diteguk di Star Bucks umpama memperlekehkan setitis darah syuhada palestin yang gugur syahid.Tegarkah kita?Bila kempen boikot dicanang2,di sorak-sorakkan..saat itu tersedar lah kita seketika dari mimpi panjang yang mengasyikkan. McD tidak lagi dikunjung,coke tidak lagi menjadi santapan..namun, bila cerita Palestin mula pudar dari mata, lupa lagi kita tentang perjuangan kita yang disini.Perjuangan dari jauh yang seharusnya berterusan.
Mereka disana berjihad dengan darah dan nyawa. Kita disini yang hidup aman dengan nikmat melimpah ruah begitu payah untuk turut sama berjuang. Berjuang menentang kekejaman zionis dengan memboikot barangan Israel,mencanangkan kepada mereka disekeliling kita betapa perlunya kita sebagai umat Islam memandang berat tentang penderitaan saudara kita disana. Itu pun sudah cukup dikatakan berjuang. Payahkah?

Dalam sebuah hadis disebutkan:
"Kamu akan melihat orang yang beriman dalam saling menyayangi, saling kasih mengasihi dan saling mencintai bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota sakit maka anggota yang lain turut sakit"(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Andai kita mengaku beriman dengan akidah Islam, tidakkah kita turut merasakan kesakitan saudara seakidah kita di Palestin? Kanak-kanah mereka dibunuh kejam. Pemuda-pemuda mereka di tembak tanpa belas kasihan. Mereka yang mempertahankan tanah air dan agama dilabel sebagai pengganas oleh sekutu-sekutu Zionis di barat. Tapi tangan-tangan kotor Yahudi Zionis yang terang-terangan mencabul hak umat Islam hanya menjadi kebisuan dunia. Dan tambah menyedihkan berapa ramaikah remaja Islam kita di Malaysia yang hanyut dengan keasyikan hiburan yang disuntik barat melalui media-media dan artisnya?Saat anak-anak Palestin gugur syahid dengan hujan peluru kejam Zionis, anak-anak kita dibuang ditepi longkang kotor kerana ketelanjuran muda mudi dihanyut hawa nafsu. Ketika pemuda-pemuda palestin memilih untuk mati kerana agama, pemuda-pemuda kita mati kerana dadah durjana. Mana jihad kita?

Saya terkesan dengan kata-kata Dr Khalil Ismail Al-Hayya,wakil HAMAS dalam pesanannya untuk umat Islam di Malaysia..

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad."
Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta,anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.Selama lebih daripada 60 tahun,Kami hidup di medan pertempuran.Selama waktu itu juga,kami dijajah,dizalimi,diseksa,dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa?Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah,dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.Namun Kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid,dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan.Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.Kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.

Lihatlah...seandainya kita membisu, merek akan menuntut diakhirat kelak atas kealpaan kita. Masih tegarkah kita untuk terus berdiam diri dan terus hanyut dengan nikmat yang melimpah dibumi Malaysia?

Palestin
Telah lama kau berdarah
derita ditangan mereka yang zalim
merobek bumimu sehingga luka
punah
hancur
musnah
sedang sejarahmu suci
warisan para nabi yang mulia
tanah subur yang berkah

Palestin
Anak-anakmu tidak gentar
pemuda-pemudamu berjiwa kental
Mereka pilihan Tuhan
bertahan menjaga kesucian Al-Aqsa
berkorban demi Islam
Nyawa mereka dibeli Allah
dengan mahar syurga

Palestin
Malu kami disini
yang masih leka menghirup nikmat dunia
yang masih lena dibuai mimpi sementara
sehingga terlupa
kau terluka.

.....................................................









Wednesday, June 29, 2011

Di sebalik Isra' dan Mikraj..

Kesedihan yang tersimpan dihati Rasulullah kerana kehilangan Abi Talib dan Siti Khadijah masih terasa ketika memikul beban dakwah ke Thoif yang menambahkan lagi luka Rasulullah dek kerana layanan kejam penduduk Thaif. Betapa sabarnya Rasulullah meneruskan tugas menyampaikan kebenaran Tuhan. Sekalian malaikat turut merasai apa yang dirasa kekasih Allah sehingga malaikat menawarkan untuk membinasakan penduduk Thoif..Subhanallah..betapa mulianya Rasulullah,betapa penyayangnya Rasulullah menolak tawaran Malaikat Jibril yang ingin menghempapkan penduduk Thaif dengan bukit..bahkan Rasulullah mendoakan mereka agar diberi hidayah oleh Allah. Baginda begitu jelas, Allah lah yang berhak memberi hidayah..baginda hanyalah utusan yang diamanahkan untuk menyampaikan kebenaran. ..Inilah suasana ketika peristiwa israk dan mikraj menjadi pemujuk luka hati baginda. Tatkala Rasulullah dan umat muslimin berada dalam tekanan yang hebat, Allah menyeru kekasihnya, mengubati kesedihan kekasihnya dengan sebuah perjalanan yang penuh pengertian. Pertemuan dengan Allah, Raja Agung..Tuhan sekalian alam.

Istimewanya sebuah perjalanan insan mulia itu. Menjadi undangan Allah S.W.T dari kota Mekah, diperjalankan baginda ke Baitul Maqdis dan seterusnya Sidratul Muntaha, bertemu sang KEKASIH..

Dipandangan mata manusia tampak mustahil kejadian istimewa itu. Namun kebenarannya telah terukir dalam surah al-isra':

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra’,17: 1)

Isra' dan Mikraj adalah anugerah Allah kepada Rasulullah bagi memperlihatkan keagungan dan kebesaran Allah. Betapa Allah maha Berkuasa untuk menentukan sesuatu berlaku mengikut kehendak dan kekuasaanNya sebagai Pencipta dan Pentadbir langit dan bumi serta seisinya.

Perjalanan satu malam inilah saatnya umat Islam dihadiahkan dengan kewajipan solat 5 waktu, yang menjadi tunjang agama. Solatlah juga yang menjadi rahsia perpaduan dan kekuatan umat Islam. Betapa pentingya solat hinggakan Rasulullah menerima wahyu yang mewajibkan umat islam untuk melaksanakannya langsung dari Allah, bukan melalui perantaraan Jibril seperti kebiasaannya.

Dan disebalik peristiwa ini, marilah kita mengintai dengan iman melalui ayat 1 surah Al- Isra' sekali lagi..

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Perjalanan Rasulullah yang istimewa dari Mekah ke Palestin ini memberi petanda bahawa tanah diantara kedua-dua ini akan dikuasai umat Islam. Isra' Rasulullah ke Baitul Maqdis menjadi bukti kepentingan dan ketuanan Palestin bagi umat Islam. Ingatlah, bumi yang mana terletaknya kiblat pertama umat Islam, bumi yang diberkati Allah, yang kini dikuasai Yahudi laknatullah adalah bumi yang terukir dalam sirah. Isra' dan Mikraj bukan hanya kisah perjalanan istimewa Rasulullah yang penuh dengan pengajaran,tentang dosa dan pembalasan,tentang kebenaran Tuhan..malah lebih dari itu. Sirah yang mengingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk tetap memandang dan mempertahankan bumi Palestin yang bergolak dan penuh penderitaan. Tegarkah kita melihat bumi Palestin terus dicabul tangan hina Yahudi sedang ia adalah tempat tercatatnya peristiwa Isra' dan Mikraj Rasululllah?

27 Rejab...kita mengutip ibrah dari kisah perjalanan kekasih Allah bertemu KEKASIH AGUNG untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah..
dan semoga sirah ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab mempertahankan PALESTIN dari Yahudi laknatullah..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. "
al-Baqarah 120

.......................................................

27 Rejab
Terkenang sebuah ukiran kisah
yang indah terlakar dalam kalam Tuhan
Istimewanya sebuah perjalanan
Dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis
Diangkat tinggi menjejak Sidratul Muntaha
bertemu Sang Kekasih
memujuk hati yang terluka diuji
dek hilangnya dua permata hati
dek calarnya hati dihina mereka di Thaif
saat sabar dipupuk agar terus memikul dakwah
tanpa asa menyinggah
perjalanan insan mulia itu
mempertemukannya dengan Tuhan
terkisah dalam sejarah..

27 Rejab
ketika mata ini terbuka
lembaran kisah Isra' dan Mikraj di baca
Masjidil Haram dan Baitul Maqdis
menjadi pemula Surah Al-Isra'
janji Tuhan..memberkati kedua bumi suci

27 Rejab
jauh hati ini dibawa
menjejak derita Baitul Maqdis
letaknya kiblat pertama mereka yang beriman
dicabul tangan2 kotor Yahudi
menangis hati
tanah suci itu dikotori
sedang kita disini
asyik menikmati kedamaian dan nikmat yang melimpah
hingga terlupa
ada saudara kehilangan ayah
ada ibu kehilangan anak
dan mereka kehilangan warisan para Anbiya..
Baitul Maqdis..
Bumi berkah..

27 Rejab..
Lembaran sirah yang dibaca
bukan hanya sekadar kisah Isra' dan Mikraj
namun..
titik kita membuka mata
menilai diri
mana JIHAD kita?

Monday, June 20, 2011

Takdir yang disyukuri..

‘biarkanlah hari-hari berlalu, lapangkanlah jiwamu apabila menerima keputusan qada’ dan qadar, jangan bosan bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tiada derita yang abadi’. (Imam Syafi’i)

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...tak terucap kesyukuran saya terhadap Ilahi atas segala yang dikurniakan meski saya turut melalui saat-saat yang menjatuhkan semangat dan jiwa saya.

Hampir berbulan-bulan saya bersoal-soal..hampir berbulan2 jiwa saya resah,gelisah dan ragu-ragu terhadap satu persoalan..dan akhirnya dengan CINTA dari Yang MAha Mencintai jawapan terhadap segala yang saya resahkan terungkai juga..

Benar..pada awalnya saya begitu sedih. Tak daya menahan tangis bila apa yang ditentukan bukanlah seperti yang saya harapkan. Namun, seperti ada bisikan yang cuba menguatkan jiwa saya.."Allah menentukan ini untukku..yang terbaik..yang terindah...kerana seandainya aku diberikan apa yang aku harapkan, mungkin aku akan leka dan lalai dari bersyukur"..dan takdir ini juga didikan untuk diri agar menjadi sabar dan redha..

Hampir 3 minggu berlalu setelah saya berdepan dengan takdir itu..minggu pertama saya seakan kehilangan separuh jiwa.Saya mengeluh,bersedih dan kecewa..Mahu saja saya melarikan diri dan bersendiri di tempat yang tiada siapa mengenali..Alhamdulillah..jiwa saya yang sakit ketika itu beransur sembuh. Ayat2 cinta dari Allah yang menyembuhkan segala emosi yang tercalar. Kata-kata semangat dari sahabat saya turut menjadikan saya lebih kuat untuk menghadapi perjalanan hidup seterusnya..Alhamdulillah..saya telah belajar bahawa..mengeluh hanya membawa perkara negatif,bersedih hanya terus menjadikan jiwa lemah..namun Sabar dan Redha kunci ketenangan..

Dengan kesakitan itu saya belajar,dengan kepedihan itu saya terdidik..ditarbiyyah dengan dugaan untuk menjadi manusia yang sentiasa beringat,yang sentiasa bersyukur,yang sentiasa cuba menjaga hati dengan mengingati Allah..
Dengan dugaan itu juga saya diajar untuk sentiasa meletakkan harapan pada Allah dan bukannya pada makhluk..
Dengan dugaan itu saya belajar mengenal makna keikhlasan..sesuatu yang amat payah untuk ditemui..
Dan dengan UJIAN itulah saya mengerti..apa yang kita berikan jangan diharapkan balasan..baru akan ketemu "ERTI HIDUP PADA MEMBERI"

Alhamdulillah...
Melihat dugaan dengan kaca mata sabar dan redha membuahkan kekuatan hati..kekuatan hati yang hadir disaat hati yang rapuh ini hampir2 jatuh dan berkecai..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Terima kasih Tuhan yang menganugerahkan aku tarbiyyah dalam ujian ini...

Tuesday, May 24, 2011

Ketika dingin subuh memeluk tubuh
Terjaga dari lena
Seusai sujudnya..
doa di panjatkan dengan titis tangis bak hujan

Dhuha menyapa..
dia mahu kelapangan
dia mahu ketenangan
dia mahu dipermudahkan..

ketika lembayung petang menebar di langit Tuhan
dia melangkah menikmati rahsia alam
mahu dilupa segala rasa yang bukan-bukan

Dia bertanya..
saat kau jaga siapa yang menemani?
saat kau terperangkap dalam mimpi ngeri siapa yang mengejutkan?
saat kau bersoal-soal dengan hati siapa yang memberi jawapan?
berapa ramai yang membangunkan mu dari mimpi?
berapa ramai yang menemanimu dengan tawa?
berapa ramai yang menghentikan tangisanmu yang tak terkira?

Hatinya menjawab..
Aku punya Dia setiap ketika
setiap detik
dan setiap keadaan sekalipun
Dia bersamaku..
dan dikala aku menangis kerana terpukul dengan persoalan tentang selainnya itu..
aku tetap punya Dia untuk aku yakini..
Dia yang memiliki takdirku
Dia yang mengetahui apa yang terbaik untukku..

Lantaran itu..
jangan terus menangis menanti kepastian yang belum kunjung datang..
kerana Tuhan itu Maha Penyayang..
akan terjawab segala persoalan yang bertandang
dalam kesabaran menanti..
bila detiknya tiba nanti...
simpan saja rasa yang dimiliki itu diam2..
biar nanti terkubur bersama waktu
ataupun lestari dengan bahagia pertemuan itu..
antara dua itu..
Dia mengetahui..mana satu takdirmu..

Sunday, April 24, 2011

Cinta tidak semestinya memiliki-Salman Al-Farisi-

Menggamit kisah cinta luar biasa seorang hamba..kisah cinta Salman Al-Farisi mahu dicoret dan dikongsi..untuk menyentuh hati-hati yang mahu sentiasa terjaga dengan cintaNya..

Mulanya sebuah kisah cinta..ketika mana sudah saatnya Salman Al-Farisi mengisi kekosongan hati dengan cinta halal..sebuah pernikahan..Dia terfikirkan seorang wanita Ansar yang beriman dan solehah. Bukan diharapkan menjadi kekasih tetapi sebagai satu pilihan dan diyakininya bahawa sesungguhnya wanita itu pilihan yang tepat untuk menjadi teman dan ibu bagi bakal pejuang dari keturunannya.

"Aku orang asing di bumi Madinah.Madinah bukanlah tempat kelahiranku.Madinah bukanlah tanah aku meniti kedewasaan.Tidaklah tiap-tiap penghuni bumi Madinah ini ku kenali.Bukankah akan dilihat asing seorang pendatang sepertiku melamar gadis Madinah?"...ada keraguan dihati Salman. Ada kerisauan di hati pemuda itu. Lantas...terdetik di hatinya mencari seorang sahabat yang mampu menjadi perantara baginya..Ya.. Abu Darda..sahabat dari golongan Ansar yang dipersaudarakan dengannya..

Rasa hatinya disampaikan kepada sahabat tercinta..Abu Darda..
dengan tahmid dan tasbih Abu Darda menyahut hasrat sahabatnya. Cukup girang si Abu Darda memeluk sahabatnya tanda akan dibantunya Salman dalam melunaskan apa yg terhajat dihatinya. Maka..beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di tengah kota Madinah. Rumah seorang wanita yang solehah dan bertakwa yang menjadi pilihan hati Salman Al-Farisi.

Abu Darda menyusun kata memulakan bicara..
"Saya adalah Abu Darda dan ini saudara saya Salman seorang Parsi. Kami telah dipersaudarakan atas nama Allah. Dia telah dimuliakan Allah dengan Islam,dan dia juga memuliakan Islam dengan amalan dan jihadnya. Disisi Rasulullah, dia punya tempat yang mulia,sehinggakan baginda menyebutnya sebagai ahli-bait baginda. Dan kedatangan saya adalah bagi mewakili Salman untuk melamar puteri solehah dari rumah ini". Fasih dan yakin Abu Darda berbicara dengan nada dan loghat Bani Najar.

Tuan rumah tersenyum membalas bicara,"Adalah sebuah penghormatan bagi kami menerima kehadiran kalian. Dan adalah penghormatan bagi kami sekiranya bermenantukan sahabat Rasulullah yang mulia. Tetapi, hak untuk menerima atau menolak lamaran ini adalah pada puteri kami"..Sang puteri yang mendengar disebalik hijab menanti dengan debaran hati..

Sunyi seketika....

Tiba-tiba suara lembut si ibu bersuara mewakili si puteri yang dinanti sahabat yang mulia.
"Maafkan kami atas kejujuran kata dalam jawapan ini. Dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa puteri kami menolak lamaran Salman. Akan tetapi seandainya Abu Darda turut mempunyai hasrat yang sama seperti Salman, puteri kami menerimanya"

Nah..cukup mengejutkan..sang puteri menolak lamaran yang melamar tetapi menerima pengantara lamaran itu..Apakah mampu Salman menerima realiti yang mungkin mematahkan hati lelaki?

Sungguh tak terjangka dengan reaksi indah Salman Al-Farisi.."Allahu akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan menjadi saksi bg pernikahan mulia ini"..aduh...sungguh teguh hati Salman dalam menghadapi situasi ini..memilih antara keinginan hati dan persaudaraan..cinta luar biasa..

Ibrah dari kisah cinta Salman..cinta tak seharusnya memiliki..dan hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun dlm kehidupan ini..Salman berada dalam sebuah dugaan yang berat, di tengah perasaan yang berkecamuk rumit..antara malu, kecewa, sedih,
merasa salah memilih pengantara – Namun dia teguh untuk tidak mengatakan ’merasa
dikhianati’- kerana cinta tak bermakna memiliki..

Berbezanya dengan kita yang sentiasa menginginkan untuk memiliki apa yang kita cintai. Sedangkan ketentuan Allah itu telah pun tertulis dengan hikmah yang tersirat..
Cinta Salman Al-Farisi cukup luar biasa..

Monday, April 18, 2011

Dalam kesenangan
kau memijak bumi Tuhan
melangkah melewati kesenangan
berjalan mengaut rahmat dan nikmat
tak terhitung
tanpa sedar
kau lupa dari bersyukur
dalam leka
kau lalai dari mengingati
Tuhan yang Maha Menberi..

Dalam kepahitan
kau merangkak kepayahan
bertatih melewati ranjau yang merintangi jalan
tak terdaya
kau mengadu
kau mengeluh
saat itu
kau mengingati
Dia yang Maha Memberi
dan kau akhirnya meminta

Mengapa tidak
kau mengingatiNya
dalam setiap hela nafas dan setiap hayunan langkah
bukan hanya disaat kau payah..
bukan sekadar disaat jiwamu goyah
masa tersenyum
masa ketawa
masa gembira
sering kau lupakan
Tuhan yang Maha Memberi
kau hanya menerima
setiap limpahan nikmat
tanpa rasa syukur

Tuhan sentiasa memberi
tanpa mengira
disaat kau ingat atau lupa
lantas..
tidakkah kau malu
andai jasad dan hatimu
jauh dari rasa syukur?



Tuesday, March 15, 2011

Kesenangan itu juga Dugaan

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Surah al-Anbiya: Ayat 35)

Kegembiraan dan kesenangan yang datang jangan dijadikan punca kelekaan lantaran ujian Tuhan itu juga boleh jadi berbentuk kesenangan.
Kerana kebahagiaan yang dirasai lupa untuk disyukuri,lupa untuk berwaspasda.. kita menjadi takut akan kehilangan sesuatu yang membuatkan diri kita senang dengannya.
Kadangkala kesenangan yang kita miliki ternyata bukan milik kita diakhirnya.
Sesuatu yang kita sukai..ada dalam genggaman..ada disamping malah dihadapan mata yang bahagia melihat 'sesuatu' itu tidak menjamin kita akan terus memilikinya.
Sesuatu itu mungkin bisa menjadi penyebab kepada kebahagiaan bersulam kerisauan dan keresahan.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Setiap yang datang itu dariNya yang perlu disyukuri.
Janganlah kebahagiaan yang dikurniakan menjadi sebab kepada kelalaian dan punca murka Tuhan..

Tuhan..
ampunilah kami andai kami seringkali lupa untuk bersyukur
........................................................................................................................................................................

Friday, February 25, 2011

untuk dia-rasa untuk teman

memandang fajar menyinsing
disapa dingin bayu
tenteram
tenang dengan tersenyum
memandang langit mencerah
sedikit demi sedikit
suria menjengah
damai terasa memeluk pagi
hijau suasana
merdu suara alam

biar...
realitinya saujana mata dari memandang itu
terasa disampingya
seakan begitu
damai
tenang
gembira berkongsi rasa
selesa

mampu menangis
mampu ketawa
semua dibahunya

terima kasih
syukur
tak terhingga
kerana..
dengan kasihMu Tuhan..
ku punya teman sepertinya..


Tuesday, February 15, 2011

...............

Fikiran saya berselirat ketika ini. Baru sahaja berdepan dengan tangisan seorang sahabat yang berperang dengan perasaan sendiri.
Kenapa menangis? Saya menyoal dalam risau memandangkan saya tidak begitu bijak dalam mententeramkan seseorang. Melihat airmatanya yang menitis seakan begitu berat apa yang dirasakan..Jawapannya..entah lah..dia sendiri tidak dapat menentukan apa penyebab rasa sedih itu datang. Seolah-olah terlalu banyak perkara yang menimpa menjadikan diri tidak kuat.Down..
Saya hanya berdiam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan kerana saya sendiri seperti pernah merasai situasi seperti ini. Tekanan yang tidak dapat dikenalpasti mana satu penyebabnya. Lantas, mudah benar menangis.Sesak nafas memendam rasa.
Sahabat..
Dugaan itu datangnya dari Allah.
Kuatkanlah hatimu
Jangan diikutkan rasa yang menekan jiwa dan iman itu.
Semoga Kita sama2 kuat..
........................................................................................................................................................................

saya sendiri sedang berperang dengan perasaan sendiri..
baru dihidangkan dengan pelbagai pilihan yang harus saya pilih salah satu darinya
apa yg perlu sy perbuat?
mana yg perlu sy laksanakan?
Ya Allah..
bantulah aku dalam membuat keputusan..
yakinkanlah hatiku dengan sesuatu yang Engkau redhai
jauhkanlah segala yang Kau murkai dari setiap tindakanku.

.......................................................................................................................................................................

Tuesday, February 8, 2011

penat menyoal diri..

Sakit Kepala...
Jam yang ke 48..masih tidak kurang dan makin menjadi-jadi. Tak tertahan rasanya. Mata berair,pedih..sakit tekak..Ya Allah..kurniakanlah aku kesihatan yang baik...

Saya tidak mampu tidur.
Tidak mampu lelap
Tidak mampu untuk ceria..
Berat untuk senyum..paksa-paksa..

kadangkala, kesenangan dan kegembiraan juga adalah ujian dr Allah..Dia nak lihat adakah kita akan lebih dekatkan diri padaNya atau melupakanNya

Ungkapan inilah yang saya fikirkan..inilah jawapan terhadap keresahan saya diatas nikmat kebahagiaan dan kegembiraan yang saya lalui..
Gembira..
Senang..
Tenang..
Ingatkah saya untuk sentiasa bersyukur?
atau lalaikah saya??

Bila tiba-tiba resah dan takut itu datang..
takut bahagia itu sementara..
takut menangis memikirkan sesuatu yang telah di depan mata tak semestinya terbaik atau milik kita..
Segala-galanya milik Tuhan..
Lantas..bila terjarak seketika bahagia itu..
Mahu mengeluh?
Mahu menangis?
Merintih?
atau apa??

bila sendirian jangan katakan 'aku sunyi' sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati pada diriku sentiasa ada Pemerhati..

Ya...sentiasa ada Pemerhati yang memerhatikan..tanpa lepas walaupun sesaat..Pemerhati yang tajam mendengar doa-doa mereka yang diperhatikan..
Kenapa mesti takut? Saya tanyakan pada diri yang sering takut dengan ketidakpastian..
Tak bersediakah menerima ujian??Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba sahaja yang tidak bersedia menerima dugaan.. Takdir itu adalah hak milikNya..andai takdir itu bukanlah sesuatu yang kita mahukan..itulah dugaan yang menguji iman..kerana disebaliknya pasti ada hikmah yang tersulam..

Kill your darling!!
Saya terubat bila terbaca bab ini dalam sebuah naskhah..

Acap kali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah justeru,cintailah sesuatu berpada-pada bila Allah uji kita dengannya..kita tidak terlalu menderita..

Saya hembus nafas dan sebak yang tertahan...
Kata-kata ini seakan memberi saya kekuatan yang hampir lumpuh dek kerana sesuatu itu..
sesuatu yang mungkin menjadi sebab saya diuji.
sesuatu yang menjadi kesenangan pada saya sehingga saya lupa..yang saya senangi itu juga wajar menjadi dugaan untuk saya dinilai Tuhan..

Sejauh mana kita mengasihi sesuatu
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa
hitung kesyukuranmu
bukan kesukaranmu


Ya...bersyukur..biarpun masih belum ditemukan dengan kepastian..

.............................................................


Dalam sunyi dinihari
terhampar ketenangan
menghalau resah yang bertandang
indahnya malamMu
dalam bisik angin dinihari
dingin nurani disapa agungnya kata-kata puji buatMu
Ah..mahu kupeluk rasa ini selamanya..

Dalam terik mentari
penat hari
berlalu
terkadang lelah
tercungap..
hingga lupa..
tanpa kuingat..
aku hamba..
layak Kau duga..

Dalam senang yang bertandang
bahagia menguntum mekar
hati berlagu girang
tenang
senang
gembira..
tanpa sedar..
tercipta jarak
memisahkan hamba
dari mengingati Tuhan..

Tuhan..betapa aku malu..
bila setiap langkahku..
terkadang lurus terkadang pesong
Kau hamparkan aku dengan kesulitan
aku mengeluh
tapi cepat mengingati dan meminta dariMu
bilamana seluasnya bahagia Kau kurniakn
seringkali aku lupa untuk bersyuku..

Tuhan..
Disaat aku kesamaran mencari hikmah yang tersirat
aku mohon tuntunanMu
agar aku tidak resah
tidak gelisah dengan ketidakpastian
agar aku redha dengan Takdir yang mengatasi tadbir..




Thursday, January 27, 2011

situasi samar lagi...

Hidup beri kita beratus alasan utk menangis,
Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!
kata-kata semangat yang saya jumpa ketika mata masih tak mahu lena..terkesan di hati saya..
Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk yang kadang-kadang saya rasa tak cukup kuat untuk menghadapinya lantas bila saja saya bersendiri mudahlah saya merintih. Lemah sungguh dirasakan. Sampaikan saya terlupa tentang sesuatu..

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.

Saya seharusnya sedar tentang ini..
Lagi pula ujian yang menimpa saya mungkin tidak sehebat ujian yang menimpa sahabat2 saya.
Ujian ini tidak sesukar mereka yang tertindas di bumi sendiri.
Ujian ini hanya menguji diri dan iman saya dalam menguruskan hati dan emosi.
cuma yang memberatkan saya adalah bagaimana?

Sikap saya yang mudah berfikir negatif tentang sesuatu perkara kadang2 menyusahkan diri sendiri.
Mudah berprasangka. Dan kerana itu juga setiap persoalan yang hadir dalam fikiran saya sukar ditemukan jawapan dan penyelesaian.

Saya cuba bercerita pada seorang teman tentang 'situasi' saya sekarang. Dengan harapan pandangannya mampu menunjukkan jalan keluar pada setiap persoalan yang membebani fikiran dan perasaan saya.
Dan bila dia memberi pandangan ada sesuatu yang saya sedar..saya lebih banyak berdiam diri dari cuba mencipta solusi..saya banyak meminta dari Allah kesemua jawapan tentang persoalan2 yang menguji jiwa saya tanpa sedar saya lupa untuk berusaha memecahkan segala yang tersirat disebaliknya.Saya terlalu risau tentang risiko berbanding cuba untuk fikir positif tentang sesuatu jalan yang boleh saya ambil dalam menghadapi segala kekalutan ini.
Ya..saya yang merumitkan keadaan
saya jugalah yang menyesakkan fikiran dgn 'benda2' itu..padahal apa yang dikurniakan Allah sebagai dugaan tidak pernah diluar kemampuan saya..

Saya mencari kekuatan hati..
untuk mencari solusi
saya mencari kekuatan hati
untuk redha dgn takdir yang bakal saya temui
saya memohon dikuatkan hati
untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan
saya mohon dikuatkan hati
agar apa saja yang saya lalui
saya mampu hadapinya
dengan harapan
jalan mana pun saya lalui dlm mencari jawapan itu
saya tidak jauh dan tidak terlepas dari tuntunanNya..


Tuhan
hati ini lemah
mudah letih dengan apa yang datang menguji
Tuhan
iman ini rapuh
mudah goyah dengan kecintaan dunia

Lesu akal berfikir
apa hikmah yang terlindung
samar mentafsir
apa yang tersirat

ketika kegembiraan hadir
hati masih lagi gusar
bahagiakah atau sekadar dugaan rasa
yang telah Kau jadikan ujian
menilai sejauh mana kesyukuran
sejauh mana aku mampu menjadikan
bahagia itu bukan penyebab dosa
tetapi sebuah rasa yang bermatlamatkan syurga

Tika mana lelah mencari kepastian
masih lagi keraguan yang bertandang
bermain-main
berkira-kira
bersangka-sangka
benarkah?
iyakah?
tidakkah?
dan akhirnya tangisan menjadi teman
gagal bertemu jawapan

Tuhan
sesungguhnya
Kau lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui
takdirMu adalah yang terbaik untukku
maka
andai yang terbaik itu bukan sesuatu yang aku mahu
jadikanla aku redha dengannya
andai takdirMu itu sesuatu yang menjadi keinginanku
jadikanlah aku orang yang bersyukur..
sungguh ya Tuhan
aku hanya hamba yang tiada daya upaya selain bergantung harap dgnMu

Saturday, January 22, 2011

istikharah cinta



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Sunday, January 16, 2011

senyum

manis walau tanpa rasa
tenang kerana ikhlasnya
menjadi penghias wajah
menjadi penyeri ukhwah

pahit bila ia sepi dari wajah
kelat terasa mata yang memandang
jangan dibiar ada dendam dan amarah
kelak riak yang terpamir hilang seri indahnya

kemesraan dan ketulusan tergambar
indah dan luhur budi terpancar
hanya kerana secebis manis itu
yang lahir dari ikhlasmu
salam bersambut
silaturrahim bertaut

yang indah itu dengan senyum
yang manis itu senyum
kerana setiap senyuman itu
martabatnya umpama sedekah..
senyum tanda kasih
senyum tanda sayang
senyum tanda kesyukuran..



Thursday, January 13, 2011

kisah klasik yang menyapa

sedang saya melayan mata yang tak mahu juga lelap...menghadap blog dan wajahbuku..tiba2 saya disapa seseorang yang dipanggil teman lama..
ok..saya tidak mahu berbicara serius..

Dia klasmet saya sewaktu di bangku,kerusi,meja sekolah rendah(tempat yang dirindui)
Ketika hidup kami menghadap papan hitam,buku tulis berharga 80 sen sebuah,pensel tekan yang pelbagai bentuk dan corak. saya dan dia dikenali sbg wakil sekolah(perasan dikenali) bercerita dan pidato.(oh dia sgt hebat kerana sentiasa mengharumkan nama SKRKT sebagai JOHAN manakala saya hanya sekadar naib johan).

Sapaan kawan yang saya panggil Nik itu membawa saya kedunia kecil2 saya..dunia kanak2 yang penuh dengan nostalgia.Klasik.Dan rindu datang lagi.

Nasik lemak kantin seharga 30 sen sudah cukup mengenyangkan.
Air sirap 20 sen. Rindu benar..(sekarang dengan sekeping syiling 50 sen sy hanya mampu menaiki bas seranas ke seksyen 2 shah alam..jgn mimpi dapat nasik lemak 30 sen)

Makmal Sains yang menjadi saksi perut kami dicubit cikgu Abdullah gara2 tak siap homework yang diberi.Sibuk bercerita katanya..
(masih ingatkah wahai nik?)

Tiba-tiba dinihari saya jadi sayu..
rindunya zaman itu..
zaman kaki saya masih boleh berlari berkejaran di sekitar kelas..
zaman waktu rehat jam 10.15 pagi bersama mira,ain,azila dan lain2
zaman saya sering mendapat no 1 dalam kelas..
Kelas 6 jujur..juara kebersihan dan keceriaan.
dibawah pimpinan Cikgu Rohana..

Ya..ingat lagi..budak2 hingusan yang sering rehat bersama-(main kutu) sehari 20 sen..seronok..
Ingat lagi disergah cikgu Ghani dek kerana keriuhan kami kanak2 riang yang gembira menyambut pengakhiran UPSR..

Kenapa saya terlalu rindu waktu itu?
Kerana saya tak akan punya peluang untuk mengulangi saat2 sebegitu.
Dunia kanak2 yang penuh dengan warna.
seperti pensil kami yang berbagai jenis..
pensil tekan..
pensil mata boleh tukar2..
seperti getah pemadam yang bermacam rupa..
yang akhirnya menjadi mangsa permainan dikala bosan.."game gusti roba(pemadam)..
apa lah motifnya menekan pemadam dengan hujung jari bagi mengalahkan pemadam member..oh..sungguh comel..itu permainan ketika tahap 2..
belum lagi diimbas waktu darjah1,2,3..
menangkap belalang belakang bangunan kelas umpama pesta pukul 10..apa motifnya menangkap belalang sampai sekarang jadi tanda tanya?kenapa saya tangkap belalang?oh..ini bukan pelik tapi kenangan indah seorang budak yang sedang rindu zamannya yang lalu..

Sekarang..kami telah memasuki gerbang tahun ke 23..telah berapa jauh kami tinggalkan semua kisah kanak2 kami..
Masing2 punya hidup dan cerita sendiri..
Apa yang pasti..saya teramat rindu
Rindu teman2
rindu guru2
bau kapur dan papan hitam..mengajak saya untuk terus merindu
Rindu pada sebuah kisah...titik mula saya mengenal ilmu..

Terima kasih kawan..kerana kamu membuat saya mengingati asal usul saya dari sana.


dalam hati ada ........

sejak mereka pergi dari teratak P2-19A saya rasa diri sy umpama cicak tokek yang sesat dalam sebuah banglo mewah yang tersergam indah di Bukit Antarabangsa.terkebil2 mata seorang diri..memandang televisyen tanpa perasaan..oh sungguh bosan.
Kalau lah mereka tahu bahawa mereka adalah sebahagian dari hidup saya adakah mereka akan menangis terharu(ah jangan perasan)...
Serius...Serius...Serius..
Saya rindu mereka...walaupun kami hanya dipisahkan jalan raya sahaja..tp apa yang sering dikongsi bersama seperti teh o panas dan cekodok bilis seakan2 mengejek-ejek,menjelir2 pada sy mengatakan "padan muke ko..padan muke ko...kena tinggal"...
Tiada gelak tawa..tiada gurau senda...(emosi jiwang)..tiada saing untuk merapu,merepek...

(menikmati nescafe panas..memandang cawan..ade segumpal awan dikepala dengan sebuah dialog..eh monolog)

kalau mereka ada jarang nescafe 3 in 1 jd santapan..malam2 teh panas satu kemestian,berkongsi satu jug..dengan biskut atau apa2 sahaja yg digelar makanan yg tersedia di dapur teratak kami..
Berkongsi itu memang indah..kebersamaan itu memang manis..macam teh o yang saya buat..

Ahhhh...rindunya

Bila mereka tiada ada satu yang berubah...mungkin kadar percakapan dan rapuan saya seharian makin berkurang..(belum capai tahap pendiam)..

Saya rindu...rindu..dan rindu..

Mahu saja sy bertanya pd mereka:
tak rindukah pd chocodocs bawang dan bilis sy?
tak rindukh pada soalan2 blur dr sy umpama: (undang2 jalan raya terpakai atau tidak untuk beskal?)
tak rindukah berhalaqah beramai2 sambil menikmati apa saja yg halal ditelan menyulam kata,berbicara,bermusyawarah dr hal-hal2 merepek hingga hal-hal negara?(semua dari kamu berbakat untuk menjadi apa sahaja)
tak rindukah pada projek dapur seperti membuat makan2 yang mewah seumpama nasik ayam,tomyam,kotiau kungfu dan sebagainya???
saya rindu semuanya..
dan saya sedang menangis,meraung sambil berguling2 dalam hati...

terpulang untuk kamu semua nak rasa apa...

Wednesday, January 12, 2011

bila mana mata tak mampu terlelap...

Ketika mana mata memandang skrin laptop jenama COMPAQ yg sering juga menduga kesabaran saya dengan mcm2 masalah..jam mununjukkan lagi 3 minit untuk mencecah ke 1 pagi. Masih belum mahu tidur. Tiba-tiba sahaja semenjak seminggu yang lalu seakan banyak benar perkara yang mengganggu fikiran saya. Ada satu yang benar2 mengganggu.Makin mengganggu barangkali.

Itu dugaan.Ujian untuk diri. Ujian untuk iman. Saya cuba menyedapkan hati. Mohon padaNya agar dipandu hati saya dengan iman supaya apa yang difikirkan,dirancang,dirasa dan diharapkan adalah sesuatu yg diiring redhaNya bukan murka Tuhan.

Benarlah Tuhan punya jawapan bagi setiap persoalan yang melingkari fikiran. Kadang-kadang resah yang betandang tak terhalau dek lemahnya jiwa. Bertanya-tanya pada hati. Berbicara dengan Tuhan dalam bait2 doa usai solat. Mohon ditunjukkan jawapan yang tidak kelihatan. Minta dijelaskan segala kesamaran.. Ya..Tuhan punya jawapan bagi setiap persoalan. Mahu diuraikan kekusutan. Damai hati dicari. Tanpa ragu ketemu pada tenang yang wujud dalam redha dan sabar. Dalam usaha dan tawakal. Dalam doa dan harapan..

Hidup saya sebagai seorang anak,pelajar,kawan,kakak,adik, dan hamba memerlukan saya untuk menjadi kuat kerana ada tanggungjawab mengiringi setiap langkah. Ada amanah yang dipikul.
Benar..belajar dari hidup..belajar dari dugaan..yang sentiasa mencurah pengajaran..
belajar menerima,menambahbaikkan,memberi serta selalu perlu percaya.."harapan sentiasa ada pada yang sentiasa mencari"..dan juga segala yang terjadi ada alasan dan sebab serta hikmah yang tersirat. Kerana Allah itu Maha Adil..Maha Mengetahui..walau tak terlafaz dibibir apa yang tersembunyi di hati..sekecil mana pun..Dia tetap mengetahui..

(sedikit demi sedikit yang mengganggu rasa sy makin berjaya diikat dengan sebuah harapan)

Tuhan
gantikanlah apa yang telah diriku kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik
yang telah Kau takdirkan
yang terbaik untukku
untuk keluargaku
dan agamaku..

Tuhan..
leraikanlah segala resah yang berselirat
segala galau yang mengganggu jiwa
uraikanlah yang kusut
menjadi halus
biar kuat
biar teguh langkah yang menapak

Tuhan..
tuluskan hati diri kerdil ini
ikhlaskan jiwa hamba ini
dalam setiap nafas yang dihela
membawa diri dan jiwa
diteman iman dan sabar
menjalani ujian dunia
seorang insan
seorang hamba
dibumi Tuhan

Tuhan..
andai yang sering mengganggu rasa ini khilaf
andai ada fitrah yang menyapa jiwa menjadi fitnah
andai ada rindu yang terbias bersulam murkaMu
maka luputkanlah segala yang mengganggu
agar aku tidak berkira-kira dlm setiap langkahku
agar tidak samar dalam bersangka-sangka

Tuhan
andai ujian ini petunjukMu
bahawa rasa itu benar dariMu
yang Kau redha
yang Kau campakkan dalam hatiku
Maka
dengan rendah hina diri
aku bermohon
agar Kau tetapkan hatiku pada kebaikan
senangkan jiwaku dalam keredhaan
tenangkan yang galau dengan kepastian
kerana
Kau lebih mengetahui apa yang tidakku ketahui

Tuhan..
Bila mata tak mampu aku lelapkan
ku mohon
agar hatiku tidak lena dari mengingatiMu
Biar bibir sepi
Mata memandang langitMu
jauh di relung hati
Kau pasti mendengar
apa yang ku adukan..
sebuah harapan