Monday, October 14, 2013

Dan menukilkan saya dan dia sebuah cerita...

Perjalanan panjang sebagai sahabat yang telah kami lalui beberapa tahun akhirnya menemui langkah permulaan baru pada 14 September.

Mengimbau kembali persoalan2 sekeliling suatu waktu dulu sebelum saya memutuskan untuk bernikah
"bila nak kahwin"
"sudah ada?"
Juga saat ketika serba salah memikir ayat untuk menolak lamaran lain hanya kerana belum bersedia.

Senyum...

April itu..
Tekad untuk ditunangkan..

Senyum...
Membuat keputusan untuk bernikah hanya bergantung kepada istikharah.
Sepanjang mengenali dia sebagai seorang kawan seperti kenalan2 sekolah,uni dan persatuan tidak pernah terlintas di fikiran mahu menjadi suri hidupnya. Kawan. Ya perasaan ketika ditunangkan juga masih melihatnya sebagai kawan hingga wujud kerisauan di hati. 'Mampukah menyayanginya sebagai suami nanti?'

Dan satu detik itu, cuba menyelam jauh..mendalami firmanNya...

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu senang dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


....وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

berkali-kali cuba menghadam ini..dan akhirnya ..

"Dan Dia jadikan antara kamu rasa kasih sayang "..

Dia jadikan....
...جَعَلَ

...membawa pengertian bahawa menyayangi dan mencintai itu adalah proses yang harus diusahakan agar perasaan yang Allah jadikan dalam diri manusia itu terzahir...
Dan saya mula yakinkan hati.. untuk mencintai suami saat terlafaznya ijab dan qabul.
Dan setelah 5 bulan pertunangan akhirnya ternukil mula sebuah cerita cinta..

Dari hari pertama kami dinikahkan sehingga sekarang, betapa tidak ada kata2 yang mampu saya gambarkan betapa hati ini bersyukur. Nikmat takdir cinta pada jalan yang halal.
Rumahtangga kami masih hijau, masih jauh perjalanan kami..masih banyak yang belum kami temui lewat perjalanan ini. Dan saya menyedari cinta kami takkan selalunya disulami keindahan umpama dongengan dan karya-karya romantis. Rumahtangga dan cinta yang kami lalui adalah realiti yang seharusnya kami bersama jaga. Sebuah kotak kosong yang kami perlu isi dengan ilmu, amal, ibadat, cinta dan kasih sayang demi sebuah keberkataan dan redha Ilahi.

Dan saya masih belajar..belajar mengenal diri, belajar mengenal suami dan belajar menjadi isteri.
Saya kaca dengan dia saya jadi permata, saya hamba dengan dia saya jadi ratu.. dengan dia saya kenal cinta...cinta yang ada tawa,ada suka, ada derita...
Nikmat takdir cinta setelah pernikahan yang sentiasa menjadi penyubur cinta saya pada suami setiap kali ada mehnah menyapa rumahtangga kami adalah nikmatnya solat berimamkan suami..Ya..

Dan untuk abang..
Selayaknya Allah sahajalah yang membalas harga cinta abang untuk saya..
Maafkan saya andai masih belum mampu menjadi isteri yang sempurna. <3 font="">







Sunday, May 12, 2013

::::puisi tanpa tajuk:::

Awak..
Hidup ini kembara panjang
Menuju Tuhan

Awak..
Hidup ini bukan sekadar mencari bekal perjalanan duniawi
lebih dari itu hidup ini tuntutkan
akhirat menuntut perjuangan panjang
yang bersulam mehnah dan ujian

Awak..
Dunia ini bukan sekadar saya dan awak
kita, mereka nanti.. menuju jalan yang sama
mencari Redha Tuhan yang sama
dan.. dalam perjalanan itu,
awak, saya dan mereka nanti..
tak terlepas diuji

Dan semoga,
Tuhan,
kurniakan kekuatan iman..
pada saya
pada awak
pada mereka nanti
bila saatnya diuji

Dan semoga kelak
Tuhan redha
untuk kita, sama-sama
menjadi penghuni syurgaNya
selamanya..abadi..




Tuesday, May 7, 2013

Saya kecewa dan malu..

5 Mei saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia buat kali pertama.
Alhamdulillah..
Namun, kecewanya saya bukan bermula ketika keputusan PRU diumumkan. Bahkan keluarnya saja saya dari tempat membuang undi saya sudah begitu kecewa. Dakwat kekal yang didakwa kekal nampaknya 'indah khabar dari rupa'. Disapu dengan tisu pun sudah separa hilang, dibersihkan dengan air sabun apatah lagi. Dan malam itu, di berita SPR menafikan dakwaan dakwat kekal tidak kekal. Saya geleng kepala berulang kali. SPR tertelan dakwat RM 5 juta agaknya, sehingga mengeluarkan kenyataan dangkal sedemikian.
Hari mengundi saya demam. Bukan demam PRU, demam selsema. Kekecewaan saya bertambah lagi bila melihat cara media utama kita mengumumkan keputusan begitu 'bias', seolah sengaja mencetuskan kerisauan dikalangan pengundi Melayu.Racist! Kecewa lagi.

6 Mei, ya saya kecewa kerana mengetahui bahawa Malaysia masih dibawah pimpinan parti politik yang sudah terlalu lama mencetuskan situasi korupsi walaupun dengan kemenangan yang tipis.
Isu Magical Blackout, Banglasia, Dakwat, etc bermain2 di fikiran.
Saya cuba pasrah..
Allah tangguhkan lagi kemenangan rakyat yang mahukan perubahan. Bersabarlah, ada hikmah nya.. ada sesuatu yang perlu dimuhasabahkan.

7 Mei,
Saya sudah mula menerima kenyataan, sudah mula mahu meneruskan kehidupan seharian secara normal.
Namun kekecewaan saya berganda sekali lagi bila melihat akhbar2 utama Malaysia.
Mahu saya tanya, siapa yang melaungkan perpaduan dan siapa pula yang mencetuskan perpecahan?
Siapa yang menyanjung kata '1 Malaysia' dan siapa pula yang menghina lain bangsa?
Saya ada kawan cina
Saya punya kawan india
Saya Melayu..
Saya malu..




Wednesday, April 24, 2013

begitu..

kelmarin yang telah sudah bertahun lepas
aku merancang untuk kelmarin yang esoknya
mahu itu
mahu ini
dapat ini, gagal itu, tewas sana, menang sini
menangis
ketawa
semua sudah aku rasa
untuk kelmarin2 yang lalu

Hari ini aku berjalan
menyusur, mentadbir setiap perancangan
yang baru saja aku lukiskan kelmarin semalam
perancangan untuk esok, esok, esok yang berterusan
mentadbir rancang jangka panjang tak semudah
belajar di sekolah sampai universiti dulu
tak senang seperti merancang membeli itu ini untuk sendiri
susahnya lebih dari apa kubuat kelmarin yang bertahun lepas
Kerana..
aku merancang membina syurga dunia untuk syurga ku di akhirat.

Esok..esok..esok yang mendatang
hanya mampu kuiring
dengan usaha dan doa..
moga2 takdir Tuhan 
syurgalah untuk kami.

Tuesday, April 9, 2013

Monday, March 11, 2013

Suara kecil seorang rakyat

Mandat sudah tiada
apa lagi kalian tunggu?
Sudah2 la tu..
Biar undi rakyat pula berbicara.

...............................................................................................................................................

BILA NAK PILIHANRAYA NIHHHH??? -.-


Satu pagi aku menulis

Bila kau kata kau tak sedia
menghadapi dunia yang berbeza
sedang hakikat tak sudah bertanya
'kau tahu apa itu syurga dunia?'

Bila kau tak lena
dihimpit bimbang dan takut yang tak semena
imanmu tak sudah memujuk
sudah sampai waktunya untuk kau terima

Setebal apa buku kau baca
Sebanyak mana nasihat kau cerna
Bukan ukuran sedia tak sedia..
Entahkan bila takutmu reda

Kalau Tuhan dah kata jadilah..
Kau cuma perlu terima dan 'say Alhamdulillah'




Saturday, February 16, 2013

Mimpi

Mimpi
Semua yang bernama manusia punya mimpi
Dan saya juga...
Menulis segala impian..berjela menjadi senarai.
Ada yang dah lunas, ada juga yang masih samar2 nampaknya.
Merancang dan berusaha setapak2..
Berdoa tanpa jemu
Bertawakkal.
Walaupun kadang2 dalam melunaskan satu2 itu, ada payahnya, ada deritanya.
Namun, saya cuba untuk yakin, Allah tempat bergantung yang paling utama.
Kalau Allah tentukan itu, itulah yang terbaik.
Kalau Allah tak tentukan ini, juga terbaik.
Sebab apa2 pun, segalanya ketentuan Allah.

Sekarang dalam usaha memilih tapak menambah ilmu.
Indonesia?
Timur Tengah?
atau disini...
Indonesia.. saya suka..
Timur Tengah..saya kasih
disini...(isi tempat kosong)

Memutuskan tentang ini benar2 sukar.
Ada halangan untuk setiap satunya
Namun saya tak pernah putus asa dengan setiap impian saya.
Saya tak pernah berhenti merancang dan berusaha..walaupun halangan tetap ada.
Moga Allah mudahkan..moga Allah lembutkan hati2 mereka yang menyayangi saya, yang masih belum yakin melepaskan saya jauh dari mereka.
Moga..


........................................................................................................................................








Thursday, February 14, 2013

Wednesday, February 13, 2013

Dimana akhirat dihatiku?




Oh Allah, don't make this world our biggest concern


Tuesday, February 12, 2013

Kerana Syurga juga ada di dunia.

To make a wife feel loved give her the three AAAs: Attention, Affection, & Appreciation. To make a husband feel loved give him the three RRRs: Respect, Reassurance, & Relief.


Saturday, February 9, 2013

Eat, Pray, Love versi Saya.. =_=

Cuti Tahun Baru Cina.
Saya tersadai sendirian di KL.
Kakak sekeluarga pulang ke kampung.
Tinggallah diri dengan aktiviti sendiri.

Eat.
Pagi yang hening, bersarapan kemudian keluar melangkah kaki ke KINOKUNIYA.
Saya jarang bersarapan, namun dek kerana semangat berkobar2 bila memikirkan buku2 disana, saya paksa diri untuk makan. Nak meronda dalam gedung buku perlukan tenaga. :P
Mujurlah ada sahabat menemani sepanjang misi mencari buku.
3 buku akhirnya bakal menjadi juadah santapan hati saya yang sering 'kelaparan' sejak dua menjak ini.

inilah dia teman2 baru saya

Menu Malam ::HOME ALONE::

Setelah lelah membeli, saya dan sahabat menikmati makan tengahari. Hari ini saya mencuba satu menu yang tak pernah saya temui sebelum ini. Menu yang berasaskan cendawan dan herba barangkali. Entahlah.
Saya sememangnya 'hantu' cendawan. Sangat menggemarinya. Dek kerana itu, saya memesan menu tersebut tanpa berfikir panjang..
Kesimpulannya: Saya mungkin tidak akan memesannya lagi lain kali(tiada foto)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau baginda s.a.w. ingin pada makanan itu bagindapun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Allah...Ampunkan aku yang tak tahu bersyukur
Pray

Usai makan, saya bersembang dengan sahabat sementara menanti waktu zohor. Bercerita tentang pengalamannya di perantauan suatu ketika dulu. Sungguh, saya sangat suka mendengar kisah2 perjalanan hidup orang lain kerana setiap cerita ada ibrahnya.

Kita sebagai hamba sememangnya dicipta untuk diuji imannya. Dan setiap ujian adalah berbeza untuk setiap hamba. Namun, ujian Tuhan itu tak pernah sesekali diluar kemampuan seseorang hamba. Dan penerimaan seseorang terhadap sesuatu ujian itu juga berbeza.
Ada yang terasa payah.
Ada yang terasa mudah.
Ada yang tak kisah.
Ada juga yang rasa sendirian diuji..
Dan bagi mereka yang meyakini adanya Tuhan, tetap akan ada jalan keluar dari segala kekusutan.
Cepat atau lambat, tetap akan ada.
Cumanya, buat kita2 yang bergelar hamba, adakala kita perlu menjadi lebih sensitif terhadap insan2 disekeliling.
Bila sahabat sedang gusar, tenangkanlah
Bila teman sedang berdukacita, gembirakanlah.
Bila saudara disapa musibah, hulurkan bantuan seikhlasnya.
Paling tidak, jadilah pendengar setia. 
Paling tidak, sentiasa lah mendoakan kebaikan sahabat lain
Bukankah telah Tuhan ciptakan kita bersaudara, biar kita bisa berkongsi doa yang sama, 'kesyurga bersama'

Love
Tuhan
Rasulullah Habibi Musthofa
Ibu ayah
Keluarga
Sahabat

Moga cinta kita sampai syurga

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)




“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu 
dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu. 
Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin"


Friday, February 8, 2013

Tuhan sentiasa mendengar hambaNya

Sedang saya membaca buku Jim Stovall, Kak Su maid yang berasal dari Jawa Timur menegur.
"Membaca lagi dik?"
"Aah kak, bosan."
"Kenapa nampak bingung aja 2-3 hari ni?"
"Hah?(kemudian saya ketawa)
"Iya lah, diam saja sekarang. Tak banyak bercakap. Ada masalah ya?"
"Entahlah kak. Banyak sangat nak pikir. Sampai tak ter'pikir' dah saya. Lama2 mau hilang kepala saya"
"Mana bisa kepala boleh hilang.. Mengaji Quran. Minta Tuhan tunjukkan".

Saya kemudian terdiam.Ya Quran. Tak perlu jauh2 mencari jawapan. Wajarnya saya berterima kasih pada Kak Su yang mengingatkan. 
Saya belek surah yang sentiasa menjadi teman dikala saya dihadapkan dengan persoalan2 yang sukar untuk saya sendiri tafsirkan. Persoalan2 hidup yang masih belum tersingkap jawabannya. 
Surah Al- Fath saya baca, menghayati dalam2 maknanya. Mencari kekuatan,ketenangan dan keyakinan diri. 
Tanpa sedar saya sebak. Menangis sendiri. Allah.. Saya bermonolog,

Allah andai segala ketidaksenangan yang aku rasai sekarang disebabkan kurangnya kesyukuranku terhadapMu, Maka Kau cambahkanlah benih2 qanaah, agar aku sentiasa merasa cukup. Andai kecelaruan hati ini adalah kerana dosa2ku, Kau ampunkanlah..ampunkanlah.

Dingin terasa hati. Rasa terpujuk. Tenang dengan kalam2 cinta dari Kitab Teragung itu.
Teringat pesan seorang teman yang selalu menjadi pendengar setia:

"Bila kau rasa hati kau kosong tanpa sebab, sebenarnya hati kau mintak diisi dengan zikrullah, bukan dengan benda2 dunia yang tak kekal ni. Bila kau rasa takut untuk berhadapan dengan something yang kau tak 'face' pun lagi, kau kena bagitau kat diri sendiri, kau tu manusia biasa yang kena hadapi setiap ketentuan Tuhan. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia sebab Dia pencipta"

Dan sungguh, dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang. 
Dan sungguh Allah tak pernah tidur dari mendengar rintih dan ratap hambaNya.
Cuma sang hamba saja yang sering sombong, leka dengan dunia hingga terlupa untuk meminta dari Tuan Punya Dunia.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah Ghafir, ayat 60)

Tuhan...jangan jadikan aku hina pada pandanganMu

....................................................................................................










Thursday, February 7, 2013

Jalan2 dan buku

Bismillah..

Tajuk entri diatas sebenarnya berkaitan diri sendiri.
Saya suka membaca. Gilakan buku.
Saya suka berjalan. Melihat manusia.Dan kemudian bermuhasabah.

6 Februari, saya 'berjalan' ke Subang atas urusan yang penting bagi saya. Sebelum ke sana, saya terlebih dahulu ke Shah Alam. Kemudian bergegas ke Subang. Sungguh, waktu masih awal dan saya sebenarnya tak perlu mengejar masa. Tapi saya selalu mengingatkan diri, untuk menghormati waktu orang lain dan jangan biar kita ditunggu terlalu lama. Namun, hari itu nasib saya tidak lah begitu baik. Urusan yang penting itu akhirnya menjadi sebab kesabaran saya sedikit teruji(banyak juga sebenarnya)
Tak apalah benda dah berlalu, dan bukan soal itu pun yang mahu ditulis.

Perjalanan saya hari itu juga 'menyempatkan' saya mencium kelazatan bau2 buku yang terhidang di MPH Subang Parade. Dan kebetulan juga hari itu saya berjanji dengan seorang sahabat untuk makan tengahari bersama. Sebenarnya, Subang agak asing bagi saya. Bukan tak pernah menjejak kaki, tapi entahlah. Saya tak biasa meluang masa di sini. Dan sungguh berada di Subang Parade juga sebenarnya membuatkan saya rimas. Tapi mujurlah ada MPH. ^_^

Saya kurang pasti sejak bila saya mempunyai hobi membaca. Dan kegilaan saya terhadap buku kadang2 tak mampu dikawal. Sehinggakan setiap kali menjejakkan kaki di toko buku pasti akan ada hasil 'pancingan' saya di situ.
Sebenarnya hari itu, saya tak memasang sebarang niat untuk membeli. Sekadar mahu melihat dan mengisi masa sementara menunggu sahabat yang masih di pejabatnya. Namun seperti biasa, niat membeli datang setelah 3 pusingan rak2 buku disitu saya tawafkan. Dan hasilnya...


Tak adalah banyak mana..Tapi inilah hasil setelah lebih kurang 30 minit di MPH Subang Parade.
Dan beberapa hari sebelumnya saya sudah memancing buku di PESTA BUKU MALAYSIA di PWTC. Tak banyak juga, sekadar 5 buah buku dari JUNDI RESOURCES.


inilah hasil tak sampai seminggu
Saya pernah di 'perli' oleh mak, "Kalau tengok pada buku yang dibaca, dah patut ada buku sendiri dah".
Moga kata2 mak menjadi doa yang dimakbulkan Tuhan.
Perjalanan saya hari2 tak pernah jauh dari hobi membaca saya. Tak kira, majalah,buku atau suratkhabar. Kalaupun saya tak kemana2, saya rela meluang waktu di blog2, atau mana2 laman sesawang yang dapat mengisi jiwa saya. Berjalan mengajar saya erti menjadi manusia, kerana dengan berjalan saya mengenal manusia. Membaca pula menjadikan saya sentiasa haus. Kehausan ilmu. Makin saya membaca makin saya ingin belajar. Makin saya membaca makin kuat keinginan saya untuk melangkah lebih jauh. Saya tak sehebat rakan2 saya yang pencapaian mereka pada 'kertas' yang jauh lebih tinggi berbanding saya. Tapi sepanjang perjalanan yang pernah saya lalui, dengan berpegang pada setiap kata2,pengalaman dan cerita2 mereka yang pernah saya temui..kebijaksanaan tak semestinya pada helaian kertas, ijazah,sarjana, PHD atau apa sahaja. Bila saya fikirkan kembali, koreksi diri sendiri..saya kira untuk saya menjadi bijak saya perlu banyak belajar tentang manusia, dan memberi manfaat pada manusia lain. Dan untuk memberi manfaat, saya kena kuatkan langkah kaki saya untuk terus mencari ruang memperbaiki diri supaya mampu menjadi insan yang sentiasa bertambah baik.
Moga2 Allah redha dengan usaha saya.
::Sedang merancang dan mengusahakan sesuatu::

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Untuk mereka yang saya kasih
Terima kasih untuk waktu yang diberi
Terima kasih untuk setiap cerita
Terima kasih untuk setiap sokongan dan motivasi
Terima kasih juga untuk setiap bantuan dan keprihatinan
Terima kasih kerana tak pernah lekang memberi nasihat, menjadi bekal jalan juang.

Saya sering berjalan sendiri
Tapi kesendirian itu hanya pada mata
Dihati sentiasa saja ditemani
Semangat dan doa mereka yang dikasihi.
Moga Tuhan merahmati.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Belajar mendinginkan marah dengan puasa

Marah, sedih, tertekan.. Ah tak tahu lah apa yang sebenarnya saya rasa bila urusan yang penting tak mendapat perhatian yang sepatutnya. Ya setiap orang ada kesibukan masing-masing, tapi setiap kesukaran itu pasti ada solusinya bukan. Tak sepatutnya kita membiarkan orang lain menghabiskan masa dan tenaga untuk sesuatu yang kurang berbaloi atau tak memuaskan. Sedangkan ada jalan lain untuk memudahkan urusan orang lain. Saya cuba menyabarkan hati dan berbaik sangka.
'Beliau terlampau sibuk barangkali'.

Dalam saya cuba ber'husnuzhon', nafsu dan syaitan tak putus asa cuba meniup api kemarahan di hati saya.
Astaghfirullah..
Pulang berurusan, saya terus menghantar pesan kepada 'motivator' saya yang jauh. Mencari solusi menghilangkan segala yang buruk di hati

Saya: Tolong. Hati tak sihat hari ni. Nak marah, stress
Dia: Tak kan panas baran datang balik?
Saya: Berusaha untuk buang sekian lama, tapi kadang2 susah nak kontrol juga. Macam mana?
Dia: Selama dah lama x panas baran sebelum ni buat mcm mn?
Saya: Cuba sabar, doa kat Tuhan, istighfar, baca Quran, solat..
Dia: Kenapa tanya lagi mcm mne? 
Saya:mmmm....
Dia: Syaitan selalu memainkan hati manusia. Jangan ikut sgt. Esok khamis, puasalah. Biar nafsu lapar, lemahlah dia.

Saya suka dengan ayat terakhir.
Puasa supaya  nafsu 'lapar', lemah lah dia.

Bukankah dengan berpuasa dapat memupuk takwa dalam diri. Dan bukankah dengan takwa dapat mendidik nafsu agar tunduk dengan perintah Allah, bukan mengikut hasutan syaitan yang durjana. Jadi,berpuasa dapat mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t. 
Puasalah, supaya sentiasa merasa hampir dan diawasi Allah.




Monday, February 4, 2013

Malam mahabbah itu..

Bismillah..

Alhamdulillah, 1 Februari lalu, bersamaan 20 Rabi'ulawal saya telah menikmati satu pemandangan yang penuh dengan cinta. Bukan cinta biasa2 tapi cinta para kekasih terhadap kekasih yang terlalu istimewa. Seawal jam 6 petang Masjid Muadz Bin Jabal di setiawangsa sudah dipenuhi dengan mereka yang merindui Rasulullah. Maghrib itu, jemaah memenuhi masjid sehingga ke luar. Khemah2 yang disediakan di luar masjid juga tidak mampu menampung jemaah yang hadir.

Usai Maghrib, perkumpulan kami dihias indah dengan bacaan maulid ad-dhiya'ul lami dan qasidah2 yang amat2 indah. Betapa hebatnya jemaah yang berhujan diluar, setia menanti sehingga ke akhir program. Ada anak2 kecil tertidur di tangga2 masjid, subhanallah..

Maulid Akbar Majlis Ta'lim Darul Murtadza malam itu seakan membawa satu aura yang tak mampu untuk saya gambarkan. Ketenangan, Kecintaan dan Kerinduan mengalir dalam setiap jiwa2 yang hadir. Masing2 umpama tidak mahu berpisah dari terus mendengar kalam2 tausiyah  ulama' pewaris rasul.  Allahurabbi..

Suatu ketika dulu, sambutan maulid seperti ini begitu asing bagi saya. Saya tidak biasa mendengar qasidah. Namun, sewaktu kali pertama menyertai maulid bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza lebih kurang setahun yang lepas, saya benar2 jatuh cinta. Takdir Allah mempertemukan saya dengan majlis yang penuh barakah begini. Majlis yang di penuhi dengan ilmu dan cinta. Majlis yang benar2 menenangkan jiwa. Ya, saya bertemu Majlis Ta'lim Darul Murtadza ketika jiwa saya sedang berselirat dengan bermacam tekanan. Sehinggakan saya hanya membiarkan kaki saya melangkah ke mana sahaja. Dan hari itu, langkah kaki saya terhenti di sebuah tempat yang meleraikan kekusutan jiwa. Itulah penangan majlis zikir dan selawat.

Saya terfikir, kita selalu mengingati Rasulullah bila rabi'ulawal menyapa. Namun sering juga lupa dari berselawat di masa2 lain dek sibuk dengan urusan dunia. Sedangkan kecintaan nabi terhadap kita umat akhir zaman dicemburui para sahabat. Dan apabila menyertai majlis2 begini, jujur saya katakan ianya mampu menambahkan kerinduan dan kecintaan kita pada nabi. Benarlah, kita ini manusia, sering lupa dan perlu ada yang sentiasa mengingatkan. Untuk menjadi umat yang benar2 membalas cinta nabi, apalah salahnya meluangkan waktu untuk berada di samping mereka yang mencintai baginda. Sungguh, cinta biarlah dibalas dengan cinta.. Sekurang2nya menghidupkan sunnah, memenuhi majlis ilmu, sentiasa berselawat ke atas baginda dan berusaha untuk berakhlak dengan akhlak baginda adalah salah satu cara memanifestasikan kecintaan terhadap Rasulullah..

Ya Rasulullah..terimalah rindu dan cinta kami
Ya Rasulullah..syafaatkan kami
Ya Allah..tambahkanlah kerinduan dan kecintaan kami terhadap baginda
Ya Allah..redhailah kami dan kumpulkanlah kami bersama baginda di syurga nanti..





Monday, January 14, 2013

Nikah: Mudahkan jangan disusahkan.

Bismillah...

Alhamdulillah, sejak Disember 2012 hingga sekarang tak putus2 saya menerima undangan perkahwinan.
Dan banyaklah juga isu2 yang menjadi modal perbualan.
Ada yang mengadu "Tak cukup duit nak kahwin"
Ada yang malas fikir soal kahwin sebab hantaran dan belanja kahwin yang semakin hari semakin meningkat dek kerana semakin hari perempuan2 yang ada semakin tinggi taraf pendidikan.
Banyak lagi 'cerita2' yang berkaitan dengan 'kewangan' yang saya dengar menjadi dugaan untuk seseorang itu berkahwin.


Ok..
Saya nak bagi pandangan yang tak seberapa tentang isu ni..
Nampak info di atas?
Nilai hantaran sebegini sebenarnya yang merunsingkan ramai lelaki2 bujang yang merancang untuk berkahwin. Saya nak tanya apa beza 'HANTARAN' dan 'MAHAR'? Antara kedua ini yang mana satu yang wajib? ^_^
Saya tak mahu hurai panjang apa itu hantaran dan apa itu mahar(mas kahwin).
Saya cuma mahu tegaskan untuk apa nilai wang hantaran dikelaskan mengikut taraf sebegini?
Saya tak kata salah jika hantaran berpuluh ribu,beratus ribu, berjuta sekalipun sekiranya yang nak memberi itu mampu. Tetapi pada saya, hantaran sebegini membebankan pihak lelaki terutamanya mereka yang 'fresh graduate', berpendapatan rendah,sederhana. Bila keinginan untuk berkahwin tiba, ada antara mereka terpaksa mendapatkan 'personal loan' dari bank. Ini baru hantaran, belum lagi dicampur tolak dengan majlis perkahwinan itu ini.

Ibu2, bapa2 sekalian,
Janganlah membebani bakal menantu kalian dengan meletakkan nilai sebegini tinggi.
Anda lebih dulu melayari bahtera perkahwinan seharusnya tahu realiti yang bakal anak2 anda tempuh satu hari nanti.

Saya tahu, Majlis Perkahwinan adalah sesuatu yang bermakna untuk mereka yang mahu menyatu jiwa. Katanya untuk meraikan hari bahagia. Ibu bapa pula tak mahu kalah, ingin melihat anak2 gembira di hari perkahwinan mereka. Sehingga terlupa, majlis itu cuma sehari dua sedangkan realiti sebenar sebuah rumahtangga masih jauh untuk  mereka tempuhi. Masih banyak cabaran dan dugaan menanti. Hanya kerana majlis perkahwinan yang sehari itu,sanggup berhabis puluhan ribu ringgit. Seterusnya menanggung hutang yang akhirnya menjadi punca pergolakan rumahtangga.

Muslimah sekalian,
Anak perempuan adalah tanggungjawab dan amanah bagi ibu dan ayah selagi mana belum berkahwin.
Melalui pernikahan amanah itu bertukar tangan kepada si suami. Jadi permudahkanlah urusan calon suami anda dengan menetapkan pendirian sebelum berkahwin.
Pendirian apakah itu????
Tak salah bagi seorang anak berbincang dengan ibu bapa. Tak salah bagi seorang anak menyatakan pendirian masing2 di hadapan ibu bapa selagi tidak melanggar syariat dan masih mengekalkan adab2 dengan ibu bapa.
Tak salah untuk cakap begini:

"Mak, ayah..nanti tak perlu lah hantaran tinggi2 sampai beribu2. Cukuplah mahar sekadarnyanya. soal hantaran tu terpulang pada pihak lelaki nak bagi berapa. Tak bagi pun tak jadi masalah. Kita nak keberkatan. Rasulullah kan ajar, perkahwinan yang berkat itu adalah yang paling rendah belanjanya. Pernikahan ini ibadat, tak kan kita nak susahkan orang lain dalam melaksanakan ibadat kan???"

Buat muslimah sekalian,
Adakala ibu bapa perlukan pencerahan yang lebih dalam soal perkahwinan anak2.
Sesetengah ibu bapa hanya memikirkan tentang persediaan 'hari perkahwinan' anak2 berbanding 'persediaan anak2' dalam menjalani 'alam perkahwinan'. Beranikan diri untuk berbicara penuh kasih sayang dengan ibu bapa, agar mereka memahami, agar mereka mengerti bahawa anak2 mereka mencari nilai 'keberkatan' sebuah pernikahan bukan nilai wang yang dihabiskan demi sebuah perkahwinan.
Permudahkanlah, jangan disusahkan.

Buat mereka yang sedang merancang untuk bernikah, moga pandangan tak seberapa ini ada manfaat..

Sesiapa yang berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi) 







Tuesday, January 8, 2013

Entry tak bertitle

Bismillah..

Lama benar tak mencatat.
Lama benar tak menjenguk teratak tercinta.
Sibuk.Malas.Tak tahu...entah apa punca.

Hari ini, saya melihat tarikh sudah 8 Januari 2013
Dah minggu kedua tahun 2013
Cepat benar masa berlalu.
Menoleh sejenak masa lalu..
Yang terhampir, keluarga diuji dengan musibah
Mengajar saya tentang setiap yang dirasakan kepunyaan kita di atas muka bumi ini sebenarnya tidak ada satu pun hak mutlak kita.
Ya..Sungguh..kita tak punya apa..
kerana milik Tuan Punya Dunialah segala yang dilangit dan dibumi
Bila Allah menarik balik nikmat yang diberi..
Redha
Sabar
Syukur...
Muhasabah...

Memandang lebih jauh kebelakang
Mencari titik duka
Mencari senyum bahagia
Hidup ini warna warni sebenarnya
Tapi sejauh mana saya memaknakan setiap ketentuan yang saya lalui?
Allah..
Rasa2 nya ada ketika saya bahagia saya lupa bersyukur
Dan ada ketika saya bersedih saya lupa mengadu pada yang selayaknya..
Lupa..Lupa..Lupa..
Itulah saya..

Kembali melihat tarikh hari ni
Esok dah 9 Januari
Lusa dan seterusnya bertambah lagi usia
Makanya mati pun makin menghampiri
Kitar hidup yang pengakhirannya pasti
Cuma entah bila..
Cuma entahkan bersedia entahkan tidak..
Saya tanya pada diri
'Hafiza, kalau Tuhan ambil nyawa kau selepas ini apa yang kau bawa untuk menghadapNya'
Allah...
bermonolog sendiri...'Tuhan, jangan ambil nyawaku selagi ada dosa tak terampun, selagi tiada redhaMu keatasku'
Allah..Allah...Allah

Dan....
Koma(,)