Thursday, September 11, 2014

Ilhamku..

alhamdulillah..
40 hari berlalu..
adakala rasa tak percaya sudah bergelar ibu.
ILHAM FATEH menjadi teman baru.
penyeri hidup,penenang hati,penawar duka dan sunyi bila sendiri.
Mengenang kembali sembilan bulan lepas, hari-hari yang penuh cabaran. Alahan teruk,sakit itu ini, emosi tak stabil. Dan sehingga waktu hampir bersalin diuji lagi dengan sakit kontraksi yang tak tertanggung. Betapa bertuahnya punya suami yang dari awal memahami dan setia menemani
Bila tangisan pertama Ilham Fateh terdengar dalam bilik bersalin terasa hilang serta merta kesakitan itu.
Takkan dilupa pengalaman itu. Sakit yang paling sakit pernah dirasa namun itulah sakit yang paling membahagiakan.
Sakit itu menjadikan saya tahu betapa sukarnya ibu melahirkan.
Sakit iti menjadikan saya tahu betapa suami amat menyayangi dan setia.
Sakit itu jugalah menjadikan saya tahu betapa Allah itu Maha Segala-galanya. Disaat diri ini sudah hilang daya dan kekuatan, diberikan kekuatan kepada si kecil itu yang akhirnya memudahkan si ibu yang hampir berputus asa.
Syukur..Tuhan panjangkan usia ibu dan memberi peluang untuk Ilham Fateh melihat dunia.










Ilhamku..
satu hari nanti
akan kau kenal dunia dan isinya
doa ibu..agar setiap nafas,gerak dan langkahmu
sentiasa dalam lindungan Tuhan
doa ibu...agar di setiap sudut jiwamu, xpernah jauh dari keimanan kepada Khaliqmu..
doa ibu...di setiap jatuh bangun hidupmu, ditemani kekuatan,kesabaran serta tawakkal yang berpanjangan.
Moga, anakku, Tuhan itu menjadi zikir harian jasad dan jiwamu.
Moga anakku, Tuhan memberi lindunganNya serta meredhaiMu





Monday, April 7, 2014

Syurgaku.

Alhamdulillah..
5 bulan membawa zuriat dalam rahim
Tak terhitung syukur pada Tuhan yang mengurniakan cinta 
dan mengurniakan amanah yang tak ternilai harganya

Sihat-sihatlah anak di rahim bonda
kelak nanti dirimu melihat dunia
membesar menjadi manusia
moga menjadi mujahid
yang berjuang demi agama

Buat suami yang tercinta
Terima kasih kerana terus sabar dan setia
disisi isterimu yang sering merajuk tak semena
adakala perasaan mu tak sengaja kulukai 
dalam menagih perhatianmu setiap hari.
 Dan maaf..
aku akan terus meminta lagi
mohon diriku selalu dicintai dan diredhai
dipimpin menjadi bidadari syurgamu nanti.