Friday, August 27, 2010

rimbun keampunan



Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan,
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian,
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan,
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan,

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan,
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar,
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan,
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda,

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan,
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama,
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran,
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan,

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan,
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa,
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya,
Masih ku sedar ku sedang diperhatikanMu Oh Tuhan,

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan,
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama,
Kepayahan yang ku rasa mengajar erti kesabaran,
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan.

Monday, August 2, 2010

alhamdulillah

31 Julai 2010 mencatatkan satu kenangan terindah bagi saya. Kejayaan 'keluarga' Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Uitm Shah Alam dalam merangkul 'title' juara keseluruhan dan juara kesuluruhan kategori wanita. Tidak sia-sia usaha keras sahabat-sahabat sy selama ini. Penat lelah mereka akhirnya terbayar dengan kurniaan Allah yg menganugerahkan kami kejayaan ini. Saya agak terkilan kerana tidak dapat menyertai mereka sebagai peserta. Saya hanya setia menjadi penyokong sepanjang kejohanan. Kekangan masa dan komitmen terhadap 'project paper' menghalang saya turut serta dalam latihan sebelum2 ini. InsyaAllah sy berharap agar diberi peluang pada saya olehNya untuk menyertai Wajadiri pada tahun depan. ..