Thursday, January 21, 2016

Mother n son moment

Setahun 5 bulan bergelar ibu.
Tak terhitung penat lelah
namun setiap itu menjadi sumber kebahagiaan untuk saya dan suami.
Ilham Fateh sentiasa di depan mata. Melihatnya membesar tanpa sedikit pun saya perlu berjauhan dengannya adalah satu nikmat yang sangat disyukuri.
Terima kasih Tuhan kerana mengizinkan diri ini membesarkan amanah ini dengan kudrat dan tenaga sendiri.
Terima kasih Tuhan kerana setiap yang Kau rezekikan untuk kami itulah yang membahagiakan kami.
Moga rahmat dan redhaMu terus mengalir dalam keluarga kami.

Thursday, September 11, 2014

Ilhamku..

alhamdulillah..
40 hari berlalu..
adakala rasa tak percaya sudah bergelar ibu.
ILHAM FATEH menjadi teman baru.
penyeri hidup,penenang hati,penawar duka dan sunyi bila sendiri.
Mengenang kembali sembilan bulan lepas, hari-hari yang penuh cabaran. Alahan teruk,sakit itu ini, emosi tak stabil. Dan sehingga waktu hampir bersalin diuji lagi dengan sakit kontraksi yang tak tertanggung. Betapa bertuahnya punya suami yang dari awal memahami dan setia menemani
Bila tangisan pertama Ilham Fateh terdengar dalam bilik bersalin terasa hilang serta merta kesakitan itu.
Takkan dilupa pengalaman itu. Sakit yang paling sakit pernah dirasa namun itulah sakit yang paling membahagiakan.
Sakit itu menjadikan saya tahu betapa sukarnya ibu melahirkan.
Sakit iti menjadikan saya tahu betapa suami amat menyayangi dan setia.
Sakit itu jugalah menjadikan saya tahu betapa Allah itu Maha Segala-galanya. Disaat diri ini sudah hilang daya dan kekuatan, diberikan kekuatan kepada si kecil itu yang akhirnya memudahkan si ibu yang hampir berputus asa.
Syukur..Tuhan panjangkan usia ibu dan memberi peluang untuk Ilham Fateh melihat dunia.










Ilhamku..
satu hari nanti
akan kau kenal dunia dan isinya
doa ibu..agar setiap nafas,gerak dan langkahmu
sentiasa dalam lindungan Tuhan
doa ibu...agar di setiap sudut jiwamu, xpernah jauh dari keimanan kepada Khaliqmu..
doa ibu...di setiap jatuh bangun hidupmu, ditemani kekuatan,kesabaran serta tawakkal yang berpanjangan.
Moga, anakku, Tuhan itu menjadi zikir harian jasad dan jiwamu.
Moga anakku, Tuhan memberi lindunganNya serta meredhaiMu





Monday, April 7, 2014

Syurgaku.

Alhamdulillah..
5 bulan membawa zuriat dalam rahim
Tak terhitung syukur pada Tuhan yang mengurniakan cinta 
dan mengurniakan amanah yang tak ternilai harganya

Sihat-sihatlah anak di rahim bonda
kelak nanti dirimu melihat dunia
membesar menjadi manusia
moga menjadi mujahid
yang berjuang demi agama

Buat suami yang tercinta
Terima kasih kerana terus sabar dan setia
disisi isterimu yang sering merajuk tak semena
adakala perasaan mu tak sengaja kulukai 
dalam menagih perhatianmu setiap hari.
 Dan maaf..
aku akan terus meminta lagi
mohon diriku selalu dicintai dan diredhai
dipimpin menjadi bidadari syurgamu nanti.

 


Monday, October 14, 2013

Dan menukilkan saya dan dia sebuah cerita...

Perjalanan panjang sebagai sahabat yang telah kami lalui beberapa tahun akhirnya menemui langkah permulaan baru pada 14 September.

Mengimbau kembali persoalan2 sekeliling suatu waktu dulu sebelum saya memutuskan untuk bernikah
"bila nak kahwin"
"sudah ada?"
Juga saat ketika serba salah memikir ayat untuk menolak lamaran lain hanya kerana belum bersedia.

Senyum...

April itu..
Tekad untuk ditunangkan..

Senyum...
Membuat keputusan untuk bernikah hanya bergantung kepada istikharah.
Sepanjang mengenali dia sebagai seorang kawan seperti kenalan2 sekolah,uni dan persatuan tidak pernah terlintas di fikiran mahu menjadi suri hidupnya. Kawan. Ya perasaan ketika ditunangkan juga masih melihatnya sebagai kawan hingga wujud kerisauan di hati. 'Mampukah menyayanginya sebagai suami nanti?'

Dan satu detik itu, cuba menyelam jauh..mendalami firmanNya...

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu senang dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


....وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

berkali-kali cuba menghadam ini..dan akhirnya ..

"Dan Dia jadikan antara kamu rasa kasih sayang "..

Dia jadikan....
...جَعَلَ

...membawa pengertian bahawa menyayangi dan mencintai itu adalah proses yang harus diusahakan agar perasaan yang Allah jadikan dalam diri manusia itu terzahir...
Dan saya mula yakinkan hati.. untuk mencintai suami saat terlafaznya ijab dan qabul.
Dan setelah 5 bulan pertunangan akhirnya ternukil mula sebuah cerita cinta..

Dari hari pertama kami dinikahkan sehingga sekarang, betapa tidak ada kata2 yang mampu saya gambarkan betapa hati ini bersyukur. Nikmat takdir cinta pada jalan yang halal.
Rumahtangga kami masih hijau, masih jauh perjalanan kami..masih banyak yang belum kami temui lewat perjalanan ini. Dan saya menyedari cinta kami takkan selalunya disulami keindahan umpama dongengan dan karya-karya romantis. Rumahtangga dan cinta yang kami lalui adalah realiti yang seharusnya kami bersama jaga. Sebuah kotak kosong yang kami perlu isi dengan ilmu, amal, ibadat, cinta dan kasih sayang demi sebuah keberkataan dan redha Ilahi.

Dan saya masih belajar..belajar mengenal diri, belajar mengenal suami dan belajar menjadi isteri.
Saya kaca dengan dia saya jadi permata, saya hamba dengan dia saya jadi ratu.. dengan dia saya kenal cinta...cinta yang ada tawa,ada suka, ada derita...
Nikmat takdir cinta setelah pernikahan yang sentiasa menjadi penyubur cinta saya pada suami setiap kali ada mehnah menyapa rumahtangga kami adalah nikmatnya solat berimamkan suami..Ya..

Dan untuk abang..
Selayaknya Allah sahajalah yang membalas harga cinta abang untuk saya..
Maafkan saya andai masih belum mampu menjadi isteri yang sempurna. <3 font="">







Sunday, May 12, 2013

::::puisi tanpa tajuk:::

Awak..
Hidup ini kembara panjang
Menuju Tuhan

Awak..
Hidup ini bukan sekadar mencari bekal perjalanan duniawi
lebih dari itu hidup ini tuntutkan
akhirat menuntut perjuangan panjang
yang bersulam mehnah dan ujian

Awak..
Dunia ini bukan sekadar saya dan awak
kita, mereka nanti.. menuju jalan yang sama
mencari Redha Tuhan yang sama
dan.. dalam perjalanan itu,
awak, saya dan mereka nanti..
tak terlepas diuji

Dan semoga,
Tuhan,
kurniakan kekuatan iman..
pada saya
pada awak
pada mereka nanti
bila saatnya diuji

Dan semoga kelak
Tuhan redha
untuk kita, sama-sama
menjadi penghuni syurgaNya
selamanya..abadi..




Tuesday, May 7, 2013

Saya kecewa dan malu..

5 Mei saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia buat kali pertama.
Alhamdulillah..
Namun, kecewanya saya bukan bermula ketika keputusan PRU diumumkan. Bahkan keluarnya saja saya dari tempat membuang undi saya sudah begitu kecewa. Dakwat kekal yang didakwa kekal nampaknya 'indah khabar dari rupa'. Disapu dengan tisu pun sudah separa hilang, dibersihkan dengan air sabun apatah lagi. Dan malam itu, di berita SPR menafikan dakwaan dakwat kekal tidak kekal. Saya geleng kepala berulang kali. SPR tertelan dakwat RM 5 juta agaknya, sehingga mengeluarkan kenyataan dangkal sedemikian.
Hari mengundi saya demam. Bukan demam PRU, demam selsema. Kekecewaan saya bertambah lagi bila melihat cara media utama kita mengumumkan keputusan begitu 'bias', seolah sengaja mencetuskan kerisauan dikalangan pengundi Melayu.Racist! Kecewa lagi.

6 Mei, ya saya kecewa kerana mengetahui bahawa Malaysia masih dibawah pimpinan parti politik yang sudah terlalu lama mencetuskan situasi korupsi walaupun dengan kemenangan yang tipis.
Isu Magical Blackout, Banglasia, Dakwat, etc bermain2 di fikiran.
Saya cuba pasrah..
Allah tangguhkan lagi kemenangan rakyat yang mahukan perubahan. Bersabarlah, ada hikmah nya.. ada sesuatu yang perlu dimuhasabahkan.

7 Mei,
Saya sudah mula menerima kenyataan, sudah mula mahu meneruskan kehidupan seharian secara normal.
Namun kekecewaan saya berganda sekali lagi bila melihat akhbar2 utama Malaysia.
Mahu saya tanya, siapa yang melaungkan perpaduan dan siapa pula yang mencetuskan perpecahan?
Siapa yang menyanjung kata '1 Malaysia' dan siapa pula yang menghina lain bangsa?
Saya ada kawan cina
Saya punya kawan india
Saya Melayu..
Saya malu..




Wednesday, April 24, 2013

begitu..

kelmarin yang telah sudah bertahun lepas
aku merancang untuk kelmarin yang esoknya
mahu itu
mahu ini
dapat ini, gagal itu, tewas sana, menang sini
menangis
ketawa
semua sudah aku rasa
untuk kelmarin2 yang lalu

Hari ini aku berjalan
menyusur, mentadbir setiap perancangan
yang baru saja aku lukiskan kelmarin semalam
perancangan untuk esok, esok, esok yang berterusan
mentadbir rancang jangka panjang tak semudah
belajar di sekolah sampai universiti dulu
tak senang seperti merancang membeli itu ini untuk sendiri
susahnya lebih dari apa kubuat kelmarin yang bertahun lepas
Kerana..
aku merancang membina syurga dunia untuk syurga ku di akhirat.

Esok..esok..esok yang mendatang
hanya mampu kuiring
dengan usaha dan doa..
moga2 takdir Tuhan 
syurgalah untuk kami.

Tuesday, April 9, 2013

Monday, March 11, 2013

Suara kecil seorang rakyat

Mandat sudah tiada
apa lagi kalian tunggu?
Sudah2 la tu..
Biar undi rakyat pula berbicara.

...............................................................................................................................................

BILA NAK PILIHANRAYA NIHHHH??? -.-


Satu pagi aku menulis

Bila kau kata kau tak sedia
menghadapi dunia yang berbeza
sedang hakikat tak sudah bertanya
'kau tahu apa itu syurga dunia?'

Bila kau tak lena
dihimpit bimbang dan takut yang tak semena
imanmu tak sudah memujuk
sudah sampai waktunya untuk kau terima

Setebal apa buku kau baca
Sebanyak mana nasihat kau cerna
Bukan ukuran sedia tak sedia..
Entahkan bila takutmu reda

Kalau Tuhan dah kata jadilah..
Kau cuma perlu terima dan 'say Alhamdulillah'