Thursday, November 18, 2010

s.a.y.a.n.g




rawan hati jadi tenang
menatap luhur suci
dari raut tanpa cebis dosa
gusar jiwa tenteram
renungi mata berkaca tagih simpati
"jangan marah"
seperti berbisik nuranimu
tatkala lantang suaraku meninggi
tanpa sedar
marah bukan benci
hanya kerana menyayangi
kasih tanpa syarat
tiada titik hujung
dalam darahmu itu sayang
mengalir jua darahku
saat sendu menjengah nafasku
tawa riangmu melepaskan sengsara yg memelukku
rajukmu
hilaimu
tangismu
menjadi rindu
bila jauh dipisah jarak
sungguh
duhai permata hatiku


.....................................................................................................

*Ya Allah jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah*

Wednesday, November 17, 2010

kalau hadir tak menambah teduh

kalau hadir tidak menambah teduh
biar gugur menjadi baja
kalau senyum tak membuah cahaya
biar hilang menjadi lilin

kalau kata tak menghapus tangis
biar diam membuahkan tabah
kalau jujur tak membunuh curiga
biar sunyi menjadi percaya

sendu
tawa
tangis
senyum
rajuk
itu milik hati
kalau tuannya lemah
kerana hati itulah
kalau kuat
hati itulah

maaf
hati ini masih lemah
diri ini juga masih lemah
kurang
khilaf

langkah ini masih lg mencari
dihujung pencarian ada yg menanti
tak pasti
baikkah
burukkah
pengakhiran yg bakal ditemui

hati!!
kuatlah
tuanmu masih mahu meneruskan langkah
langkah yg mungkin kosong
tp masih mahu mengharap
di setiap derap kaki
di setiap hembusan nafas
ada titik-titik manfaat
untuk mereka
untuk dia
untuk kamu
untuk semua
biar sedikit
tapi mahu tetap ada

'kalau hadir tak menambah teduh
biarlah gugur menjadi baja'




Tuesday, November 16, 2010

nota hati saya

Sy sedang bercuti!!

Apa yang ada dalam relung hati kadang-kadang mempengaruhi sikap yang terpamir..
Gembira?Sedih?Risau?Galau?Keliru?Penat?Lelah?
Semuanya pernah singgah..
Ini bukan nota yang tidak bertujuan..sekalipun yang membaca tulisan ini memandang segala kata yang dikait disini sbg tiada tujuan biarlah..ini 'blog saya'...:)

Sy sdg bercuti!!
Ya sy sedang bercuti..dan seharusnya bagi saya cuti ini untuk sy mencari diri..memperbaiki segala rasa..mengubahsuai segala tekanan sebelum cuti menjadi ketenangan..ya..saya mahu tenang..
Bertemu teman2 lama..memang indah..mendapat kad undangan perkahwinan..saya turut gembira

"wah..dh nak kawen..alhamdulillah..dh sampai seru ko"
"insyaAllah kalau berkesempatan aku datang"
-InsyaAllah ana dtg..ana doakan jodoh kalian berpanjangan dan beroleh keberkatan dariNya-(sms ringkas sbg respon atas sebuah lg undangan)

Ini antara respon-respon mudah dari sy..mudah kan??
Cumanya respon ini kembali mendapat respon dgn isu lain..

"ko bile plak..xkan sampai sekarang single lg..dh ada org cop?"
"ak dah nak kawen..lepas ni giliran ko plak ye..jgn memilih sgt..perempuan makin lama makin jatuh saham"
dan banyak lagi ayat-ayat yg terkadang merimaskan saya..
sy tau mungkin ada antaranya sekadar gurauan..tp bila saya fikirkan ramai yang mempersoalkan hal2 ini kepada sy..

ah..
Bila?
saya sering disoal dengan persoalan bila?
jawapan mudah-saya masih belajar..
tp dibalas dgn-ramai yg nikah ketika masih belajar..apa salahnya
(monolog)'memang tiada salahnya..tp setiap manusia berbeza pendirian dan kesediaannya'..pernikahan bukan sekadar mengikat cinta,bukan sekadar atas tujuan menjauhkan diri dari zina,bukan hanya cara untuk tidak terjebak dengan fitnah..pernikahan lebih dari itu..dalamnya ada tanggungjawab yang memerlukan persediaan yg sebenar-benar persediaan..dan sy masih tidak bersedia kearah itu(noktah)

Sudah ada calon belum?
mudah...
zahirnya.."ntah laa"
tp sy sudah ada pilihan..
pilihan sy adalah menanti 'pemilik'terbaik yg telah Dia tentukan untuk sy.

ketika sedang berbicara dgn seorang teman yg telah 2 tahun bergelar isteri sy diasak dengan satu pernyataan yang saya sifatkan sebagai isu yang merimaskan..

"kamu terlalu memilih bukan? bukan kerana tidak bersedia..tp kerana kamu mencari yg terlalu sempurna"

(monolog)duhai insan yg kugelar sahabat..andai dirimu dapat membaca setiap yang terdetik di relung hati, tak perlu kau bertanya soalan ini..namun diri ini memahami yang dirimu tak mengerti..

Mencari yang terlalu sempurna??

saya sendiri tidak sempurna..wajarkah saya mencari yg sempurna..
sedangkan hakikatnya memang telah saya faham benar..tidak ada yg sempurna selainNya..
jadi bukanlah mencari kesempurnaan menjadi alasan kenapa sy tidak seperti dirinya yg menikah ketika dlm pengajian..
(sehelai kertas diambil..sy menconteng sesuatu diatasnya.."nah baca ni"..sambil dihulur pada dirinya yg bertanya)
Saya belum bersedia

-saya tidak sempurna..sy hanya mengharapkan seseorang yg terbaik sahaja yg menemani hidup sy pada masa hadapan..yg mampu menerima kekurangan saya kerana ketika mana Allah menentukan saya untuk menikah bererti pada waktu itu sy harus mempersiapkan diri sy menerima sgala kelebihan dan kekurangan insan yg bakal menjadi imam sebuah rumah tangga-

"fiza,ana ada sahabat tgh cari calon isteri.Enti kenal Y??(bukan nama sebenar),ana tgok enti sesuai untuk dia"

ayat seorang sahabat ketika bersembang di telefon.gelak besar sy ketika ini(maaf sahabat..bukan berniat memperlekehkan usahamu)
bila berhadapan dengan situasi ini memang nampak mudah..senang jawapan sy..
"dia mencari calon isteri..bukan sy.."(sambil menahan tawa)
sy hargai keikhlasan sahabat sy..bukan sekali dy cuba menjadi org tengah..malah 'calon' yg sering diusulkan juga baik2..cuma lagi sekali..alasan sy belum bersedia..

"Tak kan dalam hati ko tu langsung xde perasaan suka,langsung xpernah jatuh cinta..jgn tipu laa..x normal la kalau ko xde perasaan mcm tu..yg ko anti dengan couple knape?"

nah!!
ini soalan yg cuba menjerat..
Ya memang tipu andai saya katakan yg sy tidak punya perasaan itu..
Cinta itu fitrah..

“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
(jadi sy tentunya mahu bercinta untuk menyempurnakan separuh agama sy)

Cinta itu fitrah..fitrah yang tidak seharusnya menjadi fitnah..sy mahu bercinta,sy mahu dicintai tapi sy tak mahu 'bercouple' sebelum menikah.
Rasanya kalau ingin berbicara tentang hukum 'bercouple' ni mungkin hanya memanjangkan nota ini sahaja..bagi sy sememangnya ramai yg sudah jelas tentangnya..cuma ada yg cuba memejam mata dan terus menafikan..
Saya hanya ingin berbicara dari sudut rasa hati sy..ya cinta itu fitrah yg tidak seharusnya menjadi fitnah..cinta adalah perasaan suci yang seharusnya dijaga.
Sy tidak mahu bercinta disaat sy belum bersedia untuk mengakhiri status bujang kepada berkahwin..itu sahaja alasan sy..
apa pun yg ada di hati sy..hanya mengharapkan terus dikuatkan dan dilindungiNya..biarlah segalanya yg ada hanya Allah yg tahu dan menjaganya agar tidak menjadi fitnah kerana bg sy inilah fitrah yg harus dijaga..

(monolog)duhai hati...tuanmu bukanlah sekuat yang kau sangka dia adalah selemah-lemah umat manusia hanya jika kau kuat...dirinya juga akan kuat..

sy tidak larat untuk terus menulis(mata pedih)

soalan terakhir!!
Bagaimana kiranya Allah campakkan rasa bersedia padamu disaat ini??
(soalan dari hati sendiri)
(monolog)
Dia yg mencambahkan rasa cinta,Dia yg mengetahui sgala Rahsia..
bertemankan solat hajat dan istikharah..
hanya mampu mohon petunjuk..andai rasa itu sememangnya rasa yg tepat..
"semoga Dia menentukan yang terbaik untuk diriku,keluargaku dan agamaku"
....................................................................................
*terjawab*