Sunday, May 12, 2013

::::puisi tanpa tajuk:::

Awak..
Hidup ini kembara panjang
Menuju Tuhan

Awak..
Hidup ini bukan sekadar mencari bekal perjalanan duniawi
lebih dari itu hidup ini tuntutkan
akhirat menuntut perjuangan panjang
yang bersulam mehnah dan ujian

Awak..
Dunia ini bukan sekadar saya dan awak
kita, mereka nanti.. menuju jalan yang sama
mencari Redha Tuhan yang sama
dan.. dalam perjalanan itu,
awak, saya dan mereka nanti..
tak terlepas diuji

Dan semoga,
Tuhan,
kurniakan kekuatan iman..
pada saya
pada awak
pada mereka nanti
bila saatnya diuji

Dan semoga kelak
Tuhan redha
untuk kita, sama-sama
menjadi penghuni syurgaNya
selamanya..abadi..




Tuesday, May 7, 2013

Saya kecewa dan malu..

5 Mei saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia buat kali pertama.
Alhamdulillah..
Namun, kecewanya saya bukan bermula ketika keputusan PRU diumumkan. Bahkan keluarnya saja saya dari tempat membuang undi saya sudah begitu kecewa. Dakwat kekal yang didakwa kekal nampaknya 'indah khabar dari rupa'. Disapu dengan tisu pun sudah separa hilang, dibersihkan dengan air sabun apatah lagi. Dan malam itu, di berita SPR menafikan dakwaan dakwat kekal tidak kekal. Saya geleng kepala berulang kali. SPR tertelan dakwat RM 5 juta agaknya, sehingga mengeluarkan kenyataan dangkal sedemikian.
Hari mengundi saya demam. Bukan demam PRU, demam selsema. Kekecewaan saya bertambah lagi bila melihat cara media utama kita mengumumkan keputusan begitu 'bias', seolah sengaja mencetuskan kerisauan dikalangan pengundi Melayu.Racist! Kecewa lagi.

6 Mei, ya saya kecewa kerana mengetahui bahawa Malaysia masih dibawah pimpinan parti politik yang sudah terlalu lama mencetuskan situasi korupsi walaupun dengan kemenangan yang tipis.
Isu Magical Blackout, Banglasia, Dakwat, etc bermain2 di fikiran.
Saya cuba pasrah..
Allah tangguhkan lagi kemenangan rakyat yang mahukan perubahan. Bersabarlah, ada hikmah nya.. ada sesuatu yang perlu dimuhasabahkan.

7 Mei,
Saya sudah mula menerima kenyataan, sudah mula mahu meneruskan kehidupan seharian secara normal.
Namun kekecewaan saya berganda sekali lagi bila melihat akhbar2 utama Malaysia.
Mahu saya tanya, siapa yang melaungkan perpaduan dan siapa pula yang mencetuskan perpecahan?
Siapa yang menyanjung kata '1 Malaysia' dan siapa pula yang menghina lain bangsa?
Saya ada kawan cina
Saya punya kawan india
Saya Melayu..
Saya malu..