Tuesday, September 1, 2009

bermulanya bicara tanpa suara..

permulaan baru blog ini..
.......................

kenapa tiba2 hati ini meronta2 untuk kembali menyusun kata menjadi bait2 yang menceritakan pelbagai perkara,mengenai hidup,perjalanan waktu sehari2,suka duka laluan yg diharungi,kisah persahabatan,perasaan yg terbungkam jauh di dasar qalbi..
persoalan yg diri ini sendiri juga tidak mampu menjawabnya...

setiap insan melalui hari yg sama tetapi pengalaman dan cabaran yg berbeza.
ada yg di uji Pencipta dgn ujian yg berat,ad yg di Uji dengan ujian yg tidak seberapa..
namun sedarkah falsafah yg tersimpan di sebalik setiap pengalaman?
semuanya mengajar kita untuk berfikir,mentafsir,menilai dan bersyukur........

falsafah seorang aku...

hidup ini adalah pilihan disebalik ketentuan Allah
baik jalan yg dipilih insyaAllah maka baiklah ketentuan Allah diakhirnya
cuma terkadang pilihan itu disusuli dgn kesusahan,kepayahan sebagai ujian..
namun janji Allah pd org2 yg sabar dan terus berusaha tetap pasti beroleh kemanisan di akhir perjuangan...
hidup kerana Allah..
segalanya kerana Allah...

No comments:

Post a Comment