Tuesday, September 29, 2009

jalan ku pulang

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....
........................................................................................

pertama kali bait2 lirik diatas berbisik di corong telinga ku...hati aku sebak,air mata xtertahan...
seperti terpapar dihadapanku kesilapan2 yg pernah aku lakukan..bukan aku tidak pernah rasa menyesal..namun taubatku seperti bukan yg abadi..sering benar aku mungkiri janji2ku dengan Allah..
Allah...betapa Maha Penyayangnya Tuhan pencipta sekelian alam...
disaat aku lupa untuk mengingatiMu Kau tidak pernah membiarkan aku terus melangkah di lorong hidup yg salah...Kau uji aku dengan pelbagai ujian sebagai tarbiyyah buat diri ini...disaat aku terleka dengan dunia,keseronokan,keasyikan dan kecintaan fana...Kau teguri aku dgn kegagalan...
aku sedar Ya Tuhan..betapa diriMu terlalu agung..betapa cintaMu x terbanding dengan segala sesuatu yg wujud di dunia ini..
Tuhan...
jgnlah Kau biarkan aku tersasar haluan lg..
aku takut Ya Allah..takut sekiranya murkaMu membuatkan aku tidak bertemu jalan pulang..takut andai murkaMu menjadi penyebab untuk Kau menolak doaku...Ya Allah..diri ini terlalu hina berbandingMu..
Ya Allah..
jadikanlah aku seorang hamba yg telah Kau pilih untuk terus berada di jalanMu..tentukanlah segala yg terbaik untukku..
Ya Allah aku mengaharapkan keampunanMu yg abadi...ak tidak mahu tergolong dalam golongan yg menzalimi diri sendiri..
Ya Allah..bantulah aku yg masih bertatih meraih cintaMu..
izinkan aku mencintaiMu semampuku...

...Ya Allah, izinkan aku untuk kekal di atas jalan-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu hingga ke nafasku yang terakhir. Kurniakan aku dan seluruh ahli keluargaku taufik & hidayah-Mu agar kami tergolong dalam golongan orang2 yang bersyukur ke atas segala nikmat-Mu...

No comments:

Post a Comment