Wednesday, October 7, 2009

Bermusyawarahlah..

sy masih lg mencari-cari ruang untuk menulis dan menyampaikan sesuatu ilmu dgn susunan ayat yg lebih berkualiti.masih kurang ilmu hamba Allah ini. Apa yg mampu adalah menyatakn ilmu yg di dengar,dibaca dan dipelajari sekadarnya
dalam meniti kesibukan hr2 sebagai pelajar sempat juga saya membaca sebuah buku mengenai akhlak2 rasululllah. salah satu bab yg menarik perhatian saya adalah mengnai betapa pentingnya perundingan dalam setiap persoalan dan permasalahan

setiap dari kita,makhluk Allah bergelar insan ini pasti menemui persoalan2 dan permasalahan yg perlu diselesaikan secara bersama. sebagai contoh, dalam sesebuah keluarga,sekiranya si suami menghadapi masalah berkaitan keluarga,tentunya perlu berunding dengan isteri atau anak2 bg menyelesaikan masalah tersebut. Lebih penting lg sekiranya sesebuah persoalan atau masalah itu membabitkan kepentingan umat seluruhnya. rundingan sgt penting, kerana tanpa rundingan sudah tentu ada pihak akan merasakan dirinya diketepikan sedangkan dy juga merupakan salah seorg ahli masyarakat.

terdapat sesetengah pihak sering mengenepikan unsur rundingan di mana keputusan dibuat hanyalah hak raja2 atau pemimpin tertentu, yg mana cara ini dilihat sebagai diktator.(yg kerap dgunakan pemimpin gila kuasa)

Rasulullah S.a.w telah melaksanakan asas rundingan (permesyuaratan) sejak baginda dilantik menjadi Rasul. Di rumah al-Arqam bin Abi Arqam,baginda selalu bermesyuarat dgn para pengikutnya di samping melakukan penjanaan minda kepada mereka.Baginda slalu bermesyuarat dgn Abu Bakar di dlm bnyk persoalan, sehingga dikatakan bahawa Abu Bakar itu seakan2 berkedudukan sbg menteri baginda.

Dalam satu peristiwa, Rasulullah berjaya menghalau kaum Yahudi Bani Nadhir, baginda mendengar khabar bahawa bani nadhir tersebut telah bersubahat dgn golongan kafir quraisy untuk mnyerrang Madinah. Dlm menghadapi permasalahan itu baginda tidak bertindak sendirian dalam membuat keputusan melainkan bermesyuarat terlebih dahulu dgn para sahabat yg mahir dlm peperangan.
Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat:
"apakah kita mesti keluar menghalang mereka ataukah tetap di dalam kota Madinah?"
Dari pertanyaan baginda ini, maka terjadilah rundingan bersama yg dlakukan dgn begitu teliti dalam menetukan siasah perang mghadapi serangan org2 quraisy. Setelah bnyak pendapat diutarakan dalam rundingan tersebut, kemudian tampillah seorang sahabat bernama Salman Al-Farisi yg mencetuskan idea untuk membina parit di tepi kota Madinah yg boleh dijadikan benteng dr serbuan org2 Quraisy. Rasulullah mnerima idea tersebut dan akhirnya parit dibina sekitar kota madinah secara bergotong royong. Peperangan yg dimaksudkan adlah perang Khandak(parit). Kaum muslimin memperoleh kemnangan yg besar dlm peperangan tersebut, kerana asasnya adalah rundingan Rasulullah bersama pengikutnya.

Apa yg dicontohkan Rasulullah seharusnya diamalkan oleh umat islam pd masa kini. Semua mslh yg sukar mnjadi lebih mudah apabila asas rundingan benar2 ditegakkan. Saidina Ali a.s pernah bertanya kpd rasulullah mengenai urusan yg tidak terdapat dlm Al-Quran,
Baginda bersabda:
"kumpulkanlah org2 pandai dari kaum Muslimin.Kemudian jadikanlah perkara itu dalam permesyuaratan(rundingan) di antara kamu".
(riwayat Ibnu Abdil Barr)

Oleh sebab sifat mesyuarat itu adalah untuk mencapai kemuafakatan,ianya hendaklah diliputi dgn suasana yg aman,dengan akal yg sihat sesuai dengan nurani yg luhur.Dengan itu,tidak ada unsur paksaan,pakatan rahsia atau mahu menang sendiri tanpa mempedulikan pendapat org lain. Inilah hakikat mesyuarat atau rundingan,konsep Win-Win.
Apabila hakikat ini dipatuhi,keputusan yg baik dan adil akan tercapai,dimana semua pihak menerima keoutusan tersebut dengan senang hati.

Selepas perang Badar, Rasulullah menemui jalan buntu mengenai cara menangani masalh tawanan perang org2 quraisy. tetapi kesukaran itu tidak diselesaikan sendirian melainkan dgn bermesyuarat bersama pengikutnya.
Saidina Umar a.s berkata:
"ya Rasulullah,mereka adalah para pendusta yg telah mendustakan engkau,mereka adalah pembunuh yg memerangi engkau dan mereka jugalah yg mengeluarkan engkau. Oleh kerana itu berilah kesempatan kepada untuk membunuh mereka. Dengan demikian mereka akan tahu dalam hati kita sama sekali tidak ada rasa cinta terhadap org2 musyrik"

Pendapat Umar telah dipersetujui oleh Sa'ad bin Muaz dan Abdullah bin Rawahah.Mereka berdua bersetuju agar pendapat Umar itu dilaksanakn dengan Memenggal leher tawanan tersebut.
Abu Bakar pula berkata:
"Ya Rasulullah, mereka itu adalah ahlimu dan kaummu.Allah telah memberikan pertolongan dan kemenangan kpdmu dalam menentang mereka. Oleh kerana itu kami berpendapat biarlah mereka hidup sedang kepada keluarga mereka ditawarkan untuk menebus mereka jika mengkehendaki kebebasan. Dengan demikian tebusan itu boleh kita gunakan sebagai kekuatan untuk melawan org2 kafir.Kepada para tawanan yg telah bebas pula kita doakan semoga mereka mendapat petunjuk dr Allah,yg kemudian akhirnya mereka itu menjadi pembantu bg kita dlm menentang org2 kafir.
Setelah mendengar pendapat Abu Bakar,Rasulullah s.a.w bersabda:
"sesungguhnya Allah sgt berkuasa melembutkan hati semua kaum hingga menjadi lebih lembut dr air susu,dan juga berkuasa mengeraskan hati semua kaum sehingga lebih keras daripada batu.Wahai Abu Bakar, kamu seperti Nabi Ibrahim yg berkata,:"sesiapa mengikuti aku maka sesungguhnya dia termasuk dalam golonganku.Dan sesiapa menderhakai aku maka sesungguhnya Engkau adalah Zat yg Maha Pengampun lg Maha Penyayang".dan engkau pula Umar,seperti Nabi Nuh yg telah berkata:"wahai Tuhanku,janganlah Engkau biarkan seseorang pun di antara org2 kafir itu tinggal di bumi ini"
Setelah selesai memuji kedua sahabatnya,Rasulullah akhirnya memilih pendapat Abu Bakar.
sesungguhnya apa yg dilakukan Rasulullah dalam rundingan merupakan suri tauladan yg seharusnya dicontohi umat islam,di mana inti rundingan adalah mencari titik persamaan dr beberapa pendapat tanpa menyinggung perasaan yang lain. Dalam hal ini baginda telah bertindak secara bijaksana dan penuh hikmah,sehingga walaupun pendapat Abu bakar yg diterima namun tidak terdapat tanda tidak puas hati dr Umar.kerana kedua sahabat itu sedar bahawa pendapat yg mereka kemukakan mempunyai tujuan yg sama iaitu meninggikan darjat agama Islam dan menghinakan org2 musyrik,sebagaimana tersirat dalam di dalam pujian Rasulullah kpd mereka.

Dalam satu peristiwa lain,dimana ketika terdengar berita kewafatan Rasulullah,hampir terjadi perselisihan diantara sesama umat Islam,terutama di antara golongan ansar dengan golongan muhajirin. Mereka saling berebut kekuasaan untuk meneruska pemerintahn Islam di Madinah.Golongan Ansar merasa berhak menguasai pentadbiran drp golongan Muhajirin. Demikian juga kaum Muhajirin, menganggap bahawa merekalah yg berhak menduduki pemerintahan meskipun mereka bukanlah penduduk asli Madinah. Perselisihan pendapat itu hampir2 membawa malapetaka dlam pemerintahan Islam. Tetapi berkat rundingan di anatara mereka berdasarkan iktikad yg baik,dan hati yg ikhlas,akhirnya tercapailah keputusan yg disepakati bersama dimana Abu Bakar berhak menduduki kerusi khalifah di Madinah selepas kewafatan Nabi S.a.w
itulah hikmah disebalik sesuatu rundingan. Segala urusan yg membabitkan politik,ekonomi,kemasyarakatan dan peperangan perlulah diselesaikan dengan rundingan. Sepertimana firman Allah:
"Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bertawakal kpdNya"
(surah Ali Imran)
Berdasarkan firman Allah,dapatlah kita fahami bahawa rundingan merupakan 1 asas penting dalam kehidupan bermasyarakat disamping konsep bertawakal kepada Allah. Melalui runingan InsyaAllah dipermudahkan segala urusan dan permasalahan yg terjadi dikalangan umat Islam.

2 comments:

  1. erm~ tapi apsal kita xpnah bermusyawarah sape kne blanje sape klu tym nk kua ek??

    ReplyDelete
  2. yg tu nk menunjukkan bahawa kna phm sendiri la turn sape blanje..yg penting sape nk g raye umoh sape raye haji ni..kna la bermusyawarah..hehe..[pesanan ringkas]...bawak la blake adik2 comel tu

    ReplyDelete