Sunday, October 11, 2009

..tutur seorang adik..

10 Nov ’89 menjadi aras pemula pada garisan masa hidupku. Hasil perkahwinan Ghazali Sulaiman dan juga Zakiah Alias mewujudkan anak sulung mereka di alam dunia ini. Laungan azan abah cukup menusuk kalbu sebagai kalimah pertama terngiang di telinga menandakan aku lah pemikul harapan mereka, pengikat kasih sayang mereka, pengubat penantian mereka setelah kira-kira 9bulan 10hari aku menginap di rahim bonda. Garapan ilham bernas mereka, tercetuslah nama Mohamad Izzat Ghazali sekaligus menjadi milik mutlaq aku sehingga hari ini. Izzat artinya kemuliaan. Tergalaslah impian besar ayah bonda di pundakku untuk merealisasikan doa-doa mereka. Akulah medan amanah mereka, wadah mereka bereksperimentasi mewujudkan sebuah baitulmuslim idaman setiap insan bergelar Muslim. Dengan penuh kasih sayang, aku dibesarkan sehingga menjadikan aku yang sekarang.
Mendapat tarbiyyah awal dari ustazah bergelar mak sejak dari lahir lagi. Kerjaya beliau sebagai guru PASTI pada ketika itu banyak membantu proses pembelajaran aku. Mengikuti pendidikan pra-sekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam Al-Husna, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu sebelum menjejakkan kaki di SK Durian Mas 2. Dengan penuh redha, aku dilepaskan dari keluarga pada usia 13 tahun untuk menelesuri hari-hari sendiri tanpa keluarga di Sek Men Sains Dungun. Batch 0206 akan tetap terenap abadi lambangan garapan memori sepanjang di sana. Dengan keputusan SPM, aku ditawarkan untuk melanjutkan pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sehingga artikel ini ditulis, aku adalah penuntut 1st year 2nd sem , di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law ( AiKOL).
Mengejar impian utk menjadi seorang [pemilik masa depan], abang sulung 9beradik ini pernah mengikuti PLKN 1st intake usai tamat peperiksaan SPM di Kem deBana , Jempol.Membuang banyak masa dengan bermain game (Football Manager, PES, Age of Empire), baca buku (yang dipinjam dr Daniel), dan bermeditasi sambil tidur (penting utk tumbesaran otak). Aktif hidup berpersatuan lantaran sangat berpegang kepada mafhum pepatah arab ; rosak air lantaran tidak mengalir, rosak zaman pemuda lantaran tidak bergerak (statik). Mneyedari sangat banyak kebaikan mengaktifkan diri dalam society menjadi mangkin untuk aku menafkahkan hidup ini utk berkhidmat kepada orang lain. “Sesungguhnya yang paling baik di kalangan kita adalah mereka yang paling berguna kepada org lain”.
Kudedikasikan blog ini khasnya utk ahli keluarga, (abah, mak, angah, ateh, achik, alang, uda, abang, kak dan adik), sanak saudara, kaum kerabat, sahabat handai rakan taulan, warga AIKOLians keseluruhannya, SemesDian dan umumnya kepada seluruh warga hambaAllah. InsyaAllah, besar harapanku agar tarbiyyahhati.blogspot ini sedikit sebanyak dapat , memberikan manfaat kepada kita semua, baik dari sudut perkongsian ilmu, medium utk release tension ataupun sekadar penghibur. Semoga rahmat Allah akan senantiasa menaungi kita. Wallahua’lam~

2 comments:

  1. time kaseh e..lain kali post g ape2 yg bleh dikongsi....tolong kak gok..hhehe

    ReplyDelete