Tuesday, October 6, 2009

Ujian Allah


ujian Allah merupakan ketahanan iman seseorang dalam menghadapi sesuatu dugaan lahir dan batin yg mana mempunyai hubung kait dengan kehidupan di akhirat. sekiranya iman seseorang teruji,dan dia berjaya menghadapi ujian tersebut,insyaAllah pengakhiran yg baiklah buat dirinya.

ujian dtg pada setiap golongan x kira kaya,miskin, tua atau muda,Islam atau kafir. daripada teruji kosong begitu lebih baik diuji dalam keadaan islam,yg mana pahala yg menanti diatas kesabaran menghadapi ujian itu berlipat ganda.

Kenapa kita diuji?
1)untuk menghapus dosa
2)untuk mengangkat darjat seseorang

ringkasnya para pembaca sekalian..Allah nak bg pahala pd mereka yg SABAR menerima ujian dariNYa

terdapat dua bentuk ujian:
1)ujian berbentuk susah(ujian seperti kemalangan,kesempitan hidup,kematian seseorg yg disayangi)
2)ujian berbentuk senang(nikmat hidup,kemewahan,harta benda,pangkat dll)

dari kedua ujian ini,ujian berbentuk nikmat lebih payah untuk di hadapi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kita kembali dari Perang Badar, kepada perang yang lebih besar".
terkejut para sahabat..
"iaitu perang melawan hawa dan nafsu"
maka kepada yg diberi nikmat dunia oleh Allah,pangkat dan kemewahan atau segala nikmat dunia itu berhati-hatilah. tidak semua nikmat yg diberi itu disertai keredhaan Allah. Ada nikmat diberi tanpa keredhaan Allah yg mana disebut sebagai istidraj.

Rasulullah bersabda:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ".
kemudian baginda membaca ayat 44 dan 45 surah Al-An'am yg bermaksud:

"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45
(surah Al-An'am)

inilah hakikat ujian kenikmatan..

saya terbaca dari satu artikel mengenai hakikat ujian itu adalah untuk mengenal sejauh mana mazmumah diri dan ujian aqidah

Kenal Tahap Mazmumah Diri
Banyak orang tertipu dengan diri sendiri. Ramai beranggapan dirinya hebat, tabah, sabar dan tidak mudah melenting bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar.Betul kah demikian?.Firman Allah SWT,
"Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji".

Maka, dengan ujian tersebut kita boleh ketahui secara tak langsung akan nasib kesudahan hidup kita di akhirat, kelak!.Sebab orang yang tidak sabar, pemarah dan mudah melenting, tandanya sifat2 mazmumah masih menebal dalam dirinya. Jika tidak diproses buang semasa di dunia ini, alamat tak melintas lah di titian Siratul Mustaqim, esok!.Perkara ini disebut oleh Imam Ghazali r.a. dalam Kitab Ihya, bahawa apabila kita nak melintas Siratul Mustaqim kelak,.. kita akan dapati banyak halangan2 berupa pengkait atau sabit di atasnya!. Katanya, pengkait2 tersebut adalah jelmaan dari sifat2 Mazmumah semasa kita hidup di dunia.Jika kita ada 20/30 macam sifat2 mazmumah, seperti dengki, irihati, riak, ego, dsb.nya, maka ia akan menjelma menjadi 20/30 berupa pengkait di atas titian Siratul Mustaqim!. Kalau terkait pada langkah kaki kita, terjerumuslah ke bawah.. ke dalam api neraka jahanam.Oleh itu, perhati2kan diri semasa menerima ujian. Supaya apabila kita memproses sifat2 mazmumah itu tadi, biar kena pada tempatnya(ubatnya).pandai2lah mencari kaedah untuk memperbaiki sifat2 mazmumah supaya ianya benar2 berkesan dan selamat.Sebab, lain orang, lain ubatnya walaupun mempunyai mazmumah yang sama. Kerana hati orang lain-lain!.Yang pasti, kita mahu highway kita di atas titian Siratul Mustaqim, 'clear' tak ada rintangan..... terus sahaja ke dalam Syurga bersama segala kenikmatannya.

Ujian Aqidah
Ujian paling berat, ialah ujian berbentuk AQIDAH. Iaitu apabila orang ramai menyesatkan pegangan kita. Lebih2 berat lagi, ialah apabila Tok Guru sendiri (yang mengajar, mendidik dan mengasuh kita selama bertahun2 ), tiba2 menyesatkan kita!. Samada saja nak ‘test’ atau memangpun betul!. Wallahualam!. Tetapi begitulah, keyakinan terhadap sifat2 Allah dan rukun2 iman yang lain, mesti diuji!. Di`test’ dahulu sebelum diperiksa di Padang Mashyar kelak!. Di mana salah, dan di mana silapnya kita kena tahu. Sebab nak bawa benda `aqidah’ ni, mengadap Allah Taala esok, bukan boleh buat main2. Harus jadi pegangan yang kental dan jitu dengan 100% jazam!. Kalau sekadar 99.99% yakin, Allah SWT masih akan menolak amal kebajikan kita!. Tidak ke sia2 punya hidup. Disangka bakul penuh pahala, tetapi sampah sepenuh raga!. Maknanya, menerusi ujian2 itu, tidaklah `aqidah’ kita last2 minit di check di Padang Mashyar.Di dunia inilah kita buat pembetulan lagi!. Kerana dapat tidak, setiap orang mesti ada kesalahan ‘syirik khafi’ di dalam amalannya.

Berkata ulama, “Syirik Khafi itu umpama semut hitam, berjalan di atas batu hitam, di malam yang gelap pekat”. Maksudnya, sukar untuk dikesan!. Ringkasnya, ujian itu perlu untuk mengetahui kedudukan iman kita. Kalau tidak, Allah tak sebut pulak, “Bagaimana engkau mengatakan diri engkau beriman, sedangkan engkau belum diuji”. Dan, iman ini ada peringkat2nya, iaitu Iman Takliq, Iman Ilmu, Iman Ayan, Iman Hak dan Iman Hakikat.Hanya Iman Ayan ke atas sahaja yang bebas dari api neraka Allah SWT. Disebut, tahap ‘intensiti’ aqidah hendaklah Qatie dan Jazam 100%. Keyakinan tersebut hendaklah meliputi seluruh 6 Rukun Iman, di mana keyakinan kepada sifat2 Allah SWT adalah yang pertama dan utama sekali yang perlu dipelajari.
Sebagaimana sabda Nabi SAW, “Awal-awal agama ialah mengenal Allah”.
Untuk mengesahkan pengenalan kita kepada Allah SWT, ia mesti berasas 4 syarat, iaitu:-
1) Percaya adanya Allah SWT.
2) Jazam yang qat’i (tidak syak, zan atau waham).
3) Selari dengan yang sebenar (tidak beranggapan tuhan itu ada belalai, 10 tangan, dll).
4) Mesti ada Dalil.
Pegangan yang tidak berasaskan kepada empat syarat di atas, dikira menyeleweng., atau disebut beriman Takliq!

apa yg disampaikan sekadar untuk dikongsi bersama,menjadi bahan untuk koreksi diri..

No comments:

Post a Comment