Friday, October 16, 2009

Ya Allah..jgnlah Engkau bolak balikkan hati kami..


baru beberapa hari sy tinggalkan blog tercinta ni tidak berupdate..terasa rindu pula.
Alhamdulillah,sempat sy mencuri sedikit waktu untuk mencoret sesuatu di blog ini..sebenarnya qalbu saya sering berbicara,seperti mengarahkan sy untuk menceritakan sesuatu sbg pengajaran untuk diri sy dan juga pembaca laman 'bila qalbu berbicara' ini..

beberapa hr lepas sy bertemu dengan seorang sahabat lama..yg mana dulu sy mengenalinya dalam 1 program beberapa tahun lepas..selama sy mengenalinya,bg sy dia adalah seorang kawan yg baik,sgt menjaga waktu solat,bertudung labuh,sopan dll..dia juga menjadi bualan rakan2 dalam kumpulan sy ketika itu..yg mana msing2 mengagumi kawan sy ni..sungguh saya katakan dalam program itu dia sgt disegani..apabila dia melontarkan pandangan..tiada yg membangkang,apabila dia memberi nasihat, sgt2 terkesan di hati sesiapa yg dinasihatinya..

Tapi,sgt mengejutkan sy apabila bertemu kembali dgnnya baru2 ni..bukan lah niat sy untuk mengaibkan sesiapa..tp sekadar pengajaran buat diri sy juga..dia sudah jauh berubah..tiada lg tudung labuh menghiasi dirinya..hampir sy tidak mengenalinya ketika sy t'dengar seseorang memanggil nama sy..dan apabila sy menoleh seorang gadis yg berambut 'perang' muda yg cantik(jauh lebih cantik ketika dia bertudung)..dalam ht sy seolah tidak percaya...
sewaktu dia memeluk sy,katanya rindu,terasa sebak di hati sy..sebak dengan pertemuan ni..hampir 3 tahun kami terputus hubungan..tp akhirnya sy dipertemukan dgn seseorang yg sudah jauh berbeza..
kalau dulu..dia selalu bertanya sy.."fiza xnak cuba pkai tudung labuh?"..sy hanya mampu menjawab..insyaAllah..kerana waktu itu sy selesa bertudung biasa,..sekarang??perlukah sy pula yg betanya pada dy "xnak cuba bertudung,lg manis?"...
sy sempat berbual dengannya..sempat sy bertanya.."knapa lain sekarang?"..jawapan yg saya dapat dr dy hanya senyuman dan 1 ayat yg membuatkan sy hairan.."Tuhan pilih awk untuk berubah jd lebih baik..tp bukan sy fiza"...
tersentak sy bila dia memberikan jawapan seperti itu..
sy xmampu nak berkata apa2..
dalam hati sy...terdetik..
kita x tau apa yg akan jd pada diri kita akan datang..
mungkin lebih baik..
mungkin lebih buruk..
mungkin jugak langsung tiada perubahan..

semoga Allah memilih kita untuk menjadi hambanya yg sentiasa cuba menjadi yg lebih baik..
semoga perjalanan hidup kita setiap waktu adalah ke arah yg lebih baik..
doakanlah agar hidup kita,keluarga dan sahabat2 kita supaya tergolong dalam golongan yg mendapat hidayah Allah...

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"
.......................................................................................
semoga saya dipertemukan kembali dgn dia yg saya kenali dulu..
Ya Allah..
lindungilah sahabatku..
jadikanlah dia tergolong dalam hambaMu yg mendapat hidayah...

5 comments:

  1. Salam...
    Izinkan peter bagi pendapat sikit.
    Ada juga pengalaman begini. Pada hemat peter, masalah ini adalah masalah susah nak istiqamah. Berubah itu mudah, istiqamah itu payah. Nak jadi orang baik, senang saja. Hari ini penjahat, esok boleh jadi warak. Tapi, bolehkah berterusan jadi warak?
    Sabda Nabi SAW, "amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang sedikit dan berterusan".

    Pesanan peter, berubahlah perlahan-lahan. Kalau hari ini tak solat langsung, esok cuba buat satu. Bagi konsisten dengan satu. Bila dah konsisten, tambah satu lagi. Tak perlu terburu-buru. Rujuk saifulislam.com; jangan terburu-buru.

    ReplyDelete
  2. peter..
    sy sygkan shbt sy tu..
    sedih rasenya bila dia jd macm tu..

    ReplyDelete
  3. erm~ menarik nih~

    hehe~ adik rasa r kn kak~

    hidayah milik Allah~

    ReplyDelete
  4. hidayah milik Allah..sebab tu kite selalu doa kan???moga Allah berkenan bg hidayah kt kite..

    ReplyDelete
  5. hidayah milik Allah sama2 lah kita mendoakannya =)

    ReplyDelete