Saturday, May 29, 2010

Antara Majikan dan Tuhan..

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

Hadis mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Baru-baru ini 2 orang sahabat saya diterima bekerja 'part time' di sebuah pasaraya di shah alam. Memandangkan cuti semester hampir 2 bulan, keduanya memang merancang untuk menambah pendapatan. Majoriti pekerja di situ adalah Melayu yang tentunya beragama Islam. Shif mereka dari pukul 10 pg hingga 7.30 mlm. Pada awalnya kedua sahabat saya rasa semuanya ok.Bila masuk waktu zohor mereka sempat menunaikan solat memandangkan ketika itu adalah waktu rehat. Ketika masuk waktu asar, salah seorang sahabat saya bertanya kepada seorang kakak yg juga pekerja sepenuh masa disitu mengenai waktu untuk solat,adakah boleh keluar sesuka hati atau secara bergilir. Jawapan kakak tersebut mengejutkan sahabat saya. "sebenarnya dik,xleh kuar solat. Selalunya kitorang qada' bila balik malam nanti".
Sahabat saya rupanya terlepas pandang pada kata-kata manager tempat kerjanya itu sehari sebelum mereka memulakan kerja. "95% pekerja kat sini malay.Bila masuk waktu solat xkan nak tutup kedai. Bankrap la nanti"..inilah kata2 manager tersebut yang sememangnya non muslim yang x faham tentang kewajipan solat bagi org muslim. Kedua sahabat saya akhirnya curi2 keluar untuk menunaikan solat.Dan esoknya yg sepatutnya merupakan hari kedua mereka bekerja disitu, akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak lg bekerja disitu..

Memang jika dilihat dalam situasi yang diceritakan apa yang kita nampak adalah diskriminasi terhadap pekerja muslim. Tapi apa yang lebih menjadi isu pada saya adalah betapa ada dikalangan muslim yang memandang mudah soal solat. Kerana takutnya dibuang kerja,risaunya majikan marah solat diketepikan. Sedarkah kita siapa memberikan kita rezeki? Takutkan majikan lebih dari takutkan Allah..
Kenapa tidak dicontohi Sumayyah, seorang hamba yg sanggup menggadaikan nyawa,syahid kerana sedar akan seluruh jiwanya adalah milik Tuhan bukannya milik tuan. Bila kita berkerja seharusnya kerja itu menjadi satu ibadat apabila dilakukan ikhlas kerana Allah,menjaga hak dan perintah Allah ketika bekerja.Allah yang memberikan rezeki,Allah lah jua yang memberi keberkatan di atas setiap hasil usaha hambanya. Jika bekerja sekuat mana pun andai hak Allah tidak dijaga dimana keberkatan atas setiap hasil pekerjaan itu?

DariJabir r.a. katanya
Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Yang kita kejarkan adalah akhirat,bukan dunia semata-mata..Bukalah mata hati,tanyalah iman, berfikirlah dengan akal kurniaan Tuhan.. apa yang lebih penting dalam kehidupan kita?

"Ya Allah jadikanlah kami golongan yang sentiasa bersyukur atas kurniaanMu, yang takut akan kemurkaanMu dan sentiasa istiqamah mencari redhaMu"


No comments:

Post a Comment