Saturday, July 24, 2010

Mahu aku bicarakan tentang dirimu
dalam lembaran naskhah-naskhah
yang ku garap dengan kasih keranaNya
mahu aku lakarkan wajah tulus hatimu
yang membenarkan aku sebagai temanmu

ketika kau lafazkan bicara menyakitkan
aku rasakan itu bicara indah untukku
ikhlas
kerana kau cuba meluruskan pincangku
ketika kau tuturkan nasihat halus
lembut dari lisanmu
itu adalah kasihmu
mengingatkan aku
agar tidak tersasar kesesatan

tangan yang kau hulurkan
membangunkan aku dari rebahku
lantas kau bawa aku melalui denai perjuangan dengan tuntunan
tidak pernah kau lepaskan aku menapak sendirian

Teman
bicara ini untukmu
untuk teman yang sentiasa bersamaku
dalam getir dan senang
dalam lara dan tawa

Teman
janji kita
mahu ke syurga
bersama
dirimu,diriku juga mereka.


bintu 'ali




1 comment: