Monday, October 12, 2009

bintu 'ali menulis..salam imtihan

Ucapan salam buat pengunjung laman 'bila qalbu berbicara' milik seorang 'abdullah yg naif dan kurangnya ilmu..

Jari jemari ini bagai dipujuk,tergoda untuk menyusun kalimah. Mungkin 'bintu 'ali' terfikirkan kesibukan yg bakal melanda dirinya memandangkan imtihan dunia akan menyusul membuatkan dirinya ingin menulis sesuatu sebelum meninggalkan laman ini bersawang dalam satu jgka waktu yg agak panjang.

bintu 'ali terdetik untuk menulis tentang IMTIHAN

setiap insan pasti melalui saat2 diuji,tidak kira sebesar manapun ujian tersebut. Sejauh mana seorang abduh dapat melepasi imtihan ttersebut bergantung pada usaha dan kesabarannya..bintu 'ali sgt takut pada kegagalan..lemah sungguh insan ini..pernah diri ini merasa usaha yg dilakukan adalah yg terbaik,yg termampu tp hasilnya tidak lah seperti yg diharapkan. Apabila difikirkan,saat diri bintu 'ali cuba berusaha untuk memperoleh kejayaan dalam imtihan dunia,diri lupa tentang sesuatu...segalanya perlu diserahkan kepada Allah.Usaha,usaha dan usaha kemudian brdoa dan bertawakallah..lemahnya bintu 'ali kerana sering lupa untuk berdoa..atau mungkinkah usaha bintu masih kurang..MUNGKIN.

Imtihan kali ini bintu 'ali mengharapkan sesuatu pengakhiran yg membuahkan hasil lebih baik..

bintu 'ali ingin berkongsi doa seorang sahabat dalam satu sms yg telah lama disimpan.



Ya Allah
permudahkanlah sahabat yg ku kasihi ini menduduki imtihan duniaMu
Jdkanlah debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu
dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi IlmuMu
Terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaan Mu
belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dr mengharapkan selain dariMu

Wahai Allah yg Maha Pengasih
ku rela cagarkan satu2nya simpulan ukhwah nan rapuh ini andai ia mampu menjadi mahar agar sahabatku ini layak mendapat perhatianMu
kerana ku tahu tiada yg lebih membahagiakannya melainkan kejayaan di jeti persinggahan ini untuk dibawa pulang ke kampung akhirat kelak

Amin..


doa ini dipanjatkan buat sahabat2 sekelian..selamat berjuang menempuh imtihan dunia..

Di saat bintu 'ali gelisah menanti waktu untuk berdepan dgn imtihan di bumi UITM ini,wajah mak dan ayah sentiasa terbayang bersama harapan besar kedua mereka..

Rindu pada mak yg slalu memberi semangat pada bintu 'ali..yg selalu mendidik bintu 'ali..yg selalu berkorban untu anak2nya..

Selalunya sebelum imtihan, bintu 'ali akan pulang mohon restu dr mak dan ayah..tp kali ni bintu 'ali seakan tidak nampak ruang waktu yg boleh dicuri untuk bintu 'ali menghadap mak dan ayah..terlalu bnyak komitmen dan urusan yg masih belum dilunaskan di bumi tempat bintu 'ali berjuang mencari ilmu ini..Rindu bintu 'ali pada ciuman kasih seorang ibu yg penuh harapan


...........menumpang disegenap ruang.............
yg ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik didalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu
setitis air mata ibu
yg gugur kerana kesedihan
segaris luka dihati ibu
kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga
jika tiada keampunannya
azimat ini kutanam dilubuk hati yg dalam


risau bintu 'ali memikirkan,mungkin pernah bintu 'ali mengguris hati mak...
mungkin juga pernah bintu 'ali mencalar hati ayah..dua insan yg teramat penting dalam hidup bintu 'ali ini..

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
x pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mngajarku
erti kekuatan


Ya Allah

ampunilah bagiku segala dosaku

dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya

sebagaimana mereka memelihara dan mengasihiku di masa kecil


buat mak dan ayah

anakmu ini teramat menyangi kalian

moga kesejahteraan Allah keatas kalian

sentiasa terlimpah dengan rahmat dan redhaNya

setiap hari

setiap detik

dan sepanjang waktu


Ya Allah

jadikanlah hambaMu ini seorang anak yg soleh

yg tidak Engkau tolak doanya keatas kedua ibu bapanya



Juga buat insan2 istimewa yg hadir dalam hidup bintu 'ali...bintu 'ali menyangi kalian kerana Allah.


tika ku ke alpaan kau bisikkan
bicara keinsafan
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
saat ku kehilangan keyakinan
kau nyalakan kan harapan
saat ku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNya mengatasi segala


bintu 'ali panjatkan kesyukuran pada Allah,yg telah menghadiahkan sebuah ikatan persahabatan di antara bintu 'ali dan sahabat2 seperjuangan,insan2 istimewa yg bnyak mendorong bintu 'ali untuk terus berada di bawah tarbiyyah, kawan2 yg sentiasa membantu disaat bintu 'ali kepayahan, rakan2 yg sering menjadi penghibur dikala bintu 'ali disapa kedukaan.Moga Rahmat dan Redha Allah sentiasa bersama kalian...


akhirul kalam..

syukran jazilan buat semua yg menjadi pendokong buat bintu 'ali yg mejadi sumber inspirasi dan kekuatan seorang insan yg lemah ini..

wslm..






2 comments:

  1. waah~ besh btol lagu ayah 2 kn??

    sape r yg introduce dy kt kak ek?

    power nyer budak 2~

    ReplyDelete
  2. anak ustaz ghazali yg kabo ke kak..

    haha...

    ReplyDelete