Tuesday, November 17, 2009

CUTI SEMESTER: ANTARA HIDUP DAN MATI

Kebanyakan siswa siswi seluruh IPT di Malaysia pada waktu ini telah mula bercuti. Selepas berhempas pulas dengan peperiksaan akhir semester, tiba waktu untuk merehatkan minda seketika. Hanya seketika...
Percutian yang hampir 2 bulan atau ada sesetengahnya mungkin lebih dari itu merupakan satu jangka waktu yg seharusnya diisi dengan sesuatu yg boleh menjadikan kita sebagai manusia yg 'HIDUP' dan bukan manusia yang 'MATI'.
Jadilah insan hidup yang memanfaatkan waktu lapang dengan sesuatu yang bermanfaat pada diri dan juga orang lain mungkin..
Kenapa tidak terus menuntut ilmu bagi mengisi kelapangan yg ada?
Bagi pelajar kejuruteraan,di waktu cuti inilah ruang untuk belajar sesuatu di luar bidang kejuruteraan,begitu juga pelajar perubatan,undang-undang dan sebagainya.

Kita dituntut untuk terus belajar.Menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan.
Allah pernah berfirman kepada Nabi Daud
" Ya Daud, pakaikan dikakimu kasut daripada besi dan bawalah tongkat besi dan pergilah menuntut ilmu sehingga kasutmu carik dan tongkatmu pecah"

Jika difikirkan sudah tentu kasut besi tidak akan carik dan tongkat besi tidak akan pecah.. Apa yg tersirat di sebalik firman Allah ini adalah, Nabi Daud dituntut oleh Allah untuk menuntut ilmu sepanjang hayat. Begitulah pentingnya ilmu untuk dituntut oleh setiap manusia sepanjang hayat. Ilmu yang paling penting bukan sahaja ilmu keduniaan tetapi ilmu untuk menjamin keredaan Allah yang menjadi bekal perjalanan menuju akhirat.

Saya menulis kerana ingin belajar. Belajar dari apa yang saya baca,lihat,dengar dan lalui. Setiap waktu kita sekiranya diteliti sehalus-halusnya adalah melalui proses belajar. Secara mudahnya, pengalaman kita adalah ilmu yang mengajar diri kita sendiri. Setelah membedah beberapa buah buku selama 2-3 hari bercuti, saya telah memahami sesuatu yang jarang saya fikirkan selama ini yakni sesuatu 'antara hidup dan mati'. Kadang2 waktu lapang yang panjang menjadikan kita manusia hidup yang mati. Bernafas,bergerak tetapi akal dan hati mati untuk belajar,berfikir dan bermuhasabah.
'cuti semester nak cover tido sebab x cukup tido sepanjang exam'
'cuti semester nak tgok tv puas2'
'cuti ni leh la layan facebook 24 jam'
Beberapa ayat yg mungkin biasa kita dengar. Tidak ada salahnya dengan tidur, tapi biarlah berpada-pada. Juga tidak ada salahnya dengan menonton tv, tapi jgnlah sehingga lalai dengan tanggungjawab terhadap Allah,dan juga biarlah apa yg ditonton itu merupakan satu perkara yg boleh memberi manfaat,pengajaran dan ilmu yang berguna.

Dalam menuntut ilmu tidak mengenal waktu, dan juga tidak mengenal sesiapa. Sehingga setiap dari kita dapat mengembangkan potensi yang diberikan oleh Allah Swt kepada kita dan sampai kepada kesempurnaan yang diharapkan. Kerana itulah, agama menganggap bahawa menuntut ilmu itu termasuk sebahagian dari ibadah. Ibadah tidak terbatas kepada solat, puasa, haji, dan zakat. Bahkan menuntut ilmu itu dianggap sebagai ibadah yang utama, kerana dengan ilmulah kita dapat melaksanakan ibadah-ibadah yang lainnya dengan betul.

Jadi berterusanlah kita dalam menuntut ilmu. 'Semester break' bukanlah bererti masa untuk kita bersukaria dengan perkara2 yang melalaikan, tetapi manfaatkanlah masa yang ada ini untuk belajar. Ingatlah, mungkin juga usia kita tidak sempat mengejar seluruh waktu cuti ini,kita mungkin dipanggil menghadapNya bila-bila masa sahaja. Jadi, ketika masih berkesempatan menjadi manusia yang hidup, manfaatkanlah title 'Manusia Hidup' ini dengan hidup dalam menuntut ilmu. Janganlah menjadi manusia hidup yang mati tanpa berbuat apa2 atau manusia hidup yang mati dengan keseronokan. Apa yang lebih utama adalah belajar tentang sesuatu yang dapat mendekatkan diri kita kepada keredhaan Allah,dan saya pasti kita semua tahu Ilmu yang bagaimana dapat membantu kita me 'renovate' diri dan iman kita. InsyaAllah, Ilmu yang baik menghasilkan sesuatu yang baik buat diri kita semua.

:koreksi diri-jgn asyik sgt berfacebook,ym..blaja..blaja..pesanan ringkas untuk diri sendiri

No comments:

Post a Comment