Wednesday, November 18, 2009

Belajar Menerima Kritikan

Setiap org mempunyai sikap dan pandangan tersendiri terhadap sesuatu perkara atau seseorang. Setiap orang mempunyai naluri untuk mengekspresikan apa yang dirasakan terhadap sesuatu perkara itu sama ada menerima,menolak,bersifat natural atau sebaliknya. Dalam konsep kehidupan manusia salah satu elemen yang ada adalah kritikan. Kritikan merupakan satu perbuatan yang membawa kepada pertimbangan atau penafsiran juga sinonim dengan analisis. Pengkritik pula ialah penyokong sesuatu pendirian yang menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang dikritik.
Apa pula kritikan yang membina dan apa pula yang dimaksudkan dengan kritikan membunuh?

Kritikan membina merupakan analisa yang memberi kesan positif terhadap orang yang dikritik. kebiasaannya kritikan membina lebih mengutamakan penghargaan dan motivasi yang dapat membina emosi orang yg dkritik ke arah yang lebih positif. Manakala kritikan membunuh pula selalunya bercampur aduk dengan hasad dengki, rasa ingin menjatuhkan orang yang dkritik dan selalunya membuatkan org yang dikritik menjadi lemah,marah atau rendah diri yang terlampau. Kritikan yang membunuh selalunya bertujuan mencari kesalahan orang lain sehinggakan kesilapan diri sendiri tidak pernah cuba untuk diperbaiki.

Kebanyakan dari kita takut untuk menerima kritikan dan takut untuk mengkritik. Sedangkan sekiranya kritikan itu dilihat dari sudut yang positif, ianya dapat menjadi medan untuk sesorang membina dan menjana potensi diri supaya dapat dipacu ke arah yang lebih baik.

Dalam kehidupan, kita tidak boleh lari dari kritikan. Mungkin kebanyakannya kritikan bersifat negatif tapi kita seharusnya menilai kritikan itu dengan kritis dan berlapang dada. Mungkin kritikan itu ada betulnya dan memerlukan kita untuk koreksi diri supaya apa yg dinilai negatif oleh org lain dapat kita perbaiki sehingga menjadi positif. Seseorang yang bijak,rasional dan matang akan mengambil kritikan itu sebagai satu cabaran untuk mencapai kejayaan.

Dalam menghadapi kritikan, kekuatan emosi amat penting kerana setiap org yang mengkritik mempunyai cara yang berbeza. Ada yang berunsur provokasi, penghinaan dan lain-lain. Kekuatan emosi diperoleh dari iman dan takwa kepada Allah kerana dari situlah kita menjadi lebih sabar,tenang dan percaya bahawa sebaik-baik penilai adalah Allah s.w.t. Penilaian manusia mungkin ada betul ada juga salahnya. Namun penilaian Allah itu tetap benar dan tidak ada silapnya. Jadi untuk apa ditakutkan kritikan dari manusia sedangkan apa yang perlu dirisaukan jika 'dikritik' dan dinilai buruk oleh Tuan Punya Dunia...

Konklusinya, setiap dari kita perlu belajar menerima kritikan sama ada kritikan itu positif atau negatif. Hanya diri kita sahaja yang mampu menjadikan kritikan itu sebagai kritikan yang membina atau kritikan yang membunuh.

2 comments:

  1. Salam...
    Hurm...artikel yang bagus...
    Cumanya nak bagi cadangan, kalau kritik tu ubah kepada nasihat, mungkin lebih ramai yang terima. Sebab kritik ni macam keras sangat. Cadangan je.

    Analoginya macam perkataan makan dan melantak. "jom kita gi makan" kan ok tuh
    "jom kita gi melantak" macam gengster lak kan?
    Hehe...renungan bersama

    ReplyDelete
  2. wslm..thanks atas nasihat itu..ini satu kritikan membina..hehe

    ReplyDelete