Friday, November 20, 2009

Yang Terbaik hanyalah Allah

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”
[HR Muslim]

Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid : 4)

Apa yang tersirat dsebalik dalil diatas adalah betapa dekatnya Allah dgn hamba-hambaNya.
Dekatnya Allah tidak bersentuh jauhnya tidak berjarak. Dalam keadaan apapun seharunya kita perlu yakin bahawa Allah tetap bersama kita,Dia tidak meninggalkan kita. Apabila kita ditimpa musibah jangan lah sesekali berprasangka buruk terhadap Allah. Jangan merungut dan berkeluh kesah kerana setiap yang terjadi telah tercatat hikmah disebaliknya. Dan sebenarnya musibah yang terjadi merupakan ujian merupakan tanda kasih sayangNya. Musibah itu sebagai peringatan kerana kita selalunya tidak menyedari bahawa ada gerak laku dan niat kita tersasar dari landasan keikhlasan dan kebenaran atau mungkin juga kita menapak di jalan kelalaian. Maha dekatnya Allah,Maha Pengasihnya Dia, diturunkan musibah untuk mengingatkan hambaNya.

Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah
[Surah al-Baqarah : 107]

Hanya Allah sahaja yang layak menjadi tempat pergantungan bagi semua makhluk. Apalah yang ada pada manusia sekiranya manusia yang menjadi tempat pergantungan. Bahkan manusia pulalah yang diciptakan oleh Allah s.w.t..

Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[Surah al-Maidah : 76]

Realiti umat Islam sekarang jarang menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan. Manusia menjadi takut pada sesuatu yang lain melebihi rasa takut pada Tuhan. Takut untuk melaksanakan hukum Allah lantaran bimbang berlakunya perpecahan kaum,kemerosotan ekonomi,dan juga takut dilihat sebagai generasi yang kolot dan tidak maju. Sedangkan tidakkah kita fikir siapakah yang lebih berkuasa dalam menetukan kehidupan manusia? Tidak kah kita melihat bahawa Islam merupakan satu konsep kehidupan yang cukup lengkap bg individu,masyarakat,negara dan keseluruhan peradaban dunia?

Tanyalah diri kita, adakah sesuatu yang lain lebih baik dari apa yang telah Allah tetapkan?Adakah apa yang dicipta manusia mampu menandingi ciptaan Allah?
"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"
[Surah al-Maidah : 50]

Renungkan...

No comments:

Post a Comment