Monday, December 13, 2010

................................

Minggu yang agak bercelaru bagi saya.Hilang punca mungkin. Atau terlalu gelabah,risau menanti setiap ketentuan yang bakal diri ini ketemui.
Mahu itu,mahu ini..mengharapkan sesuatu yang baik dan membahagiakan.Terlalu banyak kehendak hingga terlupa apa yang ditentukan itulah yang diperlukan.
Jejak kaki yang ditinggalkan di belakang sering dilupakan.Mungkin ada antara jejak2 terdahulu saya terleka atau terlalai tentang sesuatu yang penting.Mungkin.

Sekejap sahaja waktu yang berlalu meninggalkan saya terpinga-pinga.Bertanya pada diri.


Apakah detik-detik yang berlalu itu sempat saya garapkan dengan makna dan manfaat atau saya biarkan menjadi sia-sia?



apakah waktu yang ditinggalkan itu cukup memberi maksud untuk saya belajar dan kutip segala yang baik yang terdapat dalam setiap saat itu?


apakah masa lalu saya itu ada yang saya tinggalkan tanpa memberi apa2 manfaat pada alam dan mereka yang disekililing saya..walau sedikit?
MUHASABAH..




Ada ketikanya perjalanan hidup saya memerlukan saya untuk berlari.Mengejar waktu dan mengejar sesuatu. Dan kadang2 tanpa sedar sesuatu yang dikejar itu hanya kehendak saya bukanlah sesuatu yang terbaik dan yang saya perlukan.Ya saya sering terlupa tentang ini...

عَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-baqarah :216)

Saya mahukan yang terbaik.DIA lah Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Saya mengharapkan diri saya sentiasa tidak lupa untuk berpaut dan bergantung harap pada Allah dalam setiap jejak perjalanan saya,dalam setiap usaha dan perjuangan saya.

Saya tidak mahu menjadi hamba yang lalai dari berdoa dan bertawakal padaNya..


Saya mahu menjadi seseorang yang tak pernah lupa betapa lemahnya saya,betapa kerdilnya saya dihadapanNya..lantas tidak ada sebab untuk saya berputus harap pada janji2Nya..



seketika saya berhenti..menarik nafas dalam2..setiap udara yang dirasai adalah milikNya..setiap yang ada pada diri ini adalah milikNya yang abadi.
Jadi apa ada pada saya?
Mentafsir hati yang sering berbolak balik.
Menegur jiwa yang sering lalai dengan dunia.
Tanpa sedar diri sering lupa bertanya..'duhai iman,bagaimanakah kau dihati insan ini.Rapuhkah,lemahkah?Teguhkah?atau sekadar berbolak balik,turun naik dan sentiasa memungkiri apa yg pernah dijanji dihati,dilafaz di bibir?'

..........................................................................................................................................
noktah untuk bahagian ini
..........................................................................................................................................
Teguhkan aku dilangkah ini,dipencarian hakikat diri..

2 comments:

  1. salam kak fiza, semoga kita sentiasa berada di bawah jalan yang diredhaiNya,

    kita manusia, iman kita ada pasang surutnya,semoga kita sentiasa sedar akan hakikat kembali ke jalan Tuhan yang maha Pencipta, amin :)

    ReplyDelete