Monday, May 31, 2010

Buat aku tersenyum...



17 Jamadilakhir,Isnin
Lebih kurang 9 pg tadi saya sampai ke shah alam. Ketika dalam perjalanan lagi sy terfikir untuk memiliki sebuah buku yang sy yakin mampu memenuhi 'nafsu' saya yg satu ni :p..setelah menghabiskan pembacaan Murabbi Cinta dan secangkir Teh Pengubat Letih, hari ini tak tertahan lagi rindu saya terhadap buku2 seperti ini..yang terbayang di hati adalah Sinergi hasil nukilan Hilal Asyraf..

Kaki terus melangkah..yang saya cari SINERGI...
Dan akhirnya dua buah buku yang sy miliki...
Tak sabar menikmati...


Pulang dengan senyuman...:)

Saturday, May 29, 2010

Antara Majikan dan Tuhan..

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

Hadis mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Baru-baru ini 2 orang sahabat saya diterima bekerja 'part time' di sebuah pasaraya di shah alam. Memandangkan cuti semester hampir 2 bulan, keduanya memang merancang untuk menambah pendapatan. Majoriti pekerja di situ adalah Melayu yang tentunya beragama Islam. Shif mereka dari pukul 10 pg hingga 7.30 mlm. Pada awalnya kedua sahabat saya rasa semuanya ok.Bila masuk waktu zohor mereka sempat menunaikan solat memandangkan ketika itu adalah waktu rehat. Ketika masuk waktu asar, salah seorang sahabat saya bertanya kepada seorang kakak yg juga pekerja sepenuh masa disitu mengenai waktu untuk solat,adakah boleh keluar sesuka hati atau secara bergilir. Jawapan kakak tersebut mengejutkan sahabat saya. "sebenarnya dik,xleh kuar solat. Selalunya kitorang qada' bila balik malam nanti".
Sahabat saya rupanya terlepas pandang pada kata-kata manager tempat kerjanya itu sehari sebelum mereka memulakan kerja. "95% pekerja kat sini malay.Bila masuk waktu solat xkan nak tutup kedai. Bankrap la nanti"..inilah kata2 manager tersebut yang sememangnya non muslim yang x faham tentang kewajipan solat bagi org muslim. Kedua sahabat saya akhirnya curi2 keluar untuk menunaikan solat.Dan esoknya yg sepatutnya merupakan hari kedua mereka bekerja disitu, akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak lg bekerja disitu..

Memang jika dilihat dalam situasi yang diceritakan apa yang kita nampak adalah diskriminasi terhadap pekerja muslim. Tapi apa yang lebih menjadi isu pada saya adalah betapa ada dikalangan muslim yang memandang mudah soal solat. Kerana takutnya dibuang kerja,risaunya majikan marah solat diketepikan. Sedarkah kita siapa memberikan kita rezeki? Takutkan majikan lebih dari takutkan Allah..
Kenapa tidak dicontohi Sumayyah, seorang hamba yg sanggup menggadaikan nyawa,syahid kerana sedar akan seluruh jiwanya adalah milik Tuhan bukannya milik tuan. Bila kita berkerja seharusnya kerja itu menjadi satu ibadat apabila dilakukan ikhlas kerana Allah,menjaga hak dan perintah Allah ketika bekerja.Allah yang memberikan rezeki,Allah lah jua yang memberi keberkatan di atas setiap hasil usaha hambanya. Jika bekerja sekuat mana pun andai hak Allah tidak dijaga dimana keberkatan atas setiap hasil pekerjaan itu?

DariJabir r.a. katanya
Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Yang kita kejarkan adalah akhirat,bukan dunia semata-mata..Bukalah mata hati,tanyalah iman, berfikirlah dengan akal kurniaan Tuhan.. apa yang lebih penting dalam kehidupan kita?

"Ya Allah jadikanlah kami golongan yang sentiasa bersyukur atas kurniaanMu, yang takut akan kemurkaanMu dan sentiasa istiqamah mencari redhaMu"


Friday, May 28, 2010

pagar syurga dan pagar neraka

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibril: 'Pergilah, lalu lihatlah syurga itu.' Jibril pun lalu pergi dan melihat syurga. Kemudian ia datang dan berkata: "Wahai Tuhanku, Demi keperkasaanMu,tidaklah seorangpun mendengarnya melainkan ingin memasukinya.'
Kemudian syurga itu dipagari dengan ketidaksenangan. Dan allah berfirman: 'Wahai Jibril,,pergilah dan lihatlah kepadanya.' Ia pun pergi melihatnyas kemudian ia datang dan berkata :"wahai Tuhanku,demi keperkasaanMu sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya.

Nabi melanjutkan, ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman: 'Pergilah dan lihatlah kepadanya.' jibril lantas pergi melihat neraka dan datang kembali dengan berkata : 'wahai Tuhanku,demi keperkasaanMu tidaklah seorangpun yang mendengarnya lalu ingin memasukinya.' Lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman: 'wahai Jibril,pergilah dan lihatlah kepadanya.' setelah Jibril pergi melihat neraka kemudian ia datang dengan berkata; 'wahai Tuhanku demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tiada seorang pun yg tersisa melainkan memasukinya'

(riwayat abu daud,a-tirmizi,al-nasai dan ahmad)

pagar syurga itu penuh dugaan dan ranjau yang harus dilalui setiap yang ingin menghuninya,hanya mereka yang berpakaian takwa sahaja mampu memasukinya..namun pagar neraka adalah kesenangan dunia sendiri yang banyak menjerumuskan sesiapa yang mencintai dan tertipu dengan fitnah dunia ke dalam neraka..
Mana pilihan kita?

Saturday, May 22, 2010

ikhlas

Carilah kesabaran dalam dugaan,carilah keikhlasan dalam amalan..
dalam lemah itu ada kekuatan..berputus asa bukanlah penyelesaian
usaha dan ikhtiar itulah perjuangan tawakal dan redha itu keikhlasan..

mencari sebuah keikhlasan dalam sesuatu yang kita laksanakan..
ikhlaskah kita dalam beramal?ikhlaskah kita dalam menerima ujian darinya?
benarkah tiada sekelumit riak dlm setiap kebaikan yg kita lakukan...andai benar nescaya kita berjaya menemui keikhlasan..
ikhlas itu bahagia..
ikhlas itu tulus..

Ya Allah...
cambahkanlah keikhlasan di hatiku..
suburkanlah ia agar terus menyulami setiap gerak geriku,setiap amal perbuatanku..
yg kuharapkan...
setiap yg aku kerjakan itu tidak pernah lekang dengan niat keranaMu

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


dengan kalam kau lakarkan ilham
di atas sebuah acuan kosong
kau warnakan dengan ungkapan semangat
tanpa pernah jemu kau terus menempa
membentuk diri mengukir peribadi
seorang insan yang kosong
akhirnya punya jati diri..

keringat mu tdak kau minta dibalas
ilmu yang tercurah tak kan pernah mampu dibayar
yang diharap hanya kejayaan
seorang insan yang dulunya kosong
agar menjadi seperti sumur
membawa manfaat pada mereka yang dahaga
menjadi bekal perjalanan menuju redhaNya..

buatmu..
kulakarkan seuntai kata
agar dapat kau rasai
sebuah penghargaan
dari insan kerdil yang bernama
anak didikmu...
TERIMA KASIH GURU


Monday, May 3, 2010

bukan memuja..

Sedang menanti berakhirnya pertempuran antara saya dan peperiksaan..
tidak sabar rasanya saya ingin menghadap buku2 terbaru dari 'Ustaz Hasrizal'
Tersenyum saya apabila ada teman bertanya kenapa sy begitu 'memuja' buku2 ustaz hasrizal.
mulanya berpintal akal saya berfikir dan menyusun jawapan..nah ini lah rasionalnya..
buku2 tulisan ustaz hasrizal bukan sekadar buku untuk mengisi senggang waktu.
saya bukan memuja tulisannya tapi saya menikmati isinya.
sungguh tidak pernah saya jumpa titik jemu. 3 buah tangan ustaz hasrizal sebelum ini menjadikan saya ternanti2 terbitnya buku baru yang bakal menjadi santapan minda.
Pembawaan yang ringan namun sarat dengan ilmu. Disulami pengalaman beliau sendiri sebagai wadah tarbiah buat pembaca..itulah alasan saya..

Dalam Pencarian



-saya terlalu ingin memiliki buku ini-

formspring

--menarik juga--tanyalah apa sahaja

http://www.formspring.me/bintuali

yg boleh dijawab inshaAllah sy akan jawab..yang saya tak tahu sy tetap akan jawap tp dgn jawapan 'tak tahu'
apapun diharapkan formspring ni mungkin menjadi satu medium untuk kita berkongsi ilmu..insyaAllah.