Ketika jari-jari menyentuh buku-buku yang tersusun di rak kepunyaan abang ipar, mata saya tiba-tiba tertarik dengan sebuah buku. Tajuknya seakan memanggil saya untuk menatap kisah derita mereka yang sering saya lupakan. 'PALESTIN TAK PERNAH GENTAR'. Aduh..betapa lekanya saya sehingga terlupa memikirkan penderitaan saudara2 disana. .
Saya terfikir sejenak, isu PALESTIN adalah isu umat. Isu yang tenggelam timbul di kalangan masyarakat kita. Ada masa isunya hangat diperkatakan sehingga membangkit semangat majoriti umat Islam seluruh dunia.Ada masa kita seperti bisu,tuli dan buta. Adakah kita masih sedar bahawa saudara-saudara kita menjual diri demi mencari keredhaan Allah dengan jihad dan gugur syahid di Palestin?Kita disini masih ramai yang diam membisu,membutakan mata,memekakkan telinga dari mendengar rintih derita mereka yang bermatian mempertahankan Al-Quds,bumi suci warisan anbiya..tanah wakaf untuk umat Islam. Kita disini masih asyik terbuai dengan permainan Yahudi laknatullah yang melalaikan kita dari mengingati bahawa tanggungjawab umat Islam keseluruhannya mempertahankan agama kita yang dipijak-pijak disana. Secawan kopi yang diteguk di Star Bucks umpama memperlekehkan setitis darah syuhada palestin yang gugur syahid.Tegarkah kita?Bila kempen boikot dicanang2,di sorak-sorakkan..saat itu tersedar lah kita seketika dari mimpi panjang yang mengasyikkan. McD tidak lagi dikunjung,coke tidak lagi menjadi santapan..namun, bila cerita Palestin mula pudar dari mata, lupa lagi kita tentang perjuangan kita yang disini.Perjuangan dari jauh yang seharusnya berterusan.
Mereka disana berjihad dengan darah dan nyawa. Kita disini yang hidup aman dengan nikmat melimpah ruah begitu payah untuk turut sama berjuang. Berjuang menentang kekejaman zionis dengan memboikot barangan Israel,mencanangkan kepada mereka disekeliling kita betapa perlunya kita sebagai umat Islam memandang berat tentang penderitaan saudara kita disana. Itu pun sudah cukup dikatakan berjuang. Payahkah?
Dalam sebuah hadis disebutkan:
"Kamu akan melihat orang yang beriman dalam saling menyayangi, saling kasih mengasihi dan saling mencintai bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota sakit maka anggota yang lain turut sakit"(hadis riwayat bukhari dan muslim)
Andai kita mengaku beriman dengan akidah Islam, tidakkah kita turut merasakan kesakitan saudara seakidah kita di Palestin? Kanak-kanah mereka dibunuh kejam. Pemuda-pemuda mereka di tembak tanpa belas kasihan. Mereka yang mempertahankan tanah air dan agama dilabel sebagai pengganas oleh sekutu-sekutu Zionis di barat. Tapi tangan-tangan kotor Yahudi Zionis yang terang-terangan mencabul hak umat Islam hanya menjadi kebisuan dunia. Dan tambah menyedihkan berapa ramaikah remaja Islam kita di Malaysia yang hanyut dengan keasyikan hiburan yang disuntik barat melalui media-media dan artisnya?Saat anak-anak Palestin gugur syahid dengan hujan peluru kejam Zionis, anak-anak kita dibuang ditepi longkang kotor kerana ketelanjuran muda mudi dihanyut hawa nafsu. Ketika pemuda-pemuda palestin memilih untuk mati kerana agama, pemuda-pemuda kita mati kerana dadah durjana. Mana jihad kita?
Saya terkesan dengan kata-kata Dr Khalil Ismail Al-Hayya,wakil HAMAS dalam pesanannya untuk umat Islam di Malaysia..
"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad."
Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta,anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.Selama lebih daripada 60 tahun,Kami hidup di medan pertempuran.Selama waktu itu juga,kami dijajah,dizalimi,diseksa,dibunuh dan juga diperangi.Mengapa?Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah,dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta,anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.Selama lebih daripada 60 tahun,Kami hidup di medan pertempuran.Selama waktu itu juga,kami dijajah,dizalimi,diseksa,dibunuh dan juga diperangi.Mengapa?Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah,dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.Namun Kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid,dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan.Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.Kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.
Lihatlah...seandainya kita membisu, merek akan menuntut diakhirat kelak atas kealpaan kita. Masih tegarkah kita untuk terus berdiam diri dan terus hanyut dengan nikmat yang melimpah dibumi Malaysia?
Palestin
Telah lama kau berdarah
derita ditangan mereka yang zalim
merobek bumimu sehingga luka
punah
hancur
musnah
sedang sejarahmu suci
warisan para nabi yang mulia
tanah subur yang berkah
Palestin
Anak-anakmu tidak gentar
pemuda-pemudamu berjiwa kental
Mereka pilihan Tuhan
bertahan menjaga kesucian Al-Aqsa
berkorban demi Islam
Nyawa mereka dibeli Allah
dengan mahar syurga
Palestin
Malu kami disini
yang masih leka menghirup nikmat dunia
yang masih lena dibuai mimpi sementara
sehingga terlupa
kau terluka.
.....................................................
satu peringatan dan perjuangan.semangat2...:)
ReplyDeletesemoga semangat enti berterusan.