Sunday, February 19, 2012

..Dan terbinanya sebuah lagi syurga dunia..

18 Februari...Tarikh bersejarah buat teman yang amat saya sayang.
Lebih kurang sebulan sebelum tarikh itu saya dikhabarkan tentang berita gembira itu.
Reaksi saya?? Amat terkejut,gembira tapi bercampur sayu.
Sebak terasa pada malam saya dan Anis berbual di telefon sebulan yang lepas.."Ha, Anis nikah 18 hb 2 ni..".
Alhamdulillah..benar2 bersyukur saya dengan berita itu..tapi dalam kegembiraan tersebut usai saja kami berbicara, saya menangis sendiri. Saya sendiri tak pasti kerana apa tangisan itu. Bukan cemburu,bukan juga bersedih. Cuma ketika itu seakan tak percaya. Kami amat jarang bertemu. Dan sudah terlalu lama tak bertemu. Mungkin kerinduan itu yang menyesakkan dada saya. Dan bila mana dia mengatakan akan bernikah, saya membayangkan pertemuan kami mungkin terjadi ketika hari pernikahannya. Tak sempat saya mencuri sedikit masa bujangnya untuk bersama berkongsi cerita.T_T, dan kemungkinan untuk kami selalu berjumpa selepas ini agak kurang kerana dia akan punya komitmen baru yang lebih besar. Itu yang saya fikirkan..itu yang mengundang sebak di hati saya.
Hari khamis saya bertolak pulang ke Kemaman. 2 hari sebelum hari pernikahan Anis. Dalam hawa demam yang masih mengganggu saya kuatkan diri untuk bermusafir dari S.alam. Janji dibuat bersama dengan seorang lagi teman. Kami merancang untuk sama-sama menjejak bumi Kuala Terengganu pada 18 Februari. Pagi sabtu yang penuh cabaran. Dengan meredah trafik yang agak menduga iman juga hujan yang berterusan akhirnya kami sempat juga tiba di rumah Anis sebelum pernikahan. Melihat Anis yang begitu tenang,cerianya,lawak jenakanya rindu saya terubat juga. Hairan juga saya melihatnya tenang saja. Biasanya bakal pengantin jelas akan menampakkan debaran menunggu saat dijabkabulkan. Anis berbeza.cukup tenang. Sempat lagi bergurau dengan kami walaupun hanya tinggal beberapa jam lagi saat yang penuh makna menyapa. Saya tidak pernah mengenali pasangannya. Teman sekampus kata Anis. Saya tahu, mereka tidak bercinta,tidak berpacaran seperti kebanyakan mereka-mereka yang sebaya kami. Saya tahu hubungan mereka atas jalan dakwah. Saya yakin keputusan untuk bernikah yang mereka pilih itu adalah bermatlamatkan redha Allah. Itu yang membuatkan hati saya begitu bersyukur dan gembira untuk mereka. Anis dinikahkan sendiri oleh ayahandanya yang tercinta. Hati saya bergetar saat mendengar lafaz ijabkabul dalam majlis yang amat sederhana itu.Ketika itu pastinya syaitan menangis berdukacita kerana tertutuplah satu lagi peluang untuk menggoda anak Adam. Aura ketenangan menyapa. Mungkin itulah tanda betapa majlis hari itu dilimpahkan berkat dari Allah. Walaupun hanya dihadiri sanak saudara terdekat dan teman-teman rapat, majlis tetap kelihatan meriah dengan versi sederhana.(^_^ saya amat mengimpikan majlis sebegini)
Menghadiri pernikahan Anis makin mencerahkan lagi makna sebuah pernikahan buat diri saya.
Ikatan yang menghubungkan dua hamba Allah dengan cinta dan tanggungjawab berpaksikan iman bertiangkan Islam.
Sebuah hubungan yang bernilai ibadah
Sebuah hubungan yang didalamnya berintikan matlamat ke syurga.
Medan mengejar pahala bersama pasangan yang halal.
Medan untuk mendidik dan terdidik.
Sebuah permulaan pelayaran sebuah bahtera rumahtangga. Dikemudi nakhoda yang beriman, membawa bersama amanah yang dipertanggungjawabkan.

Dan 18 Februari itu benar-benar membina sebuah keyakinan pada diri saya.'Pernikahan itu mudah kalau yang dicari adalah redha Allah. Perkahwinan itu indah jika berpaksikan iman,bertiangkan Islam dan bersendikan sunnah'

Untuk Anis dan Azrul..



اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.



5 comments:

  1. ehem..ehem...ehem...cik fiza macam dah ready untuk tukar status je?

    ReplyDelete
  2. jit...klu ready tp xde calon termasuk dlm kategori ready jgk ke???

    ReplyDelete
  3. calon beratur menunggu tu. Tapi kalau hang yg jual mahal payah la. Cepat kawen.

    ReplyDelete
  4. incek loyer a.k.a adik

    emmm..lambat lg nmpaknye sy nk ikot jejak langkah kalian..:(
    insyaAllah..usaha ke arah itu masih diteruskan bersama doa dan tawakal...:)

    ReplyDelete