Andai mendengar nama Nabi Muhammad S.A.W, apakah yang ada di hati kita saat ini?
Adakah rasa rindu ingin bertemu baginda?
Apakah kerinduan yang lahir itu sementara atau kerinduan abadi seorang umat yang benar-benar mencintainya?
Saya ingin bawakan satu kisah tentang sebuah kerinduan.
Bukan kerinduan biasa.
Setelah kembalinya Rasulullah kepada Rafiqul 'ala, Bilal bin Rabah membawa dirinya bersama derita kesedihan kerana sebuah kehilangan jauh dari Madinah. Kerana kewafatan Rasulullah, Bilal berhijrah ke Syria dan menetap disana. Tidak mampu lagi jasadnya terus berada di Madinah dek kerana terlalu banyak kenangan bersama kekasih yang dicintainya, Rasulullah S.A.W.
Sekian lama Madinah ditinggalkan. Suatu malam terjaga Bilal dari lena dalam keadaan menangis hiba.
Isterinya bertanya "Aduhai suamiku, mengapa dikau menangis"
Bilal menjawab "Aku bermimpi bertemu Rasulullah. Baginda bersabda: 'Wahai Bilal,kerinduan apakah ini?Keterasingan apakah ini?Tidakkah saat ini waktu kamu menziarahi aku di Madinah?"
Subhanallah.
Sebuah kerinduan antara 2 kekasih.
Kerinduan Rasulullah. Kerinduan Bilal.
Lantas, bersiaplah Bilal kembali ke Madinah bersama sebuah kerinduan.
Ketika kakinya menjejak bumi Madinah, tak terbendung lagi sebuah kesedihan. Tangisan tak mampu lagi ditahan-tahan. Saidina Abu Bakar meminta Bilal melaungkan azan setelah sekian lama Madinah sunyi dari laungan azan bilal. "Wahai bilal, mengapa kamu tidak melaungkan azan seperti kamu lakukan disaat Rasulullah masih bersama kita".
Bilal berkata dalam sendu yang tak tertahan.
Maafkan aku wahai sahabat, sungguh Demi Allah aku tidak mampu melaungkan azan setelah ketiadaan baginda. Umpama terbayang-bayang kenangan lalu. Kerana dahulu setelah selesai azan aku akan pergi ke bilik Rasulullah dan berkata ‘Solat ya Rasulullah..solat’..dan sekarang bagaimana lagi aku mampu berbuat demikian?”
Umar juga cuba memujuk Bilal melaungkan azan, namun hampa. Bilal tetap menolak.
Sehingga akhirnya datanglah 2 insan kecil yang sangat dicintai Rasulullah.
Saidina Hassan dan Hussain.Bilal memeluk kedua mereka dan menangis.Tercium pada kedua mereka wangian Rasulullah. Hasan dan Hussain memujuk bilal melaungkan azan dan akhirnya Bilal tidak mampu menolak permintaan cucu yang dicintai Rasulullah. Lantas berdirilah Bilal di tempat azannya.
"ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR"
"ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR"
...tercengang seluruh Madinah...
berteriak mereka.."Adakah Rasulullah diutuskan kembali?"
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLALLAH”
...keluarlah seluruh penduduk dari rumah2 dan pasar mereka..
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLALLAH”
..keluarlah lelaki dan wanita "Apakah rasulullah diutuskan kembali?!!
berterusan mereka bertanya sesama sendiri.
Ketika sampainya azan bilal kepada “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH” ,terhempap satu kesedihan yang mengelukan Bilal sehingga tidak mampu menyempurnakan azan. Lantas Bilal turun dari tempat azannya.
Madinah tidak pernah sayu begitu selepas kewafatan baginda melainkan pada hari Bilal melaungkan “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH”
Azan Bilal menggerakkan perasaan Rindu seluruh umat terhadap Rasulullah.
Menangislah seluruh Madinah pada hari itu lantaran kerinduan yang amat dalam terhadap Rasulullah.
Rasailah sedalam-dalamnya kalimah “AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU RASULULLAH”
Tanpa Rasulullah tak sempurnalah iman kita
Tanpa Rasulullah tidak kita mengenal azan dan solat.
Tanpa Rasulullah tidak pula kita mengenal ALLAH.
Dan telah Allah jadikan kecintaan kepadaNya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap Nabi S.A.W.
"Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai ALLAH maka ikutilah aku (Rasulullah).." surah ali imran :31
Tanyalah diri,
adakah kita rindukan Rasulullah?
adakah kita mencintai Rasulullah?
adakah kita menghidupkan sunnah Rasulullah?
atau adakah kita tanpa sedar telah melukai Rasulullah dengan terus hanyut dibuai pesona dunia?
Adakah kerinduan kita sama seperti para sahabat?
Lupakah kita, bagaimana Rasulullah amat merindui kita,umat akhir zaman.
Dalam sebuah pertemuan dengan para sahabat baginda, Rasulullah telah membuat satu pengakuan yang menghairankan para sahabat.
"Aku rindukan para ikhwanku"
"Apakah maksudmu Ya Rasulullah?Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Abu Bakar bertanya penuh persoalan
Rasulullah bersabda, “ tidak wahai Abu Bakar. Kalian sahabatku bukan saudaraku. Saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku dengan kecintaan yang melebihi cinta mereka terhadap anak-anak dan orang tua mereka”.
Nah?..siapakah yang dirindui Rasulullah kalau bukan umat akhir zaman.Kitalah yang dirindui, namun sejauh mana kita berusaha menjadi ikhwan yang disebut-sebut sebagai orang yang baginda rindukan?Tanyalah pada diri, "Adakah aku benar-benar mencintai Nabi"?
syukran. sy terkesan dengan kisah ini. masih belajar b'mana untuk mencintai nabi kita Nabi Muhammad SAW... :'(
ReplyDeletemohon kongsi ya akhi
ReplyDelete