Wednesday, September 30, 2009

kasih tak bersyarat

gambar mak dengan cucu kesayangan dia...
sebenarnya ak rindu sgt kat mak..org yg terlalu bnyak berkorban untuk kami adik beradik yg 6 org ni...
sorg2 ada ragam masing2..termasuk aku..tp mak tetap sabar...didikkn mak jugak la buat ak temui jalan ku pulang...

setiap kali ak balik kg mak akan masak apa je yg aku idamkan..
ada sekali..
ak ckp: "lama x makan bubur lambuk"
tp xde sape pon respon apa yg ak ckp..sume tgah tgok cite indon 'SEKAR'..
termasuk la mak..cite favor8 dia tu..
pastu waktu berlalu..ak keluar berjalan...
balik2 dh dekat waktu berbuka..
ak tengok atas meja makan..bubur lambuk masakn mak aku..bukan yg dibeli..dari rupa,bau n apatah lg rasanya..itu air tangan mak aku..
rasa terharu...
tp...beratnya ht ak nak lafazkan 'terima kasih mak'..
yg terucap..'owoss bubur lambuk...brape minit g nak berbuka ni..'

n lepas habes berbuka..ak cakap..'esok nak makan sup tulang r plok'
dan xdjangka esok pg2 g mak aku xde...pegi pasar beli tulang n daging untuk berbuka...dr situ ak nampak betapanya mak ak cuba penuhi apa yg ak inginkan...

dalam hati ak ni..Tuhan je yg tau...betapa terharunya ak...tapi lafaz itu masih tersimpan..
TERIMA KASIH MAK...

mood:tgah homesick

sekadar mencoret sesuatu...bahagian 1

kali ni bicara ak sebagai seorang 'student'..yg mlalui liku2 hidup seorg pelajar di celah2 institusi pengajian tinggi..
menjadi seorang pelajar yg dikelilingi kenalan2,classmate,dan pelbagai ragam insan..
kdg2 aku rasa seronok..kdg2 ak rase tertekan,terhimpit..langkah terasa payah tetapi perlu ak gagahi hati untuk teruskan perjuangan..
dikala ak punya waktu untuk mencari slaen dr ilmu yg ak pelajari disini.sesi usrah bersama kakak2 mnjadi teman...blog2 insan yg punya ilmu jauh lebih luas berbanding diriku jadi bahan tatapan..terkadang ada yg membuatkan ak menitiskan air mata keinsafan...Allah...betapa sempitnya ilmuku ttg Mu..
ada juga yg membuatkan ak tersenyum...gembira..tenang..damai dan sejuk jiwa...itulah pengaruh kalam...

kisah saya sebagai student..
setiap hr ke kelas..seperti juga org lain..
subjek yg berbeza..ada yg buat aku teruja,bersemangat dan ada juga yg membuat ak terasa bosan..aduhhh...masih lemah imanku menangkis sifat malas...
hari jumaat..kelas lughah...

dilabelkan ustaz sbg Budak kemamang yg slalu balik n ponteng kelas arab..(tp ustaz x pernah marah)...masa sem satu pon saya jd plajar ustaz..jrg ponteng..tahun ni slalu ponteng sebab kelas hr jumaat..(mase untuk balik umah tuu)
insyaAllah ustaz ...tahun ni ana cuba kekalkan prestasi untuk paper ni..seperti sem2 lepas insyaAllah..

mataku penat menghadap skrin...

segalanya hanya Allah....



tugasan-tugasan yg msih banyak,persediaan untuk final exam..
tekanan sungguh..
memerah keringat mencari bahan2
memerah semangat dan motivasi untuk terus berjuang..
kuatkah ak??
mampukah ak??
bakal berjaya kah ak???
Ya Allah..ak perlukan kekuatan dari Mu
jgnlah Kau lunturkan semangatKu...


.......................................

usaha masih sedikit...kena press lg..tapi enjin seakan tersangkut2..apa puncanya??
mungkin serabut dgn anasir2 lain yg x sepatutnya ak fikirkan dulu..
pembahagian masa yg agak x tersusun...emosi yg kacau...
unsur2 godaan juga ada..yg cuba menjadikan ak malas..
aaahhh...setan nafsu...pg jauh laaa...
ak kna kuat
Allah lindungi ak..
.............................................

begitu la hidup seorang ak..
menjalani waktu2 yg adakala normal,ada kala di uji dgn pelbagai dugaan dalam 1 masa..
Alhamdulillah..walaupun tekanan itu kdg2 payah..tp Allah sentiasa membantu..
dikirimnya teman pembakar semangat..
dipermudahkn urusan yg pada mulanya terasa payah..itulah hikmah sabar...
............................................

dan sekarang..ak terasa seronok memotivasikan diri sendiri
......................................
.......................................
perancangan bukan angan2
mohon ketentuan Allah yg terbaik untukku..krna ak hanya sekadar merancang
2012:grad as a law student with LLB Hons--then sambung DSLP
2014:grad for DSLP
pastu jd seorang lawyer syarie
bina kerjaya betol2..
nikah??
semoga Allah temukan ak dengan jodoh terbaik
2016:nak g umrah...target ak..
dan yg selanjutnya...insyaAllah perancangan itu tetap ada.....berterusan
.................................................

impian membina baitul muslim??
punyai seorang suami..yg beriman,yg dapat menjadi pembimbing..pembakar semangat untuk terus berada di jalan Allah..bercinta sampai syurga..
punyai anak2 'pahlawan islam" dan serikandi2 islam
Ya Allah..makbulkanlah...
..........................................

Tuesday, September 29, 2009

jalan ku pulang

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....
........................................................................................

pertama kali bait2 lirik diatas berbisik di corong telinga ku...hati aku sebak,air mata xtertahan...
seperti terpapar dihadapanku kesilapan2 yg pernah aku lakukan..bukan aku tidak pernah rasa menyesal..namun taubatku seperti bukan yg abadi..sering benar aku mungkiri janji2ku dengan Allah..
Allah...betapa Maha Penyayangnya Tuhan pencipta sekelian alam...
disaat aku lupa untuk mengingatiMu Kau tidak pernah membiarkan aku terus melangkah di lorong hidup yg salah...Kau uji aku dengan pelbagai ujian sebagai tarbiyyah buat diri ini...disaat aku terleka dengan dunia,keseronokan,keasyikan dan kecintaan fana...Kau teguri aku dgn kegagalan...
aku sedar Ya Tuhan..betapa diriMu terlalu agung..betapa cintaMu x terbanding dengan segala sesuatu yg wujud di dunia ini..
Tuhan...
jgnlah Kau biarkan aku tersasar haluan lg..
aku takut Ya Allah..takut sekiranya murkaMu membuatkan aku tidak bertemu jalan pulang..takut andai murkaMu menjadi penyebab untuk Kau menolak doaku...Ya Allah..diri ini terlalu hina berbandingMu..
Ya Allah..
jadikanlah aku seorang hamba yg telah Kau pilih untuk terus berada di jalanMu..tentukanlah segala yg terbaik untukku..
Ya Allah aku mengaharapkan keampunanMu yg abadi...ak tidak mahu tergolong dalam golongan yg menzalimi diri sendiri..
Ya Allah..bantulah aku yg masih bertatih meraih cintaMu..
izinkan aku mencintaiMu semampuku...

...Ya Allah, izinkan aku untuk kekal di atas jalan-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu hingga ke nafasku yang terakhir. Kurniakan aku dan seluruh ahli keluargaku taufik & hidayah-Mu agar kami tergolong dalam golongan orang2 yang bersyukur ke atas segala nikmat-Mu...

Tuesday, September 1, 2009

waktu yg berlalu

disaat menghitung waktu2 yg berlalu..seakan tidak sabar untuk berada di rumah..syurga dunia buatku..ramadhan di tengah2 kesibukan melayan pelbagai cabaran dan dugaan hidup kadang2 membuatkan diri ini terasa lemah lesu,lelah dan tidak termampu..namun kekuatan yg ak miliki dr rahmat Allah yg melimpah di bulan yg penuh barakah ini menjadikan ak seorang yg lebih sabar dari bulan2 sebelum ini...waktu makin berlalu....
dalam hidup ini perkara yg paling hampir dgn setiap manusia adalah MATI..setiap hr saat dan detik meninggalkan kita bg memberi ruang untuk usia kita bertambah..bermakna mati itu mkin mghampiri..Ya Allah...diri ini masih belum cukup bekalan untuk ku bawa menghadap Mu..panjangkanlah usiaku untuk ak mengutip sebanyak mgkin amal yg boleh ku bawa pulang..diri ini terasa begitu banyak kekhilafan..berilah ak ruang dan waktu untuk ak perbaiki segala kelemahan diri ini..
...................................................................

bermulanya bicara tanpa suara..

permulaan baru blog ini..
.......................

kenapa tiba2 hati ini meronta2 untuk kembali menyusun kata menjadi bait2 yang menceritakan pelbagai perkara,mengenai hidup,perjalanan waktu sehari2,suka duka laluan yg diharungi,kisah persahabatan,perasaan yg terbungkam jauh di dasar qalbi..
persoalan yg diri ini sendiri juga tidak mampu menjawabnya...

setiap insan melalui hari yg sama tetapi pengalaman dan cabaran yg berbeza.
ada yg di uji Pencipta dgn ujian yg berat,ad yg di Uji dengan ujian yg tidak seberapa..
namun sedarkah falsafah yg tersimpan di sebalik setiap pengalaman?
semuanya mengajar kita untuk berfikir,mentafsir,menilai dan bersyukur........

falsafah seorang aku...

hidup ini adalah pilihan disebalik ketentuan Allah
baik jalan yg dipilih insyaAllah maka baiklah ketentuan Allah diakhirnya
cuma terkadang pilihan itu disusuli dgn kesusahan,kepayahan sebagai ujian..
namun janji Allah pd org2 yg sabar dan terus berusaha tetap pasti beroleh kemanisan di akhir perjuangan...
hidup kerana Allah..
segalanya kerana Allah...