Bismillah...
Alhamdulillah, sejak Disember 2012 hingga sekarang tak putus2 saya menerima undangan perkahwinan.
Dan banyaklah juga isu2 yang menjadi modal perbualan.
Ada yang mengadu "Tak cukup duit nak kahwin"
Ada yang malas fikir soal kahwin sebab hantaran dan belanja kahwin yang semakin hari semakin meningkat dek kerana semakin hari perempuan2 yang ada semakin tinggi taraf pendidikan.
Banyak lagi 'cerita2' yang berkaitan dengan 'kewangan' yang saya dengar menjadi dugaan untuk seseorang itu berkahwin.
Ok..
Saya nak bagi pandangan yang tak seberapa tentang isu ni..
Nampak info di atas?
Nilai hantaran sebegini sebenarnya yang merunsingkan ramai lelaki2 bujang yang merancang untuk berkahwin. Saya nak tanya apa beza 'HANTARAN' dan 'MAHAR'? Antara kedua ini yang mana satu yang wajib? ^_^
Saya tak mahu hurai panjang apa itu hantaran dan apa itu mahar(mas kahwin).
Saya cuma mahu tegaskan untuk apa nilai wang hantaran dikelaskan mengikut taraf sebegini?
Saya tak kata salah jika hantaran berpuluh ribu,beratus ribu, berjuta sekalipun sekiranya yang nak memberi itu mampu. Tetapi pada saya, hantaran sebegini membebankan pihak lelaki terutamanya mereka yang 'fresh graduate', berpendapatan rendah,sederhana. Bila keinginan untuk berkahwin tiba, ada antara mereka terpaksa mendapatkan 'personal loan' dari bank. Ini baru hantaran, belum lagi dicampur tolak dengan majlis perkahwinan itu ini.
Ibu2, bapa2 sekalian,
Janganlah membebani bakal menantu kalian dengan meletakkan nilai sebegini tinggi.
Anda lebih dulu melayari bahtera perkahwinan seharusnya tahu realiti yang bakal anak2 anda tempuh satu hari nanti.
Saya tahu, Majlis Perkahwinan adalah sesuatu yang bermakna untuk mereka yang mahu menyatu jiwa. Katanya untuk meraikan hari bahagia. Ibu bapa pula tak mahu kalah, ingin melihat anak2 gembira di hari perkahwinan mereka. Sehingga terlupa, majlis itu cuma sehari dua sedangkan realiti sebenar sebuah rumahtangga masih jauh untuk mereka tempuhi. Masih banyak cabaran dan dugaan menanti. Hanya kerana majlis perkahwinan yang sehari itu,sanggup berhabis puluhan ribu ringgit. Seterusnya menanggung hutang yang akhirnya menjadi punca pergolakan rumahtangga.
Muslimah sekalian,
Anak perempuan adalah tanggungjawab dan amanah bagi ibu dan ayah selagi mana belum berkahwin.
Melalui pernikahan amanah itu bertukar tangan kepada si suami. Jadi permudahkanlah urusan calon suami anda dengan menetapkan pendirian sebelum berkahwin.
Pendirian apakah itu????
Tak salah bagi seorang anak berbincang dengan ibu bapa. Tak salah bagi seorang anak menyatakan pendirian masing2 di hadapan ibu bapa selagi tidak melanggar syariat dan masih mengekalkan adab2 dengan ibu bapa.
Tak salah untuk cakap begini:
"Mak, ayah..nanti tak perlu lah hantaran tinggi2 sampai beribu2. Cukuplah mahar sekadarnyanya. soal hantaran tu terpulang pada pihak lelaki nak bagi berapa. Tak bagi pun tak jadi masalah. Kita nak keberkatan. Rasulullah kan ajar, perkahwinan yang berkat itu adalah yang paling rendah belanjanya. Pernikahan ini ibadat, tak kan kita nak susahkan orang lain dalam melaksanakan ibadat kan???"
Buat muslimah sekalian,
Adakala ibu bapa perlukan pencerahan yang lebih dalam soal perkahwinan anak2.
Sesetengah ibu bapa hanya memikirkan tentang persediaan 'hari perkahwinan' anak2 berbanding 'persediaan anak2' dalam menjalani 'alam perkahwinan'. Beranikan diri untuk berbicara penuh kasih sayang dengan ibu bapa, agar mereka memahami, agar mereka mengerti bahawa anak2 mereka mencari nilai 'keberkatan' sebuah pernikahan bukan nilai wang yang dihabiskan demi sebuah perkahwinan.
Permudahkanlah, jangan disusahkan.
Buat mereka yang sedang merancang untuk bernikah, moga pandangan tak seberapa ini ada manfaat..
Sesiapa yang berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)
No comments:
Post a Comment