Bismillah..
Alhamdulillah, 1 Februari lalu, bersamaan 20 Rabi'ulawal saya telah menikmati satu pemandangan yang penuh dengan cinta. Bukan cinta biasa2 tapi cinta para kekasih terhadap kekasih yang terlalu istimewa. Seawal jam 6 petang Masjid Muadz Bin Jabal di setiawangsa sudah dipenuhi dengan mereka yang merindui Rasulullah. Maghrib itu, jemaah memenuhi masjid sehingga ke luar. Khemah2 yang disediakan di luar masjid juga tidak mampu menampung jemaah yang hadir.
Usai Maghrib, perkumpulan kami dihias indah dengan bacaan maulid ad-dhiya'ul lami dan qasidah2 yang amat2 indah. Betapa hebatnya jemaah yang berhujan diluar, setia menanti sehingga ke akhir program. Ada anak2 kecil tertidur di tangga2 masjid, subhanallah..
Maulid Akbar Majlis Ta'lim Darul Murtadza malam itu seakan membawa satu aura yang tak mampu untuk saya gambarkan. Ketenangan, Kecintaan dan Kerinduan mengalir dalam setiap jiwa2 yang hadir. Masing2 umpama tidak mahu berpisah dari terus mendengar kalam2 tausiyah ulama' pewaris rasul. Allahurabbi..
Suatu ketika dulu, sambutan maulid seperti ini begitu asing bagi saya. Saya tidak biasa mendengar qasidah. Namun, sewaktu kali pertama menyertai maulid bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza lebih kurang setahun yang lepas, saya benar2 jatuh cinta. Takdir Allah mempertemukan saya dengan majlis yang penuh barakah begini. Majlis yang di penuhi dengan ilmu dan cinta. Majlis yang benar2 menenangkan jiwa. Ya, saya bertemu Majlis Ta'lim Darul Murtadza ketika jiwa saya sedang berselirat dengan bermacam tekanan. Sehinggakan saya hanya membiarkan kaki saya melangkah ke mana sahaja. Dan hari itu, langkah kaki saya terhenti di sebuah tempat yang meleraikan kekusutan jiwa. Itulah penangan majlis zikir dan selawat.
Saya terfikir, kita selalu mengingati Rasulullah bila rabi'ulawal menyapa. Namun sering juga lupa dari berselawat di masa2 lain dek sibuk dengan urusan dunia. Sedangkan kecintaan nabi terhadap kita umat akhir zaman dicemburui para sahabat. Dan apabila menyertai majlis2 begini, jujur saya katakan ianya mampu menambahkan kerinduan dan kecintaan kita pada nabi. Benarlah, kita ini manusia, sering lupa dan perlu ada yang sentiasa mengingatkan. Untuk menjadi umat yang benar2 membalas cinta nabi, apalah salahnya meluangkan waktu untuk berada di samping mereka yang mencintai baginda. Sungguh, cinta biarlah dibalas dengan cinta.. Sekurang2nya menghidupkan sunnah, memenuhi majlis ilmu, sentiasa berselawat ke atas baginda dan berusaha untuk berakhlak dengan akhlak baginda adalah salah satu cara memanifestasikan kecintaan terhadap Rasulullah..
Ya Rasulullah..terimalah rindu dan cinta kami
Ya Rasulullah..syafaatkan kami
Ya Allah..tambahkanlah kerinduan dan kecintaan kami terhadap baginda
Ya Allah..redhailah kami dan kumpulkanlah kami bersama baginda di syurga nanti..
No comments:
Post a Comment