Thursday, February 7, 2013

Belajar mendinginkan marah dengan puasa

Marah, sedih, tertekan.. Ah tak tahu lah apa yang sebenarnya saya rasa bila urusan yang penting tak mendapat perhatian yang sepatutnya. Ya setiap orang ada kesibukan masing-masing, tapi setiap kesukaran itu pasti ada solusinya bukan. Tak sepatutnya kita membiarkan orang lain menghabiskan masa dan tenaga untuk sesuatu yang kurang berbaloi atau tak memuaskan. Sedangkan ada jalan lain untuk memudahkan urusan orang lain. Saya cuba menyabarkan hati dan berbaik sangka.
'Beliau terlampau sibuk barangkali'.

Dalam saya cuba ber'husnuzhon', nafsu dan syaitan tak putus asa cuba meniup api kemarahan di hati saya.
Astaghfirullah..
Pulang berurusan, saya terus menghantar pesan kepada 'motivator' saya yang jauh. Mencari solusi menghilangkan segala yang buruk di hati

Saya: Tolong. Hati tak sihat hari ni. Nak marah, stress
Dia: Tak kan panas baran datang balik?
Saya: Berusaha untuk buang sekian lama, tapi kadang2 susah nak kontrol juga. Macam mana?
Dia: Selama dah lama x panas baran sebelum ni buat mcm mn?
Saya: Cuba sabar, doa kat Tuhan, istighfar, baca Quran, solat..
Dia: Kenapa tanya lagi mcm mne? 
Saya:mmmm....
Dia: Syaitan selalu memainkan hati manusia. Jangan ikut sgt. Esok khamis, puasalah. Biar nafsu lapar, lemahlah dia.

Saya suka dengan ayat terakhir.
Puasa supaya  nafsu 'lapar', lemah lah dia.

Bukankah dengan berpuasa dapat memupuk takwa dalam diri. Dan bukankah dengan takwa dapat mendidik nafsu agar tunduk dengan perintah Allah, bukan mengikut hasutan syaitan yang durjana. Jadi,berpuasa dapat mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t. 
Puasalah, supaya sentiasa merasa hampir dan diawasi Allah.




No comments:

Post a Comment