Wednesday, November 25, 2009

Untuk Teman yg sedang diUji..

Saya sebenarnya tidak bercadang untuk mencoret sebarang huruf pada hr ini memandangkan benak seperti kekontangan idea dek beberapa perkara yg singgah difikiran untuk ditimbang dan dinilai kemudian diputuskan. Namun, sebagai seorang teman saya fikir mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsikan pada sahabat yang sedang resah dan merasa lemah dalam berhadapan dengan ujian. Saya juga pernah melalui saat2 seperti itu. Rasa diri sudah tidak mampu untuk menanggung bebanan ujian dari Allah,hampir2 berputus asa kerana terasa seperti tiada lg kekuatan untuk memikul tarbiyyah dari Allah iaitu ujian..Benar kata seorang sahabat saya,kekuatan itu perlu dicari tidak akan datang dengan sendiri,salah satu caranya dengan terus berdoa pada Allah agar diberi kekuatan dalam perjalanan hidup yg penuh rintangan ini. Dan antara jalan lain adalah kata-kata semangat,nasihat dan keyakinan dari insan2 disekeliling kita.

Sahabat,
"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)
Pertamanya kita perlu faham bahawa sebagai hamba, hidup kita akan sentiasa diuji. Itu adalah janji Allah. Sama ada suka atau tidak kita tetap akan diuji.

"Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)
Secara mudahnya apa yg saya faham dr ayat diatas,dalam kita mengenalpasti sesuatu perkara sama ada baik keaadannya atau sebaliknya dan untuk menilai kualitinya perlulah terlebih dahulu diuji. Seperti kita ke kedai elektrik,memilih sebuah lampu tidur pasti kita akan minta si penjual mengujinya terlebih dahulu samada menyala atau tidak. Begitulah juga dengan iman kita. Allah turunkan ujian itu untuk menilai sejauh mana keimanan dijiwa.

Kita tidak pernah meminta untuk diuji,namun itulah yang dijanjikan. Seperti mana yg tersebut dalam surah Al-Ankabut ayt 2(yg dinyatakan diatas),bagaimana kita dapat mengaku beriman sedangkan belum diuji? Jadi sekiranya seseorang tidak menerima sebarang ujian mungkin keaadannya sama seperti mereka yang masih bermain dengan falsafah dan teori ciptaan manusia tanpa ada pegangan agama,tanpa keyakinan terhadap Allah dan tidak beramal.
Namun sekiranya kita diuji..insyaAllah itu merupakan satu 'hint' yg baik dr Allah. Petanda kasih sayang Allah terhadap kita..Lebih kuat kita diuji mungkin itu lebih baik buat kita,kerana dugaan dan ujian yg berat itu sebenarnya mengajar kita menjadi lebih kuat berpaut pada Allah.
Allah telah menunjukkan kita satu jalan untuk menghadapi ujian dariNya.
Firman Allah..
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. - Al Baqarah, ayat 157

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)


Di samping itu orang Islam juga harus bertawakal kepada Allah tatkala menghadapi ujian Allah. Bertawakal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah yang menentukan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)


Setiap orang Islam hendaklah sentiasa berikhtiar untuk mengatasi ujian yang menimpa.Elakkan daripada perasaan sedih, mengeluh, putus asa atau kecewa ketika berdepan dengan ujian Allah, sehingga sanggup menyalahkan takdir.
Seharusnya banyak bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah, itulah penolong yang sejati seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

Sahabat,
Berdoalah,beribadatlah supaya lebih hampir dengannya,bersabar dan bertawakkalah..
Saya tidak mampu untuk memberi kekuatan,saya tidak mampu meleraikan segala kekusutan dan beban yg menghuni di hati kamu..
Ingatlah,Allah tidak akan menguji seseorang dengan sesuatu diluar kekuatan hambanya. Saya yakin mampu untuk menghadapi dugaan itu. Carilah kekuatan itu dari Allah..

~Ya Allah,permudahkanlah urusan sahabatku,leraikanlah segala keresahan dihatinya,ringankanlah ujian untuk dirinya kuatkanlah imannya untuk terus bergantung harap dan redha pada ketetapanMu~

Tuesday, November 24, 2009

Langkah tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.
Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keiman,

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku
tuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU
Wahai Tuhan yang Satu
Segalanya dariMU.

.........................................
ini adalah bait-bait dalam lagu langkah tercipta-unic.
saya sgt suka lagu ni. Lagunya yang menarik,liriknya juga sgt2 terkesan buat saya..
Pada mulanya saya pk nak post entry dengan video nasyid ni tapi selepas beberapa kali percubaan sy untuk meng'upload' video tersebut gagal, last2 sy masukkan dlm playlist sje..
sila la dengar ye...^_^

Monday, November 23, 2009

sPm,BanJir,kEnangAn...

Adik bongsu saya tgah bersedih kerana terpaksa bersidai diasrama gara2 banjir yang melanda. Seperti saya beliau juga kelihatan mengalami simptom2 homesick. mungkin juga beliau terbayangkan nasik dan lauk pauk resipi ibu kami..Esok paper terakhirnya, tp kebarangkalian beliau perlu menunggu beberapa hari sehingga banjir surut amatlah tinggi..semoga dia tidak bersedih..

Dan saya pula..berada dalam dilema..wajarkah kami mengambil risiko pulang ke kg pada malam ini?Kemungkinan kami tersangkut di pertengahan jalan atau mungkin juga kami dapat sampai ke rumah dengan selamat..Menunggu keputusan kakak tercinta,jika diizinkan Allah malam ni kami akan bertolak..

2-3 hari ini saya agak sibuk memikirkan tentang beberapa perkara. Hari ni alhamdulillah beban yang menghempap benak saya sudah makin berkurang.

Beberapa jam yang lalu saya menerima SMS dari Mira,junior saya ketika disekolah. Lebih tepat lagi dia juga salah seorang adik saya,cuma berlainan ibu dan ayah..(adik agkat laaa)..tiba2 mengingatkan saya memori menjadi seniornya dahulu. Setiap waktu maghrib Mira menjadi antara jemaah yang awal dan selalu berada di saff hadapan. Dan selalu juga saya berada disebelahnya memandangkan dia selalu 'reserve'kan tempat disebelahnya untuk saya. Rindu saat itu,solat bersama,dengar taklim,conduct usrah adik2..
Paling mengharukan saya,ketika SPM, waktu itu pelajar lain semua sudah mula bercuti yg tinggal di asrama hanyalah pelajar2 tingkatan 5,..Mira dtg bersama familynya semata-mata menjenguk saya..
masih terasa saat itu walaupun kami sudah lama tidak bertemu..
ukhwah itu sungguh indah..
saya sgt merindukan waktu itu..
dan hari ini khabar dari mira mengingatkan kembali segala yang indah..
tersenyum sy apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang ustazah atau pakar psikologi..sgt sesuai dengan kamu dik..teruskanlah..itu juga impian diri ini yg masih tidak berkesampaian..
semoga adik2 saya berjaya di dunia akhirat..

sabar lah duhai hati

Ketika jari jemari menari-nari mengukir abjad2 disini, bintu 'ali masih lagi tersadai di bukit antarabangsa. Perancangan untuk pulang ke kampung hari ni tidak menjadi kenyataan. Panggilan dari ayah n mak memberi khabar 'KAMPUNGKU DILANDA BANJIR'. Laluan ke kampung saya tidak dapat dilalui kenderaan yg agak 'ringan' seperti kereta, air semakin naik..ini menandakan kemungkinan saya terpaksa menunggu untuk beberapa hari lg atau mungkin juga mmg saya tidak dapat beraya di terengganu..aduhhh..rindunya pada mak dan ayah..

Ya Allah,tabahkan hati ku,selamatkanlah keluarga ku dari bencana dan malapetaka..amin

Friday, November 20, 2009

setiap kali-devotees




hayati lagu ni...

Yang Terbaik hanyalah Allah

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”
[HR Muslim]

Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid : 4)

Apa yang tersirat dsebalik dalil diatas adalah betapa dekatnya Allah dgn hamba-hambaNya.
Dekatnya Allah tidak bersentuh jauhnya tidak berjarak. Dalam keadaan apapun seharunya kita perlu yakin bahawa Allah tetap bersama kita,Dia tidak meninggalkan kita. Apabila kita ditimpa musibah jangan lah sesekali berprasangka buruk terhadap Allah. Jangan merungut dan berkeluh kesah kerana setiap yang terjadi telah tercatat hikmah disebaliknya. Dan sebenarnya musibah yang terjadi merupakan ujian merupakan tanda kasih sayangNya. Musibah itu sebagai peringatan kerana kita selalunya tidak menyedari bahawa ada gerak laku dan niat kita tersasar dari landasan keikhlasan dan kebenaran atau mungkin juga kita menapak di jalan kelalaian. Maha dekatnya Allah,Maha Pengasihnya Dia, diturunkan musibah untuk mengingatkan hambaNya.

Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah
[Surah al-Baqarah : 107]

Hanya Allah sahaja yang layak menjadi tempat pergantungan bagi semua makhluk. Apalah yang ada pada manusia sekiranya manusia yang menjadi tempat pergantungan. Bahkan manusia pulalah yang diciptakan oleh Allah s.w.t..

Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[Surah al-Maidah : 76]

Realiti umat Islam sekarang jarang menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan. Manusia menjadi takut pada sesuatu yang lain melebihi rasa takut pada Tuhan. Takut untuk melaksanakan hukum Allah lantaran bimbang berlakunya perpecahan kaum,kemerosotan ekonomi,dan juga takut dilihat sebagai generasi yang kolot dan tidak maju. Sedangkan tidakkah kita fikir siapakah yang lebih berkuasa dalam menetukan kehidupan manusia? Tidak kah kita melihat bahawa Islam merupakan satu konsep kehidupan yang cukup lengkap bg individu,masyarakat,negara dan keseluruhan peradaban dunia?

Tanyalah diri kita, adakah sesuatu yang lain lebih baik dari apa yang telah Allah tetapkan?Adakah apa yang dicipta manusia mampu menandingi ciptaan Allah?
"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"
[Surah al-Maidah : 50]

Renungkan...

Wednesday, November 18, 2009

Belajar Menerima Kritikan

Setiap org mempunyai sikap dan pandangan tersendiri terhadap sesuatu perkara atau seseorang. Setiap orang mempunyai naluri untuk mengekspresikan apa yang dirasakan terhadap sesuatu perkara itu sama ada menerima,menolak,bersifat natural atau sebaliknya. Dalam konsep kehidupan manusia salah satu elemen yang ada adalah kritikan. Kritikan merupakan satu perbuatan yang membawa kepada pertimbangan atau penafsiran juga sinonim dengan analisis. Pengkritik pula ialah penyokong sesuatu pendirian yang menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang dikritik.
Apa pula kritikan yang membina dan apa pula yang dimaksudkan dengan kritikan membunuh?

Kritikan membina merupakan analisa yang memberi kesan positif terhadap orang yang dikritik. kebiasaannya kritikan membina lebih mengutamakan penghargaan dan motivasi yang dapat membina emosi orang yg dkritik ke arah yang lebih positif. Manakala kritikan membunuh pula selalunya bercampur aduk dengan hasad dengki, rasa ingin menjatuhkan orang yang dkritik dan selalunya membuatkan org yang dikritik menjadi lemah,marah atau rendah diri yang terlampau. Kritikan yang membunuh selalunya bertujuan mencari kesalahan orang lain sehinggakan kesilapan diri sendiri tidak pernah cuba untuk diperbaiki.

Kebanyakan dari kita takut untuk menerima kritikan dan takut untuk mengkritik. Sedangkan sekiranya kritikan itu dilihat dari sudut yang positif, ianya dapat menjadi medan untuk sesorang membina dan menjana potensi diri supaya dapat dipacu ke arah yang lebih baik.

Dalam kehidupan, kita tidak boleh lari dari kritikan. Mungkin kebanyakannya kritikan bersifat negatif tapi kita seharusnya menilai kritikan itu dengan kritis dan berlapang dada. Mungkin kritikan itu ada betulnya dan memerlukan kita untuk koreksi diri supaya apa yg dinilai negatif oleh org lain dapat kita perbaiki sehingga menjadi positif. Seseorang yang bijak,rasional dan matang akan mengambil kritikan itu sebagai satu cabaran untuk mencapai kejayaan.

Dalam menghadapi kritikan, kekuatan emosi amat penting kerana setiap org yang mengkritik mempunyai cara yang berbeza. Ada yang berunsur provokasi, penghinaan dan lain-lain. Kekuatan emosi diperoleh dari iman dan takwa kepada Allah kerana dari situlah kita menjadi lebih sabar,tenang dan percaya bahawa sebaik-baik penilai adalah Allah s.w.t. Penilaian manusia mungkin ada betul ada juga salahnya. Namun penilaian Allah itu tetap benar dan tidak ada silapnya. Jadi untuk apa ditakutkan kritikan dari manusia sedangkan apa yang perlu dirisaukan jika 'dikritik' dan dinilai buruk oleh Tuan Punya Dunia...

Konklusinya, setiap dari kita perlu belajar menerima kritikan sama ada kritikan itu positif atau negatif. Hanya diri kita sahaja yang mampu menjadikan kritikan itu sebagai kritikan yang membina atau kritikan yang membunuh.

Tuesday, November 17, 2009

CUTI SEMESTER: ANTARA HIDUP DAN MATI

Kebanyakan siswa siswi seluruh IPT di Malaysia pada waktu ini telah mula bercuti. Selepas berhempas pulas dengan peperiksaan akhir semester, tiba waktu untuk merehatkan minda seketika. Hanya seketika...
Percutian yang hampir 2 bulan atau ada sesetengahnya mungkin lebih dari itu merupakan satu jangka waktu yg seharusnya diisi dengan sesuatu yg boleh menjadikan kita sebagai manusia yg 'HIDUP' dan bukan manusia yang 'MATI'.
Jadilah insan hidup yang memanfaatkan waktu lapang dengan sesuatu yang bermanfaat pada diri dan juga orang lain mungkin..
Kenapa tidak terus menuntut ilmu bagi mengisi kelapangan yg ada?
Bagi pelajar kejuruteraan,di waktu cuti inilah ruang untuk belajar sesuatu di luar bidang kejuruteraan,begitu juga pelajar perubatan,undang-undang dan sebagainya.

Kita dituntut untuk terus belajar.Menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan.
Allah pernah berfirman kepada Nabi Daud
" Ya Daud, pakaikan dikakimu kasut daripada besi dan bawalah tongkat besi dan pergilah menuntut ilmu sehingga kasutmu carik dan tongkatmu pecah"

Jika difikirkan sudah tentu kasut besi tidak akan carik dan tongkat besi tidak akan pecah.. Apa yg tersirat di sebalik firman Allah ini adalah, Nabi Daud dituntut oleh Allah untuk menuntut ilmu sepanjang hayat. Begitulah pentingnya ilmu untuk dituntut oleh setiap manusia sepanjang hayat. Ilmu yang paling penting bukan sahaja ilmu keduniaan tetapi ilmu untuk menjamin keredaan Allah yang menjadi bekal perjalanan menuju akhirat.

Saya menulis kerana ingin belajar. Belajar dari apa yang saya baca,lihat,dengar dan lalui. Setiap waktu kita sekiranya diteliti sehalus-halusnya adalah melalui proses belajar. Secara mudahnya, pengalaman kita adalah ilmu yang mengajar diri kita sendiri. Setelah membedah beberapa buah buku selama 2-3 hari bercuti, saya telah memahami sesuatu yang jarang saya fikirkan selama ini yakni sesuatu 'antara hidup dan mati'. Kadang2 waktu lapang yang panjang menjadikan kita manusia hidup yang mati. Bernafas,bergerak tetapi akal dan hati mati untuk belajar,berfikir dan bermuhasabah.
'cuti semester nak cover tido sebab x cukup tido sepanjang exam'
'cuti semester nak tgok tv puas2'
'cuti ni leh la layan facebook 24 jam'
Beberapa ayat yg mungkin biasa kita dengar. Tidak ada salahnya dengan tidur, tapi biarlah berpada-pada. Juga tidak ada salahnya dengan menonton tv, tapi jgnlah sehingga lalai dengan tanggungjawab terhadap Allah,dan juga biarlah apa yg ditonton itu merupakan satu perkara yg boleh memberi manfaat,pengajaran dan ilmu yang berguna.

Dalam menuntut ilmu tidak mengenal waktu, dan juga tidak mengenal sesiapa. Sehingga setiap dari kita dapat mengembangkan potensi yang diberikan oleh Allah Swt kepada kita dan sampai kepada kesempurnaan yang diharapkan. Kerana itulah, agama menganggap bahawa menuntut ilmu itu termasuk sebahagian dari ibadah. Ibadah tidak terbatas kepada solat, puasa, haji, dan zakat. Bahkan menuntut ilmu itu dianggap sebagai ibadah yang utama, kerana dengan ilmulah kita dapat melaksanakan ibadah-ibadah yang lainnya dengan betul.

Jadi berterusanlah kita dalam menuntut ilmu. 'Semester break' bukanlah bererti masa untuk kita bersukaria dengan perkara2 yang melalaikan, tetapi manfaatkanlah masa yang ada ini untuk belajar. Ingatlah, mungkin juga usia kita tidak sempat mengejar seluruh waktu cuti ini,kita mungkin dipanggil menghadapNya bila-bila masa sahaja. Jadi, ketika masih berkesempatan menjadi manusia yang hidup, manfaatkanlah title 'Manusia Hidup' ini dengan hidup dalam menuntut ilmu. Janganlah menjadi manusia hidup yang mati tanpa berbuat apa2 atau manusia hidup yang mati dengan keseronokan. Apa yang lebih utama adalah belajar tentang sesuatu yang dapat mendekatkan diri kita kepada keredhaan Allah,dan saya pasti kita semua tahu Ilmu yang bagaimana dapat membantu kita me 'renovate' diri dan iman kita. InsyaAllah, Ilmu yang baik menghasilkan sesuatu yang baik buat diri kita semua.

:koreksi diri-jgn asyik sgt berfacebook,ym..blaja..blaja..pesanan ringkas untuk diri sendiri

Friday, November 6, 2009

RESAH

videoRESAH

Senjakala yang menggamit Resah dalam perjalanan

Meniti waktu dengan pasrah

Mengharap secangkir kasihMu

Tika dedaun berguguran

Mengimbau kenangan semalam

Apakah dosa-dosa ini akan terampun

Dalam perjalanan kembali

Untukku menuju Ilahi

Tuhan Kurniakan kasihMu

Munajatku di penjuru malam

menghapus dosa yang silam

Ingin ku cubit dan kulontarkan

Bersihkan diri menghadapMu

ResahMenangis dikalbukuT

tika kenangan dahulu menyapa sanubariku

Pasti nasuha yang ku munajatkan

Menyulam hasrat kasih sejati

*lagu dr kump instinct,sgt menarik

terima kasih kawan




ketika aku menangis dalam diam
kau titipkan semangat dalam kiasan
ketika aku senyum dalam tangisan
kau semaikan kekuatan dalam tutur penuh ketulusan
disaat aku disapa lelah dalam perjuangan kau kongsikan kekuatan
disaat aku hanyut dibuai kecintaan dunia
kautuntunku menongkah hakikat kehidupan
kita sama..
menempuh perjuangan ini
biar jasadmu tidak selalu disisi
jiwamu sentiasa berbisik
membenihkan semangat untuk aku terus berjuang

entri buat sahabat-sahabat saya yg tersayang:maie,as,dayah,shikin,adikku izzat dan mereka yg slalu memberi sy kekuatan dikala sy dihimpit tekanan.




Thursday, November 5, 2009

kalam2 yg memberi kekuatan

Sabda Rasulullah SAW..
"Demi Zat yang diriku ada di tanganNYA, andai kalian tidak berbuat dosa, nescaya ALLAH akan melenyapkan kalian dan IA aakan mendatangkan suatu kaum yang berdosa, lalu mereka beristighfar kepada ALLAH, dan ALLAH mengampuni mereka" (HR Muslim)
Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai)

Wednesday, November 4, 2009

apalah nak jadi...


salam

Menelaah ketika dinihari terasa tenangnya. Saya curi sedikit waktu untuk meluahkan rasa tidak senang saya semenjak semalam. Berita Dr Asri, bekas mufti Perlis ditahan atas alasan mengajar tanpa tauliah bagi saya cukup mengaibkan. Umum mengenali Dr Asri sebagai seorang ilmuwan, pernah memegang jawatan sebagai Mufti. Walaupun pandangannya terkadang mencetuskan kontroversi namun buah fikirannya masih lagi berteraskan akidah Islam bg saya. Hampir separuh dari waktu yg saya ada semalam dihabiskan dihadapan skrin laptop, cuba meneliti setiap fakta2 dari paparan berita,pendapat para ulama lain mengenai kes Dr Asri. Masing-masing mempunyai berbagai pendapat namun konklusi mereka tetap sama, tidak bersetuju dengan cara JAIS yg tidak profesional.

Ulama ditahan atas alasan yang tidak cukup kukuh, tetapi pelbagai kemungkaran di dunia nyata tidak pula diambil peduli.Itulah realiti dunia kini.

Semoga Allah melindungi mereka yg berjuang dijalanNya..


_____________________________________________________________


3 Fitnah Dunia

Rasulullah saw., pada 14 abad lalu telah menyatakan dalam sebuah hadis yang terkenal disebut dengan hadits Wahn,
"Hampir saja bangsa-bangsa mengepung kalian, sebagaimana orang lapar mengepung tempat makanan.
Berkata seorang sahabat, “ Apakah karena kita sedikit pada saat itu ?
Rasul saw. bersabda,” Bahkan kalian pada saat itu banyak, tetapi kalian seperti buih, seperti buih lautan. Allah akan mencabut dari hati musuh kalian rasa takut pada kalian. Dan Allah memasukkan ke dalam hati kalian Wahn.
Berkata seorang sahabat,” Apakah Wahn itu wahai Rasulullah saw ?
Rasul saw, bersabda, “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Dawud).

Dunia dengan segala isinya adalah fitnah yang banyak menipu manusia.
Dari Abu Said Al-Khudri,
Nabi saw bersabda:
Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15).
Secara umum fitnah kehidupan dunia dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk, yaitu: WANITA, HARTA dan KEKUASAAN.

Fitnah Wanita

Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadits. Bahkan surah ‘Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia.

Rasulullah saw. bersabda,

"Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita”
(HR Bukhari dan Muslim).

Banyak sekali bentuk fitnah wanita, jika wanita itu isteri maka banyak para isteri dapat memalingkan suaminya dari ibadah, dakwah dan amal shalih yang tanggungjawab utama lainnya. Jika wanita itu wanita selain isterinya, maka fitnah berbentuk perzinaan. Fitnah inilah yang sangat dahsyat yang menimpa banyak umat Islam.Ada banyak cerita masa lalu baik yang terjadi di masa Bani Israil maupun di masa Rasululullah saw yang menyangkut wanita yang dijadikan objek fitnah. Kisah seorang rahib yang membakar jari-jari tangannya untuk mengingatkan diri dari azab neraka ketika berhadapan dengan wanita yang sangat siap pakai, kisah penjual minyak wangi yang mengotori dirinya dengan kotoran dirinya agar wanita yang menggodanya lari, dan cerita nabi Yusuf a.s. yang diabadikan Al-Qur’an. Itu kisah-kisah mereka yang selamat dari fitnah wanita. Sedangkan kisah mereka yang menjadi korban fitnah wanita lebih banyak lagi. Kisah rahib yang mengubati wanita kemudian berzina sampai hamil dan membunuhnya, sampai akhirnya musyrik kerana menyembah syaitan. Kisah raja Arab dari Bani Umayyah yang meninggal dalam pelukan wanita dan banyak lagi kisah-kisah lainnya.


Fitnah Harta

Fitnah harta termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang ditakuti Rasulullah saw.

Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda,”Saya yakin kalian mendengar bahwa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?” Mereka menjawab, ”Betul wahai Rasulullah”. Rasul saw. bersabda, ”Berikanlah khabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka.” (HR Bukhari dan Muslim).


Pada saat dimana dakwah sudah memasuki wilayah negara, maka fitnah harta harus semakin perlu dijaga. Kerana pintu-pintu perbendaharaan harta sudah sedemikian rupa terbuka lebar. Dan fitnah harta, nampaknya sudah mulai menimpa sebahagian aktiviti dakwah. Kegemaran main dan aktiviti hotel, berganti-ganti telefon bimbit dan membeli telefon bimbit mewah, berlumba-lumba membeli rumah yang mewah dan berlebih-lebihan dengan perabot rumah tangga, lebih asyik bertemu dengan teman yang memiliki level sama dan para pejabat lainnya adalah beberapa fenomena fitnah harta.Yang paling parah dari fitnah harta bagi para ilmuan adalah menjadikan dakwah sebagai dagangan politik. Segala sesuatu mengatas namakan dakwah. Berbuat untuk dakwah dengan berbuat atas nama dakwah bezanya sangat tipis. Menerima hadiah atas nama dakwah, menerima dana dan sumbangan musyarokah atas nama dakwah. Mendekat kepada penguasa dan menjilat pada mereka atas nama dakwah dan sebagainya.


Dalam konteks ini Rasulullah saw. dan para sahabatnya pernah ditegur keras oleh Allah kerana memilih mendapatkan ghonimah dan tawanan perang, padahal itu semua dengan pertimbangan dakwah dan bukan atas nama dakwah. Kejadian ini diabadikan Al-Qur’an surah Al-Anfaal (8): 67-68, “Tidak patut, bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu)…”


Fitnah Kekuasaan

Fitnah kekuasaan biasanya menimpa kalangan elit dan level tertentu dalam tubuh umat. Fitnah inilah yang menjadi punca fitnah besar di masa sahabat, antara Ali r.a. dengan siti Aisyah r.a. dalam perang Jamal, antara Ali r.a. dengan Muawiyah r.a. dalam perang Siffin, antara Ali r.a. dengan kaum Khawarij.

Fitnah kekuasaan ini juga dapat menimpa gerakan dakwah dan memang telah banyak menimpa gerakan dakwah. Para aktivis gerakan dakwah termasuk para pemimpin gerakan dakwah adalah manusia biasa yang tidak maksum dan tidak terbebas dari dosa dan fitnah. Yang terbebas dari fitnah dan kesalahan adalah manhaj Islam. Sehingga fitnah kekuasaan dapat menimpa mereka kecuali yang dirahmati Allah.
Kecintaan untuk terus memimpin dan berkuasa baik dalam wilayah publik mahupun struktur suatu organisasi adalah sebahagian dari fitnah kekuasaan.Fitnah kekuasaan yang paling dahsyat menimpa aktivis dakwah adalah perpecahan, saling menjatuhkan, saling memfitnah bahkan saling membunuh. Dan semua itu pernah terjadi dalam sejarah Islam. Semoga kita semua diselamatkan dari semua bentuk fitnah ini.

sumber dari Halaqah.net